Inisiatif Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTMCT dengan sukacitanya menganjurkan dua program untuk meraikan Jubli Perak UiTM sebagai sebuah universiti pada 28 Ogos 2024.
Selain meraikan objektif utama 25 tahun UiTM sebagai Universiti, program ini akan memperkukuh dan membuka peluang jaringan kolaborasi kampus UiTM Cawangan Terengganu bersama alumni di dalam pelbagai bidang baik dari industri, insitusi kerajaan mahupun NGO dari dalam mahupun dari luar Negara.
Untuk Pendaftaran & Info Program: Sila daftar di sini: https://forms.gle/NdN1FPrAVezYork67
‘Tempat belajar lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain’
Jom cipta memori baru dengan semua rakan-rakan, untuk seluruh Alumni UiTM Cawangan Terengganu merealisasikan majlis sambutan ini sebagai suatu kenangan.
Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan