Inventori Peralatan IT

Ini bertujuan memastikan semua aset ICT diberi kawalan dan perlindungan yang sesuai oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing. 


Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: 

a. Memastikan semua aset ICT dikenal pasti dan maklumat aset direkod dalam borang daftar harta dan inventori dan sentiasa dikemas kini; 

b. Memastikan semua aset ICT mempunyai pemilik dan dikendalikan oleh pengguna yang dibenarkan sahaja; 

c. Mengenalpasti lokasi semua aset ICT yang telah ditempatkan di UiTM; 

d. Peraturan bagi pengendalian aset ICT hendaklah dikenal pasti, didokumen dan dilaksanakan; dan 

e. Setiap pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua aset ICT di bawah kawalannya.