Latihan Industri merupakan kursus wajib bagi ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains dan Teknologi. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan sebenar. Selain itu, pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran berkaitan bidang pengkhususan yang telah dipelajari semasa di universiti. Latihan industri merupakan peluang pelajar untuk meluaskan pengalaman dengan dibimbing penyelia di tempat latihan dan juga pensyarah sebagai penyelia akademik. Fakulti dan industri akan terlibat secara langsung bagi memastikan pelajar memperoleh manfaat dari latihan industri yang telah disusun.Â
Terdapat 5 program di bawah 3u1i iaitu program Bioinformatik, Kimia, Teknologi Kimia, Sains Sekitaran & Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan. Manakala terdapat 14 program dibawah 3 laluan iaitu Sains Bahan, Fizik, Sains Nuklear, Biokimia, Genetik, Mikrobiologi, Bioteknologi Tumbuhan, Geologi, Biologi, Sains Laut, Matematik, Statistik, Sains Aktuari dan Sains Makanan dan Pemakanan