Khatam Terjemahan

                                                               [Previous] [Next] [Home]

[11] HUD, dari surah 21~30;

21. Merekalah orang-orang yang  merugikan diri-diri mereka, dan batal lah apa yang mereka telah ada-adakan.

22. Tidak syak, bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.

23. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan tunduk kepada Tuhan mereka, adalah mereka itu ahli syurga yang mereka akan kekal padanya.

24. Perumpamaan dua golongan itu, seperti orang buta dan orang tuli, dengan orang yang melihat dan yang mendengar, adakah sama dua-dua nya dalam perumpamaan ? tidak kah kamu mahu ingat ?

25. Dan sesungguhnya kami telah utus Nuh kepada kaumnya. ia berkata; “sesungguhnya aku ini pengancam yang nyata bagi kamu”.

26. “bahawa janganlah kamu sembah melainkan  Allah, kerana sesungguhnya aku takut ditimpa atas kamu azab hari yang pedih”.

27. Lalu berkata kepala-kepala kafirin  dari kaum nya; “kami tidak pandang mu, melainkan sebagai seorang manusia seperti kami, dan kami tidak lihat yang mengikut mu, melainkan orang-orang yang rendah dari antara kami dengan tidak berfikir, dan kami idak lihat kamu lebih mulia dari kamu, malah kami anggap kamu orang-orang pendusta”.

28. Ia berkata; “Hai kaum ku! Bagaimana kah fikiran kamu, jika adalah aku atas kebenaran dari Tuhan ku, dan ia beri rahmat kepada ku dari sisinya, lalu digelapkan keterangan itu buat kamu ? apakah boleh kami paksa kamu menerima nya, pada hal kamu tidak suka padanya ?”.

29. “Dan hai kaum ku ! aku tidak minta harga kepada kamu tentang itu, kerana tidak ada balasan ku, melainkan terserah kepada Allah, dan bukan aku ini pengusir orang-orang yang beriman, sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhan mereka, tetapi aku melihat kamu sebagai kaum yang bodoh”.

30. “Dan, hai kaum ku! Siapakah yang akan menolong akan daku dari seksaan Allah, jika aku usir mereka ? apakah kamu tidak mahu sadar?”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/533474800002942/doc/540428505974238

Following Twitter,
[] https://twitter.com/etiqaknajid2/status/688874794335379456



.
Comments