DATUK DR. HAJAH TARSIAH@TARISAH BINTI TAMAN
Profesion : Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (PMPWS)
Fakulti : Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
Program : Doktor Falsafah dalam Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan
Tahun Pengajian: 1999-2008
Tahun Konvo : 2008
Ringkasan Latar Belakang Peribadi dan Kerjaya Terkini
Datuk Dr. Hajah Tarsiah merupakan anak jati Sabah lahir pada tahun 1955 dan berasal dari Kota Kinabalu, merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sembulan dan Sabah College sebelum melanjutkan pengajian ke UiTM, Illinois State University dan seterusnya PhD dalam Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau seorang yang aktif dalam sukan, dengan mewakili Sabah dalam tenpin boling dan memenangi beberapa pingat emas.
Kerjaya beliau bermula sebagai pegawai Kerajaan dan kemudian menyertai sektor swasta sebagai Pengurus dan CEO di beberapa organisasi seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (PWS). Datuk Dr. Hajah Tarsiah ialah pemimpin wanita berwawasan yang menggabungkan kelulusan akademik tinggi, pengalaman organisasi, dan penglibatan aktif dalam memperkasakan wanita dan pendidikan teknikal di Sabah.
Pencapaian/Kejayaan Utama Selepas Tamat Pengajian
Dilantik kali kedua sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah pada 15 April 2021 dan masih memegang jawatan sehingga kini.
Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Sabah pada 21 Disember 2020.
Menerima Anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ”Datuk” pada 2017 atas sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah dari 2015 hingga 2018.
Menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Syarikat KKIP Sdn. Bhd. dari November 2011 hingga Disember 2014.
Menerima Anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada 2011.
Menyandang jawatan sebagai Pengurus Kanan bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran dari Ogos 1994 hingga November 2011.
Menjawat jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran Perkasa Trading Sdn. Bhd. dari 1983 hingga 1994.
Pernah bertugas sebagai Pegawai Buruh Kementerian Tenaga Rakyat dan Alam Sekitar Sabah dari 1977 hingga 1979.