DR. MOHD ALI HINDIA
Profesion : Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO Negeri Sabah
Fakulti : Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS)
Program : Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Pembangunan Belia dan Komuniti)
Tahun Konvo : 2000
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Pertama kali melangkah dalam kerjaya Perkhidmatan Awam, perjalanan panjang yang dilalui Dr. Mohammad Ali Hindia tidak mungkin mudah tanpa memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lebih dua dekad kehidupan sebagai anak kampung di Daerah Semporna telah membentuk profesionalisme diri beliau, terutama setelah bergelar graduan UMS pada tahun 2000.
Dr. Mohammad Ali Hindia memulakan kerjaya sebagai Guru Sandaran pada tahun 1988 sebelum menceburi bidang Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Keselamatan Sosial di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun 1991. Kini, beliau menjawat jawatan utama sebagai Pengarah PERKESO Negeri Sabah. Selaras dengan motto “Bertekad Cemerlang” yang sentiasa dipegang, pengalaman beliau sebagai mantan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 1988/1989 turut menjadi asas lonjakan kepemimpinan serta memartabatkan akademik sehingga ke peringkat tertinggi, iaitu Doktor Falsafah (PhD).
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Sabah Labour Advisory Council (SLAC) pada 2025.
Dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Sesi 2025–2026.
Dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Luar Program Pascasiswazah Secara Penyelidikan, Fakulti Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tempoh 1 Nov 2024 – 31 Okt 2026.
Menerbitkan buku pertama bersama Penerbit UMS bertajuk “Benefits for Rightful Claimants, Social Security and Islamic Literacy”. (2023).
Menyertai World Social Security Forum (WSSF) anjuran International Social Security Association (ISSA) di Marrakech, Morocco. (2022).
Menyertai Kaizen Japan Study di Jepun (3–9 Nov 2019).
Membentangkan kertas kerja di Borneo OSH Conference & Exhibition (BOCE) bertajuk “Non-Communicable Disease - Health Reporting and SOCSO Claim” (2019).
Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam HRM Leadership and Management dengan tesis: “The mediating effect of human resource management in the relationship between organizational learning culture with organizational citizenship behaviour and work engagement” (2017).
Memperoleh Balanced Scorecard Professional (BSP) Certification (George Washington University College of Professional Studies), Sydney, Australia (2016).