DR. HYGINUS LESTER JUNIOR LEE
Profesion : Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah , Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Fakulti : Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)
Program : Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan Pendidikan)
Tahun Konvo : 2017
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Dr. Hyginus Lester dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan mendapat pendidikan awal di Labuan serta Kota Kinabalu. Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) dari Victoria University of Wellington, New Zealand. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia untuk Ijazah Sarjana Pendidikan dan akhirnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaysia Sabah.
Sepanjang kerjaya beliau, Dr. Hyginus telah menerima pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Anugerah Ikon Guru (KPM) 2015, Bett Asia Global Citizen (Ascential plc London) 2016, Innovation Leadership Award (Indonesia) 2023, serta Ikon Alumni Pengurusan Universiti Malaysia Sabah 2024. Beliau juga aktif memegang peranan penting sebagai jurulatih utama pelbagai program kebangsaan termasuk i-Think, Bacaan HEBAT, MBMMBI, serta Pemerkasaan Komuniti Pembelajaran Profesional. Sumbangan beliau dalam bidang inovasi pendidikan turut diiktiraf melalui penganjuran program antarabangsa seperti LaRIS International Creativity and Innovation in Education for Language Teaching & STEM (CAIELTS).
Kini, Dr. Hyginus bertugas sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coach) (Bahasa) di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau terus aktif di pentas antarabangsa sebagai pembentang pleno dalam persidangan linguistik, pendidikan, dan inovasi di Indonesia, Vietnam, Filipina, dan Korea. Selain itu, beliau giat menulis dan menerbitkan buku berkaitan kajian tindakan untuk memperkasa guru dalam penyelidikan serta menjadi penganjur utama Perhimpunan Hakim Inovasi Kebangsaan (PHIK) yang menghimpunkan inovator dan pakar pendidikan seluruh negara.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Menerbitkan buku Diskusi Kajian Tindakan: Edisi Fasilitator PeRIOK PeRCa, menghasilkan beberapa inovasi berdaftar seperti LOST? ConQueR ThERE!, LURES, dan TQ Face Mat serta sebagai penceramah utama di 5th International Conference on Literature, Linguistics and Language Teaching (ICoLLiTec) 2025 di Indonesia.
Menerima Alumni Icon in Management Award (Ikon Alumni Pengurusan UMS) pada 2024.
Menerima Anugerah Guru Berwibawa: Guru Hebat Bahasa (Jabatan Pendidikan WP Labuan) pada 2024.
Menerima Innovation Leadership Award di Indonesia (2023).
Dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Intercultural & Global Engagement Center LLC, USA (2023).
Menerima Anugerah Khas Pendidikan (Kesukarelawanan) di Labuan (2023).
Dinobatkan Jurulatih Utama Terbaik Kajian Tindakan oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (KPM) pada 2022.
Menerima pelbagai anugerah seperti Platinum Prize Labuan Top Teacher Researcher & Innovator, Anugerah Pembimbing Kreatif dan Inovatif (Labuan), serta Silver Prize dalam 7th International CAIELTS (2022).
Menerima Anugerah Ikon Inovasi (MyRIS), Anugerah Ikon Guru Inovasi (Labuan), Gold Medal kategori Pengajaran Bahasa (CAIELTS), serta dinobatkan sebagai Educational Innovation Influencer (2019).
Menerima pengiktirafan antarabangsa Bett Asia Global Citizen Award (Ascential plc, London) (2016).
Menerima Anugerah Ikon Guru Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) (2015).
Dinobatkan sebagai Anugerah Ikon Guru, Anugerah Individu Aktif Berinovasi dan Berkreativiti Peringkat Antarabangsa di Labuan (2014).