SMARTGREEN POLYCC
KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Halatuju baharu Smartgreen PolyCC diharapkan dapat memberi manafaat kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta seluruh warganya. Melalui jaringan strategik tersedia di samping menerokai peluang-peluang baharu bagi memastikan halatuju mampan dapat direalisasikan, Smartgreen PolyCC menekankan keperluan terhadap kualiti hidup dan budaya kerja serta alam sejagat sebagai asas utama demi kemampanan dan keharmonian semua.
Laman Web Smartgreen PolyCC Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) ini menjadi sumber maklumat atas talian kepada semua warga KKPS dalam menjalankan aktiviti berkaitan kemampanan. Laman web ini juga bertujuan utntuk mempromosikan SmartGreen PolyCC yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan kemampanan seterusnya dapat memperkasakan budaya hijau.
Diharapkan aktiviti mampan SmartGreen PolyCC memberi nilai tambah dalam pengurusan mampan yang berasaskan keharmonian manusia dan alam sekitar serta peningkatan ekonomi komuniti sekitar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
📌 Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Pengumpulan E-Waste akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Masjid Jamek Al Ansar, Changkat Lada
♻️ Jom bersama-sama kita memelihara alam sekitar dengan melupuskan barangan elektronik secara selamat dan bertanggungjawab.
📦 Antara barangan yang diterima:
Telefon pintar, komputer, laptop
Mesin basuh, televisyen, kipas
Peralatan elektrik & elektronik lain
❌ Tidak diterima:
Sisa berbahaya
Lampu & mentol mengandungi merkuri
Bateri
💡 Semua item akan dikitar semula oleh pihak pemungut e-sisa yang dilantik.
🤝 Program ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak dengan kerjasama:
Masjid Jamek Al-Ansar, Changkat Lada
Pejabat Penghulu Kampung Gajah
SRT Teck Realistic Sdn. Bhd.
✨ Ayuh bersama kita menyumbang ke arah kelestarian alam demi masa depan yang lebih hijau!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Pasir Salak atas pencapaian cemerlang dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings 2025. Kolej Komuniti Pasir Salak telah berjaya menduduki tempat 1217 di peringkat dunia, 731 di Asia, 45 di Malaysia, 25 dalam rangkaian PolyCC Malaysia, serta ke-6 dalam kategori Kolej Komuniti.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha berterusan, komitmen tinggi dan kerjasama erat antara seluruh warga kolej bersama Unit SmartGreen Kolej Komuniti Pasir Salak dalam memperkukuhkan amalan kelestarian, kecekapan tenaga dan inovasi hijau.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta memperkukuh peranan kolej dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar.
“Bersama Melakar Kelestarian, Menuju Masa Depan Lestari.” 🌱
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Pasir Salak atas kejayaan cemerlang dalam PolyCC Sustainability Award 2025.
Kolej Komuniti Pasir Salak telah berjaya merangkul Anugerah Cemerlang Kemampanan bagi kategori Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan, serta menerima Anugerah Saguhati dalam Bidang Tumpuan 6 (Pengangkutan).
Pencapaian ini merupakan hasil dedikasi, komitmen dan kerjasama padu seluruh warga kolej bersama Unit SmartGreen Kolej Komuniti Pasir Salak dalam memperkasa agenda kelestarian kampus.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh usaha ke arah pembangunan mampan.
“Bersama Melestarikan Kampus, Mencipta Impak Masa Hadapan.” 🌱🚗
Ayuh seluruh warga Kolej Komuniti Pasir Salak bersama-sama menyokong kempen penjimatan elektrik dan air demi kelestarian alam sekitar serta masa depan yang lebih hijau.
Gunakan elektrik secara berhemah dengan mematikan lampu, kipas dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Tetapkan suhu penyaman udara pada julat 24°C hingga 26°C bagi memastikan penggunaan tenaga lebih efisien dan selesa.
Amalkan penjimatan air dengan menutup paip dengan sempurna, mengelakkan pembaziran serta menggunakan air sekadar keperluan sahaja.
Di samping itu, marilah kita membudayakan amalan tanpa kertas (paperless) dalam urusan harian serta mengoptimumkan pelaksanaan mesyuarat secara atas talian atau penggunaan dokumen digital bagi mengurangkan penggunaan sumber.
Setiap tindakan kecil memberi impak besar. Bersama kita jadikan budaya berjimat sebagai amalan harian demi kampus lestari dan persekitaran yang lebih sihat.
“Jimat Hari Ini, Lestari Selamanya!” 💧⚡🌱
Amalan 5R penting untuk menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. 5R merangkumi Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover yang membantu mengurangkan pencemaran dan sisa buangan.
Refuse bermaksud menolak penggunaan barangan tidak perlu seperti plastik sekali guna. Reduce pula ialah mengurangkan penggunaan sumber seperti air dan elektrik. Seterusnya, Reuse menggalakkan penggunaan semula barangan seperti botol dan pakaian. Recycle melibatkan proses kitar semula bahan seperti kertas, plastik dan kaca. Akhir sekali, Recover ialah memulihkan sisa menjadi sesuatu yang berguna seperti kompos.
