Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD)
POLITEKNIK MERSING JOHOR
POLITEKNIK MERSING JOHOR
Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) ialah satu inisiatif yang dilaksanakan di tempat kerja bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah serta bahan.
Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada dadah.
Mewujudkan persekitaran kerja bebas dadah
Meningkatkan kesedaran pekerja tentang bahaya penyalahgunaan dadah
Mencegah, mengesan dan membantu pekerja yang terlibat dengan dadah
Memelihara keselamatan, kesihatan dan imej organisasi
Warga PMJ menyedari mengenai kepentingan Program Pencegahan Tempat Kerja bebas dadah ke arah mencapai sasaran untuk menjadikan diri dan tempat kerja bebas daripada dadah serta mengetahui tentang perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh AADK.