Testimonial Buasir

Terima kasih kerana sembuhkan buasir saya...


Daripada Norazah (Kajang) norazah7@gmail.com

"Saya Norazah dari Kajang. Sejak 5 tahun dulu saya telah diseksa buasir. Untuk selama 5 tahun ini buasir itu asyik mengacau kehidupan saya, ia selalu berdarah apabila buang air besar, dan kadangkala saya berasa takut nak buang air besar kerana kesakitan buasir semakin serius semasa berak. Apabila saya berak selalu ada sebiji buasir yang besar terkeluar & saya terpaksa tolak masuk dengan tangan saya walaupun ia menyakitkan bila buat sedemikian.

Saya ingat nak pergi jumpa Dr untuk rawat buasir saya, tapi kerana takut & tak faham macamana rawatan buasir nanti, jadi saya tunggak sampai kebalakangan ini baru saya pergi periksa di hospital. Ini juga kerana buasir saya sudah semakin serius & sangat sakit sampai saya tak tahan disebabkan buasir saya telah semakin radang & bengkak.

Selepas pemeriksaan di hospital KL, Dr memberitahu saya perlu operation & kos operasi lebih dari RM4,000. Dan saya kena stay di hospital untuk 2 malam. Oleh kerana buasir saya sudah sangat teruk & sakit, jadi saya pun setuju untuk cadangan Dr di hospital ni. Dan sebenarnya risikonya sangat tinggi kerana saya perlu disuntik bius untuk seluruh badan saya. Walaupun saya tahu suntikan bius untuk seluruh badan sangat bahaya tetapi saya ingat itu satu-satu caranya untuk merawat buasir saya jadi saya pun setuju untuk jalani operation ini. Saya terus koma lepas suntikan bius untuk seluruh badan saya. Dr menjalankan pembedahan atas buasir saya untuk beberapa jam. Saya ingat selepas pembadahan tersebut saya patut sembuh dari buasir saya & tak akan begitu sakit lagi. Tapi selepas saya sedar, buasir saya masih sakit malah kesakitan tersebut langsung tak ada kurang. Dan biji buasir besar yang selalu terkeluar semasa buang air besar tu masih kat situ lagi & apabila saya tanya Dr kenapa buasir tu masih ada, Dr cakap itu memang mereka tak dapat potong. 

Saya sangat selisah & sedih kerana sudah membelanja kos perubatan lebih RM 4,000 & buasir saya langsung tidak sembuh & keseksaan buasir saya masih teruk juga. Kerana ini saya pun buat keputusan untuk mancari Dr buasir lain yang boleh sembuhkan buasir saya. Dengan carian di Facebook mengenai rawatan buasir, justerus saya jumpa tabib cina ini di Kepong yang lebih 30 tahun pengalaman ini. Saya terus buat appointment untuk jumpa tabib cina ini, dan beliau pun check atas buasir saya. 

Selepas tabib cina ini check, beliau memberitahu saya rawatan buasir yang sesuai untuk kes buasir saya, dimana yang akan hilangkan biji buasir besar yang menganggu saya selama ini & sembuh sepenuhnya buasir saya. 

Dengan terusnya saya membuat keputusan untuk dirawat oleh beliau. Dalam rawatan pertama kali, bahagian buasir saya sudah tak sakit & dalam rawatan kali kedua biji buasir besar tu dah hilang. 

Saya amat besar hati kerana buasir saya sudah sembuh sakarang. Dan saya juga rasa sangat bertuah menurut nurse sana, ada pesakit buasir oversea yang sengaja datang Malaysia untuk bagi tabib cina ini rawat juga. Dan buasir kalau tidak dirawat awal ia akan menjadi semakin teruk.

Saya sangat terima kasih kepada tabib cina ini kerana telah menyembuhkan buasir saya yang telah menyinggung saya selama 5 tahun ini. 

