Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Justeru, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Majlis PerasmianTaklimat JuriPersembahan Kumpulan Sesi IMajlis Makan Malam
HARI 02
Persembahan Kumpulan Sesi IIPenjurianMajlis Perasmian Penutup
DAYA CIPTA Menjadikan KIK sebagai satu mekanisma untuk menyemarakkan ‘value creation’ bagi memacu kegemilangan UiTM
PERKONGSIAN ILMU DAN INOVASI Sebagai platform untuk berkongsi dan bertukar idea bagi menghasilkan kaedah penambahbaikan dan penyelesaian masalah dalam membantu meningkatkan kualiti pengurusan universiti.
Lokasi Konvensyen
Dewan Seri Iskandar (DSI)
UiTM Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610 Seri Iskandar, Perak
UiTM Cawangan Perak terdiri daripada 2 kampus cawangan iaitu kampus Seri Iskandar dan kampus Tapah serta 1 kampus bandar yang terletak di Ipoh. UiTM Cawangan Perak telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa sejak penubuhannya pada tahun 1985. Bermula dari sebuah kampus kecil di Seri Manjung (dahulunya dikenali sebagai ITM), UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar kini menjadi pemangkin kepada pembangunan Bandar Baru Seri Iskandar. Perbandaran Seri Iskandar kini berkembang dengan sangat pesat sebagai tindak balas kepada pertumbuhan kampus ini. Kampus ini terus maju dan berdiri teguh di Seri Iskandar dan negeri Perak sebagai sebuah universiti tersohor.
Sebarang pertanyaan berkenaan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2022