SMARTGREEN POLYCC

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

Pengenalan

Halatuju baharu Smartgreen PolyCC diharapkan dapat memberi manafaat kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta seluruh warganya. Melalui jaringan strategik tersedia di samping menerokai peluang-peluang baharu bagi memastikan halatuju mampan dapat direalisasikan, Smartgreen PolyCC menekankan keperluan terhadap kualiti hidup dan budaya kerja serta alam sejagat sebagai asas utama demi kemampanan dan keharmonian semua.

Laman Web Smartgreen PolyCC Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) ini menjadi sumber maklumat atas talian kepada semua warga KKPS dalam menjalankan aktiviti berkaitan kemampanan. Laman web ini juga bertujuan utntuk mempromosikan SmartGreen PolyCC yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan kemampanan seterusnya dapat memperkasakan budaya hijau.

Diharapkan aktiviti mampan SmartGreen PolyCC memberi nilai tambah dalam pengurusan mampan yang berasaskan keharmonian manusia dan alam sekitar serta peningkatan ekonomi komuniti sekitar.

Montaj Peluncuran Smart Green KKPS 2025

📅 Tarikh: 12 Februari 2025
📍 Lokasi: Dewan Pameran Industri, Kolej Komuniti Pasir Salak

SmartGreen KKPS 2025 merupakan satu inisiatif inovatif yang bertujuan untuk memperkasakan konsep teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar dalam ekosistem pendidikan serta industri. Program ini menekankan kepentingan penggunaan tenaga yang cekap, pengurangan jejak karbon, serta aplikasi teknologi pintar dalam kehidupan seharian dan sektor industri.

Peluncuran ini akan memperkenalkan pelbagai solusi hijau yang menggabungkan teknologi terkini dengan amalan lestari, sejajar dengan aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon dan Revolusi Industri 4.0. Selain itu, SmartGreen KKPS 2025 turut berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pembangunan mampan dan inovasi hijau.

Dengan adanya kerjasama antara akademia, industri, serta pihak berkepentingan lain, inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam membentuk komuniti yang lebih lestari, berdaya saing, dan selari dengan agenda pembangunan hijau global. 🌱♻️💡

Untuk mencapai penarafan Ui Green Metric 2025, Unit SmartGreen Kolej Komuniti Pasir Salak berazam untuk memperkukuhkan pelaksanaan prinsip pembangunan mampan melalui pendekatan yang komprehensif dan bersepadu. Usaha ini merangkumi pengurangan jejak karbon, peningkatan kecekapan penggunaan tenaga, serta pengurusan sisa yang lestari dan efisien. Selain itu,  Unit SmartGreen KKPS turut memberi penekanan kepada pembangunan penyelidikan dan inovasi dalam bidang teknologi hijau, sambil mempertingkatkan kesedaran dan penglibatan seluruh ahli akademik dalam inisiatif alam sekitar. Dengan menerapkan dasar-dasar ini, Kolej komuniti Pasir Salak berhasrat untuk memberi sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan lestari global dan seterusnya mengukuhkan kedudukan Kolej Komuniti Pasir Salak dalam penarafan Ui Green Metric 2025 sebagai peneraju dalam bidang kelestarian dan kemampanan. Semoga Kolej Komuniti Pasir Salak tersenarai didalam ranking UI Green Metric 2025

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

Alamat:
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah, Perak

Telefon: 05-6552300

Faks:05-6552800

Emel:kkpasirsalak@kkpsa.edu.my

Copyright © 2024 SmartGreen PolyCC KKPS. All Rights Reserved