PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 5

Pengenalan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

· Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

· Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan

· Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

· Komitmen komuniti yang padu

Pada tahun 2020, SMK Lui Barat telah terpilih sebagai sekolah yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) bagi kohort kelima. Justeru, pihak sekolah komited menjayakan program TS25 selaras dengan rasionalnya ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

MATLAMAT

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;

· Memantapkan kepimpinan sekolah

· Memaksimumkan kualiti guru

· Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

· Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

· Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

· Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna

· Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

· Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi

· Komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF

Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

· Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;

· Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan

· Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.