Buletin
Membina & Mengurus E-mel Kumpulan
- Penggunaan e-mel kumpulan ini bagi memudahkan penyampaian maklumat secara menyeluruh kepada ahli-ahli.
- Penggunaan e-mel kumpulan ini hanya terhad kepada domain @ukm.edu.my sahaja.
- Pentadbir dan ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dan diharapkan supaya menggunakan perkhidmatan ini secara berhemah.
Peraturan Penggunaan e-mel kumpulan
Berikut adalah peraturan penggunaan e-mel kumpulan:-
- Penggunaan e-mel kumpulan hanya untuk tujuan rasmi sahaja.
- Tidak menghantar (forward) sebarang e-mel yang bersifat persendirian ke alamat e-mel kumpulan.
- Sebarang penyalahgunaan akan menyebabkan kemudahan ini ditarik semula.

Team Drives - Features baru di dalam Google Drive - StafMail UKM
Apa itu Team Drive?
Team Drives adalah ruang simpanan yang dikongsi bersama ahli pasukan di mana pasukan boleh menyimpan, mencari, dan mengakses fail mereka di mana sahaja dari mana-mana peranti.
Fail di dalam Team Drives adalah hak milik pasukan bukannya individu. Walaupun ahli keluar daripada Team Drive, fail akan tetap kekal. Oleh itu, pasukan anda boleh terus berkongsi maklumat dan menyelesaikan tugas.
Rujuk tutorial menggunakan Team Drives https://gsuite.google.com/learning-center/products/drive/get-started-team-drive/.
Perbezaan My Drive dan Team Drive
Keselamatan E-mel
Merujuk Dasar Keselamatan ICT UKM versi 2.0 Klausa 9.7.2 Halaman 17
Maklumat Dalam E-mel Dasar ini memperuntukkan bahawa maklumat yang terdapat dalam e-mel perlu dilindungi bagi menghindari capaian atau sebaran maklumat yang tidak dibenarkan. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
a) Setiap pengguna e-mel diberikan ID dan Katalaluan e-mel sementara;
b) Pengguna bertanggungjawab untuk menukar kata laluan e-mel mengikut ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT) UKM Versi 2.0 (Kuatkuasa 1 Mei 2016) Halaman 18 | 31
c) Kandungan e-mel mesti tidak bercanggah dengan peraturan Universiti;
d) Maklumat sulit tidak digalakkan dihantar melalui e-mel kecuali perlu ada ciri-ciri keselamatan seperti: kriptografi;
e) Warga Universiti dinasihatkan tidak membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui dan hendaklah dihapuskan; dan
f) Warga Universiti hendaklah bertanggungjawab ke atas pengemaskinian dan penggunaan mailbox masing-masing.