Kesimpulannya, amalan 5R perlu diamalkan oleh semua pihak bagi memastikan bumi sentiasa bersih dan terpelihara untuk generasi akan datang.
Rangka tindakan Kampus Hijau di Kolej Komuniti Pasir Salak bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, sihat dan lestari melalui penglibatan semua warga kampus. Antara tindakan yang dilaksanakan ialah pengurusan sisa dengan mengamalkan konsep 5R serta menyediakan tong kitar semula di kawasan strategik bagi mengurangkan pencemaran. Selain itu, penjimatan tenaga dan air turut diberi penekanan melalui kempen menutup suis elektrik selepas digunakan dan penggunaan air secara berhemah. Dari segi pengangkutan, pelajar dan staf digalakkan berkongsi kenderaan atau menggunakan kaedah mesra alam seperti berjalan kaki dalam kawasan kampus. Di samping itu, pihak kolej juga menganjurkan program kesedaran seperti gotong-royong, kempen kebersihan dan ceramah alam sekitar bagi memupuk sikap cintakan alam sekitar. Usaha penghijauan seperti penanaman pokok dan penjagaan landskap turut dijalankan bagi mencantikkan kawasan kampus. Kesimpulannya, kejayaan Kampus Hijau di Kolej Komuniti Pasir Salak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua pihak dalam mengamalkan gaya hidup lestari.
Di Kolej Komuniti Pasir Salak, warga kampus digalakkan untuk mengatakan tidak kepada penggunaan beg plastik sekali guna sebagai langkah penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Sebaliknya, pelajar dan staf disarankan membawa beg guna semula ketika membeli makanan atau barangan bagi mengurangkan sisa plastik. Amalan ini diperkukuhkan melalui penerapan konsep 5R iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover dalam kehidupan seharian di kampus. Melalui amalan 5R, warga kolej dapat mengurangkan pembaziran, mengurus sisa dengan lebih sistematik serta menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah membentuk budaya kampus hijau yang berterusan.
Jom kita sama-sama sambut Hari Bumi 2026!
📅 22 April 2026
🌱 Tema: “Our Power, Our Planet”
Hari Bumi ni bukan sekadar sambutan, tapi peringatan untuk kita semua jaga bumi yang kita duduki setiap hari 🌏
💡 Apa yang kita boleh buat?
✔️ Jimat elektrik & air
✔️ Kurangkan sampah (3R)
✔️ Tanam pokok / hijaukan kawasan
✔️ Kurangkan plastik
✨ Ingat ni:
"Tindakan kecil hari ini, boleh ubah masa depan bumi kita."
"Bumi bukan warisan kita, tapi pinjaman untuk generasi akan datang."
Jom kita start dari diri sendiri 💪
Tak perlu tunggu orang lain, kita dulu!
🌿 Jaga bumi, jaga masa depan!
Anjuran:
💚 Warga Kolej Komuniti Pasir Salak
💚 Unit SmartGreen KKPS
#HariBumi2026 #SmartGreenKKPS #OurPowerOurPlanet
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson telah mengumumkan bahawa musim bunga tahun 1970 akan diadakan satu perhimpunan di seluruh Amerika Syarikat bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama juga menjadi pembuka jalan tertubuhnya United States Environmental Protection Agency (US EPA).
Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia. Ianya bermula sebagai satu gerakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1970an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Hari Bumi akan disambut untuk kali ke 55 pada 22 April 2025. Tema Hari Bumi 2025 adalah "Our Power, Our Planet" — Kuasa di tangan kita, masa depan milik bersama. ”.
Kempen “Katakan Tidak kepada Beg Plastik Sekali Guna” oleh pelajar Sijil Teknologi Automotif di Kolej Komuniti Pasir Salak bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus tentang kesan negatif penggunaan plastik. Pelbagai aktiviti seperti hebahan, poster dan galakan penggunaan beg guna semula telah dilaksanakan. Kempen ini juga menekankan amalan 5R bagi mengurangkan sisa dan memupuk budaya hidup lestari, sekali gus mewujudkan persekitaran kampus yang lebih bersih dan hijau.
Konsep Kampus Lestari melalui “The Green Revolution” menekankan amalan mesra alam dalam kalangan warga kampus seperti pengurangan pencemaran, penjimatan sumber dan penjagaan persekitaran. Di Kolej Komuniti Pasir Salak, inisiatif ini dilaksanakan melalui amalan 5R, pengurangan plastik sekali guna, penjimatan tenaga dan air serta aktiviti penghijauan. Usaha ini membantu mewujudkan kampus yang lebih bersih, hijau dan lestari serta membentuk budaya hidup bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Kempen SmartGreen di Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) bertujuan membudayakan amalan kampus hijau melalui pengurangan pencemaran, penjimatan sumber dan penjagaan kebersihan. Kempen ini menekankan amalan 5R, pengurangan plastik sekali guna serta aktiviti seperti penjimatan tenaga, penggunaan air berhemah dan penghijauan kampus. Usaha ini membantu meningkatkan kesedaran warga kolej dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih serta lestari.
KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Alamat:
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah, Perak
Telefon: 05-6552300
Faks:05-6552800
Emel:kkpasirsalak@kkpsa.edu.my
Copyright © 2024 SmartGreen PolyCC KKPS. All Rights Reserved