Kemahiran Membuat Keputusan

Kursus ini menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan asas mengenai proses kemahiran dan tingkahlaku membuat keputusan dengan bijak dan efisien. Ini termasuk memberi pelajar kefahaman mengenai beberapa pendekatan membuat keputusan berdasarkan model-model pembuatan keputusan yang dipilih.
 
Aspek-aspek yang mempengaruhi pembuatan keputusan seperti aspek nilai, keperluan dan tujuan serta elemen ketidakpastian juga dibincangkan. Di samping itu, faktor agama dan keagamaan, pengalaman, persekitaran, kognitif, psikologi, etika dan personaliti individu juga diambilkira dalam membuat keputusan.
Comments