Ulasan Surah 66‎ > ‎

Al-Imran 1~200

                                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Imran, dari  Ayat 41~50

41. Dan berkata; “Hai Tuhan ku ! adakan lah satu  tanda bagi ku”, Firman nya; “tanda mu itu ialah engkau tidak akan boleh bersembang kepada manusia selama tiga hari, melainkan dengan isyarat sahaja, dan ingatlah banyak-banyak kepada Tuhan mu dan berbaktilah petang dan pagi”.

42. Dan ingatlah tetakala melaikat berkata; “hai Mariam ! sesungguhnya Allah telah pilih mu dan telah sucikan mu dan telah muliakan mu atas perempuan-perempuan sealim suci”.

43. “Hai Mariam ! taatlah kepada Tuhan mu dan sujud dan rukuk lah bersama orang-orang yang rukuk”.

44. Yang demikian itu sebahagian daripada khabaran-khabaran ghaib yang kami wahyukan dia kepada mu, dan engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka membuang undi mereka buat mengetahui siapakah dari antara mereka akan memilihara Mariam, dan engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka berbantahan.

45. ingatlah tetakala melaikat bekata: “Ya Mariam ! sesungguhnya Allah mengkhabarkan kepada mu bahawa engkau dapat satu kalimah daripada nya, nama nya Al-Masih Isa bin Mariam, yang dimuliakan didunia dan diakhirat dan seorang dari mereka yang dihampiri”.

46. Dan dia akan berkata-kata  kepada manusia dibuayian dan dimasa tua, dan ia seorang daripada solehin”.

47. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! bagaimana aku akan dapat anak, pada hal aku belum disentuh oleh manusia ?”, ia berkata; “bagitulah Allah menjadikan apa yang ia kehendaki, apabila ia tentukan sesuatu hanya ia berkata kepada nya “Jadilah” maka sesuatu yang dikehendaki itu terus jadi”.

48. Dan ia akan ajar  dia menulis dan hikmat dan Taurat dan Injil.

49. Dan sebagai Rasul kepada bani Israel berkata; “sesungguh nya aku bawa kepada kamu satu mukzizat dari Tuhan kamu’ iaitu aku bisa membuat untuk kamu, dari tanah seperti rupa burung, lalu aku tiup padanya, lantas ia jadi burung dengan izin Allah, dan aku bleh menyembuhkan orang yang buta dan yang sopak, dan menghidupkan orang-orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku boleh khabarkan kepada kamu apa yang kamu makan  dan apa yang kamu simpan dirumah-rumah kamu, sesungguh nya didalam yang demikian, ada satu tanda kebenaran bagi kamu, jika kamu beriman”.

50. “Dan untuk membenarkan taurat yang ada dihadapan ku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian daripada apa yang telah diharamkan atas kamu, dan aku bawa kepada kamu sesuatu mukzizat dari Tuhan kamu. Lantaran itu, hendaklah kamu takut kepada Allah, dan taatlah kepada ku”. 

 

Sumber dari;
[] http://pasknajid2.blogspot.my/2015/10/alimran.html

Following Twitter;
[] https://twitter.com/pasknajid2/status/657057189593374720
[]
https://twitter.com/pasknajid2/status/657057655270191104




Comments