Daripada Norazah (Kajang) norazah7@gmail.com
____________________________________________________________________________________

~Dari Ya Lian (Gombak) 016-6380881 ~

 

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, saya suka makan makanan pedas & goreng, kerana habit ini saya telah dijangkiti penyakit buasir dan buasir fistula yang serius (dikenali sebagai hemorrhoid, piles, haemorrhoid, "tikus curi najis"). Disebabkan peyakit ini, sayatelah mencari beberapa doktor, tetapi kesemua mereka gagal untuk memberikan nasihat yang profesional & tiada antara mereka yang janji boleh sembuhkan buasir saya. Selepas jumpa dengan beberapa doktor, selepas menghabiskan banyak masa & perbelanjaan perubatan, bukan sahaja masalah buasir saya tidak boleh disembuhkan, wasir saya menjadi lagi teruk. Dengan masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis saya yang sedia ada, saya telah menjadi lebih risau. 

 

Saya pernah pergi ke 2 hospital untuk memeriksa & diagnosis masalah buasir saya, mereka juga mengesahkan bahawa saya mengalami buasir yang amat serius, pihak hospital berpendapat penyakit saya perlu melalui pembedahan & bahagian yang dijangkiti perlu dipotong, tetapi mereka tidak menjamin penyakit buasir saya boleh disembuh selepas pembedahan. Beberapa kawan saya yang telah melalui pembedahan buasir di hospital, kebanyakan yang gagal sembuh, malah masalah buasir menjadi lagi teruk, & ada yang disebabkan pembedahan hospital, fungsi dubur telah rosak & ini menyebabkan mereka mengalami masalah pengawalan di dubur waktu buang air besar. Saya kehilangan keyakinan saya apabila saya telah diberitahu mengenai masalah yang mereka mengalami setelah pembedahan penyakit buasir di hospital. 

 

Selepas ini, saya juga pernah jumpa dengan seorang doktor yang tidak profesional, dan dia merawat penyakit buasir saya hanya dengan hanya menyapu ubat di kawasan buasir saya, sejak itu bahagian buasir di dubur saya telah menjadi bengkak. Saya mengalami kesakitan yang berterusan & kegatalan. Saya berasa sengsara & sangat seksa. Dalam tempoh ini, saya tidak hanya tidak senang untuk pergi kerja, tetapi juga sakit sehingga tidak boleh tidur pada waktu malam, saya berasa amat resah. Ketika orang lain sedang tidur, saya hanya boleh bersidang sendirian untuk sepanjang malam, ini telah banyak menyeksa saya & menyebabkan saya sangat sedih. Saya benar-benar tidak mampu buat apa-apa pada masa itu. 

 

Secara kebetulan, selepas diperkenalkan oleh rakan saya seorang pengamal profesional dalam bidang buasir & buasir fistuladisease dari Jinjang Utara, Kepong. Beliau seorang doktor yang pakar dalam bidang buasir melebihi 30 tahun. Selepas beberapa kali rawatan oleh beliau, semua kebengkakan, kesakitan & kegatalan saya telah hilang, buasir yang serius saya disembuhi sepenuhnya oleh doktor yang berpengalaman ini. 

 

Sekarang saya rasa sangat gembira, sihat & bahagia, saya bernasib baik dapat balik badan yang sihat! Sekarang saya tahu kesihatan adalah jauh lebih penting daripada kekayaan. Selepas pengalaman yang buruk ini, saya berharap sesiapa yang mempunyai penyakit ini perlu mendapatkan rawatan yang betul daripada pengamal profesional buasir yang betul, bukan sahaja anda tidak akan mengalami kesakitan yang tidak perlu, tetapi juga membuang masa dan membelanjakan wang yang banyak kepada doktor yang tidak profesional! Yang paling penting, pakar rawatan buasir profesional yang mampu menyembuhkan buasir & masalah buasir fistula anda!


Setelah sudah banyak cuba cara-cara rawatan buasir yang berbagai-bagai jenis, akhirnya, saya menjumpai penawarnya. Saya tidak sedar akan Rawatan Buasir YL yang begitu berkesan dan menakjubkan - Mohd K

____________________________________________________________________________________

Saya adalah seorang pesakit yang menghadapi penyakit buasir yang serius. Penyakit buasir ini telah saya tanggung selama 9 tahun lamanya, dan selama itulah bermacam-macam ubat telah saya ambil, namun belum dapat menyelesaikan penderitaan saya. Pada Januari 2005, penyakit saya bertambah teruk dan kronik. Saya mulai panik, lalu saya tidak dapat bergerak dengan biasa apatah lagi untuk bekerja. Penderitaan sakit buasir ini amatlah teruk sehingga tak boleh tidur, duduk, berdiri dan macam-macam lagi.

