Apa itu Buasir?

Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur & ia memang bercampur darah.


Menurut perubatan Siddha Ayurvedha, terdapat 9 jenis buasir diikuti oleh komplikasi perut, kolon dan rektum di kalangan manusia dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Buasir berdarah atau Hemorrhoids. Hemorrhoids adalah bengkak yang luar biasa pada urat di hujung usus besar dan dubur. Ianya lebih meyerupai urat yang bengkak dimana, dapat dilihat pada kaki seseorang. Apabila urat Buasir yang membesar diranggsang menyebabkan sekitar membran membengkak, pedih, gatal, terasa sakit dan berdarah. Buasir disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada hujung usus besar yang menyebabkan pendarahan serta dinding usus membengkak dan kadangkala ianya pecah.

Tedapat dua jenis Buasir : Dalaman dan Luaran

  1. Buasir Dalaman selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ianya terdapat pada bahagian paling dalam di usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan oleh kanser dan ianya haruslah dirawati.
  2. Kebanyakan petanda yang sering kita dengar disebabkan oleh Buasir Luaran, antaranya adalah seperti kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika Buasir Luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk di dalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. Oleh kerana ianya mempunyai banyak petanda yang tidak disenangi, buasir luaran biasanya mendapat perhatian utama semasa rawatan. Sekiranya urat pada dubur regang dan terdapat Buasir, ianya menjadi susah untuk dipulihkan sepenuhnya.