Menilai Semula 'White Men Burden' Sebagai Dasar Penjajahan di Tanah Melayu

Mohd Shazwan Mokhtar

Universiti Kebangsaan Malaysia

msm@ukm.edu.my


Waktu sekolah dahulu kita diajar antara faktor penjahan ialah kerana 'White Men Burden-WMB' (Beban Orang Putih). Adakah benar WMB ini merupakan satu dasar penjajahan ?

Penulisan terkini Macr-William Palen (Senior Lecture, Exeter) menjelaskan WMB ini berasal daripada puisi Rudyard Kipling. Ironinya, Palen mendapati WMB hanyalah satu dorongan Kipling terhadap Amerika Syarikat melaksanakan tugas 'noble' mentamadunkan tanah jajahannya. 

WMB juga dinilai sebagai satu retorik persepakatan antara Britain dan Amerika Syarikat untuk menjustifikasikan tindakan penjajahan mereka pada abad ke-19. Pelen memetik, 

'The influence of Anglo-Saxonism and the White Men's Burden' has accordingly held a prominent place within histories of the Anglo-American 'special relationship' and American imperialism'.

A.J. Stockwell (Profesor, Royal Halloway) pernah menulis WMB di Tanah Melayu pun tidak menggambarkan WMB sebagai satu bentuk dasar penjajahan British, tetapi satu bentuk pengalaman / kesan penjajahan British terhadap masyarakat tempatan. Kemegahan retorik WMB ini jelas mempengaruhi pegawai-pegawai British di Tanah Melayu yang menganggap kerajaan-kerajaan Melayu sebagai 'barbaric'. Bahkan, dari satu sudut, pengenalan tamadun Eropah dengan justifikasi WMB juga boleh dinilai sekadar satu retorik untuk menarik minat pegawai British berkhidmat di tanah jajahan. Stockwell memetik,

 '... we bring with us to Malaya our own modes of life and are very skilled in living abroad much as we do at home, especially in our games, our entertaiments, and our social life. Though we change our climate we do not change our ways.'


Oleh itu, adakah WMB ini boleh dianggap sebagai satu dasar penjajahan yang rasmi dari negara induk ? Penulis mendapati bagi menjawab persoalan ini  kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan. Ini kerana, pengkaji sejarah imperial dan kolonial perlu benar-benar jelas dan memahami beza antara dasar rasmi yang datang dari negara induk dengan retorik yang digunakan sebagai justifikasi terhadap pelaksanaan satu-satu dasar itu. Richard Toye (Profesor, Exeter) & Martin Thomas (Profesor, Exeter) terdahulu telah mengkaji bagaimana retorik imperial mempengaruhi pembentukan dasar imperial / penjajahan di tanah jajahan. Walau bagaimanapun, kajian ini terbatas dalam konteks kajian kes di tanah jajahan tanpa melibatkan Tanah Melayu. Namun, dapatan kajian penulis belakangan ini mendapati, sememangnya wujud retorik imperial British di Tanah Melayu. Retorik ini boleh dinilai menerusi hubungan pegawai British dengan Raja-Raja Melayu dalam mengekalkan institusi kesultanan. Hujahan ini dikukuhkan lagi dengan pandangan Simon Smith (Profesor, Hull) yang mendapati pengekalan institusi Raja-Raja Melayu ialah semata-mata '... indigenous monarchs can be seen as a ollaborative elite upholding Britain's imperial interests.' Bahkan pengenalan sistem pentadbiran kolonial di Tanah Melayu yang bermula dengan pengenalan Sistem Residen juga merupakan menifestasi pengalaman British melaksanakan pentadbiran 'in-direct' di tanah jajahan Afrika dan juga pentadbiran kolonial di India. Smith juga mengakui pengekalan institusi Raja-Raja Melayu juga merupakan strategi imperialisme  dalam membendung kebangkitan masyarakat tempatan melawan British.



Rujukan dan Bacaan Lanjut.

Palen, March-William. 2018. Empire by Imitation ? US Economic Imperialism within a British World System. In. Thomas, Martin & Thompson, Andrew (eds). The Oxford Handbook of the End of Empire. Doi: 10.1093/oxfordhb/9780198713197.013.12

Stockwell, A.J.  1982. The White Man's Burden and Brown Humanity: Colonialism and Ethnicity in British Malaya. Southeast Asian Journal of Social Science 10(1): 44-68.

Thomas, Martin & Toye, Richard. 2017. Arguing about Empire: Imperial Rhetoric in Britain and France, 1882–1956. New York: Oxford University Press.

Smith, Simon C. 1995. British Relations with the Mlay Rulers from Decentralization to Malayan Independence 1930-1957. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Mohd Shazwan Mokhtar, Mohd Samsudin & Suffian Mansor. Forthcoming. Strategi Imperialisme British dalam Dasar Disentralisasi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1927-1934. (Special Issue) Kajian Malaysia. (Submitted)

CAB 24/239/CP/81. 1933. Report of Brigadier-General Sir Samuel Wilson, Permanent Under-Secretary of State for the Colonies on his Visit to Malaya 1932. The National Archives, Kew. 

CO 576/42. 1931. Federated Malay States. Proceedings of Durbar Held at Sri Menanti on Tuesday, 18thAugust. Perpustakaan Tun Seri Lanang, Bangi.

CO 717/74. 1930. Kedah. Uniformity in Fundamental Laws in Malaya. Perpustakaan Tun Seri Lanang, Bangi.

CO 717/81. 1931. Devolution in The F.M.S. Perpustakaan Tun Seri Lannag, Bangi.

Emerson, Rupert. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

FCO 141/16583. 1923-1926. Singapore: decentralization; memoranda of W G Maxwell (Chief Secretary to Government, Federated Malay States) in chronological order. The National Archives, Kew.