Lalu saya membuat keputusan untuk mengikat(rubber band) disalah satu klinik. Sakit bertambah lagi dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sehingga suatu hari saya dan isteri saya diperkenalkan kepada Dr. YL yang pakar dalam buasir. Saya terus menghubungi Dr YL lalu membuat pertemuan di Klinik Buasirnya di Jinjang, Kepong. Setelah sampai, saya dirawat oleh beliau yang banyak memberi pengetahuan tentang penyakit buasir ini. Saya terus membuat pilihan untuk mencuba ubat-ubatan doktor tersebut. Ternyata perbezaan sakit saya ada perubahan walaupun selepas rawatan pertama sahaja. Saya pun terus membuat temu janji untuk rawatan kali kedua.

Setelah rawatan kali kedue, bersama saya mengikuti arahan berpantang. Alhamdulillah, hari ini saya sembuh. Saya membuang air besar tanpa sakit lagi, dua hingga tiga kali sehari berbanding dengan dahulu tiga hari sekali. Sudah tidak ada fobia tentang itu lagi. Banyak pengetahuan tentang penyakit buasir ini apabila saya membuat rawatan disini. Saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang menghidapi penyakit ini dan memberi nasihat pada pesakit-pesakit buasir, berubatlah sebelum terlambat kerana ianya sangat bahaya dan boleh membawa kanser.

Ini adalah kisah benar saya untuk dijadikan tauladan buat semua -  Siti Suhaidah

___________________________________________________________________________________________

Raju berasal dari Cheras, Kuala Lumpur mula mendapat buasir sejak 5 tahun dulu. Akibat penyakit tersebut, kehidupan Raju terjejas teruk. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana terlalu banyak mengambil cuti, malah turut memberikan kesan kepada hubungan suami isteri.Paling menyeksakan ialah kesukaran beliau untuk bergerak bebas dan membuang air besar. Banyak masa dihabiskan untuk berehat dan hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari sekali kerana fobia dengan kesakitan yang dialami. Semakin lama keadaan beliau semakin bertambah serius sehingga suatu tahap beliau mengalami pendarahan pada dubur dan denyutan yang menyakitkan.

Pelbagai kaedah dan ikhtiar diusahakan oleh beliau samada secara perubatan tradisional mahupun menziarahi hospital-hospital kerajaan untuk rawatan secara saintifik.

Pihak hospital mencadangkan agar saya menjalani rawatan secara pembedahan. Bagaimanapun risikonya ialah rawatan ini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh seperti sediakala dan pada masa yang sama juga beliau terpaksa bercuti lebih panjang dan ini sudah tentu akan menjejaskan kerjaya saya.

Dengan hati yang berat beliau terpaksa menolak kaedah rawatan secara pembedahan ini. Begitupun, beliau bernasib baik kerana ditakdirkan beliau terbaca mengenai iklan Rawatan Buasir Mujarab di internet. Beliau  terus menghubungi pusat rawatan ini di Kepong.

Lawatan pertama beliau di pusat rawatan buasir tersebut mendedahkan beliau kepada kaedah mengenalpasti penyakit buasir beliau melalui bacaan nadi yang sememangnya mengesahkan penyakit beliau yang telah dialami selama beberapa tahun.

Buat permulaan beliau diberikan beberapa ubat berasaskan herba & gabungan teknik mengubat buasir moden. Pada masa yang sama juga beliau diarahkan untuk memakan sayur-sayuran untuk tempoh dua minggu yang pertama. Kata pakar buasir tersebut, jika diizinkan Allah, beliau akan sembuh dalam tempoh 1 bulan.

Tempoh pengubatan serta kaedah pemakanan yang teratur telah berjaya mengurangkan penderitaan beliau ketika membuang air besar. Walaupun proses penyembuhan menyebabkan beliau terpaksa menghadapi beberapa kesukaran berpantang tetapi ianya berbaloi. Kini beliau semakin sembuh dan beliau dapat bekerja seperti sedia kala. Nasihat beliau, janganlah bertangguh-tangguh apabila mendapat penyakit buasir atau sembelit di peringkat permulaan. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Hubungi pakar rawatan Buasir untuk membantu anda dari kesengsaraan  - Raju 

Comments