Rawatan Guna Suplemen

Rawatan Penyakit Menggunakan Suplemen

"Berubatlah kamu dengan dua kesembuhan iaitu MADU dan AL-QURAN." - Maksud Hadith

Memakan suplemen Berkualiti dapat membantu menyembuhkan berbagai-bagai penyakit (Insya Allah)

     
 

Penokok Zat Makanan. Kenapa Anda Memerlukannya.

Kita telah mengetahui untuk sihat jangkamasa panjang, kita perlu mengambil penokok zat asas yang lengkap. Pengambilan penokok zat dalam banyak kes adalah melebihi had RDA. Jadi bagaimana cara kita mendapatkan pengambilan penokok zat yang sempurna? Bagaimana anda mendapat 400i.u vitamin E setiap hari, di mana ianya telah dibuktikan sangat penting untuk kesihatan kardiovaskular (jantung) dan penglihatan.

Baiklah, anda boleh mendapatkannya dari diet dangan memakan 1.5 pound (0.68kg) biji bunga matahari setiap hari atau minum 1 botol penuh minyak bunga matahari, atau menghabiskan 33 pound (15kg) bayam setiap hari atau anda boleh mendapatkannya dari suplemen. Dan bagaimana anda mendapatkan 1500mg kalsium dan 400-600 i.u vitamin D dan magnesium untuk kesihatan tulang yang kuat. Baiklah, anda boleh mendapatkannya dari diet dengan meminum susu setiap hari atau dengan memakan 3 tin sardin atau 11 pound keju setiap hari, atau mungkin anda lebih suka 18 pound (8.2kg) oren atau 1 pound (0.45kg) oatmeal, atau 10 pound (4.5kg) kobis setiap hari. Atau anda boleh mendapatkannya dari diet yang berpatutan ditambah dengan penokok zat berkualiti.


Pokok pangkalnya ialah diet yang seimbang adalah amat penting untuk kesihatan yang baik. Tetapi kajian terkini mendapati, dalam banyak kes, diet sahaja tidak mencukupi. Kebanyakkan dari kita tidak mendapat cukup vitamin, garam galian dan antioksida dari makanan sahaja. Oleh itu penokok zat amat diperlukan. Kunci kepada kesihatan yang baik ialah makan makanan seimbang dan ambil penokok zat berkualiti tinggi iaitu produk yang dicipta untuk melengkapkan diet anda dan membekalkan secara lengkap asas vitamin, garam galian dan antioksida yang diperlukan setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang.

Tetapi jangan hanya mengambil apa yang saya kata. Biar saya petik dari satu artikel yang diterbitkan oleh 'Persatuan Perubatan Amerika' pada Jun 2002. Penulis menyatakan 'Kebanyakan dari kita tidak mendapat semua vitamin secukupnya dari diet sahaja... Oleh itu amat wajarlah untuk semua orang dewasa untuk mengambil penokok zat. Ambillah nasihat ini. Ambillah penokok zat berkualiti tinggi dari suplemen untuk mendapatkan zat yang mencukupi. Ambil penokok zat setiap hari dan amalkannya sepanjang hayat. Kesihatan anda bergantung kepadanya. 

 

Kesihatan Hakiki Dengan Suplemen

Letakkan diri anda di dalam perjumpaan keluarga. Yang mana satu anda? Samada anda seorang ibubapa atau datuk yang berbangga, pakcik dan makcik yang disukai,  kawan akrab keluarga atau abang dan kakak?Anda mempunyai pertalian dan tanggungjawab untuk menyayangi dan perihatin terhadap satu sama lain. Tetapi adakah anda berlaku jujur terhadap diri sendiri? Adakah anda akan berada di sisi mereka yang disayangi selama yang anda inginkan? Adakah mereka akan berada di sisi anda bila diperlukan? Anda mungkin menjawab ya, tetapi perangkaan mengatakan sebaliknya.

 

Menurut  Persatuan Masyarakat Barah Amerika,  satu dari dua orang lelaki akan mendapat barah di dalam hidup mereka. Persatuan Pesakit Jantung Amerika melaporkan bahawa sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di kalangan wanita. Persatuan Pesakit Alzheimer pula melaporkan 1 dari 10 orang tua melebihi 65 tahun akan dijangkiti Alzheimer. Peluang untuk menghidap penyakit barah buah dada dalam hidup seorang wanita ialah 1 dalam 8. Jurnal perubatan New England menerbitkan artikel menyatakan lebih kurang 30% dari remaja dijangkiti oleh ahterosclerosis iaitu penyakit saluran darah tersumbat dengan lemak.

 

Masa depan keluarga ini, seorang mengalami kemerosotan kesihatan dan penyakit yang melemahkan bukanlah satu kebetulan. Ianya bukanlah kerana bernasib malang. Ia adalah satu proses yang memakan masa bertahun-tahun.

 

Adakah anda dan orang yang dikasihi mengalami nasib yang sama? Adakah anda sama seperti berjuta-juta manusia yang hidup terlalu pendek dan mati terlalu lama? Adakah anda menjaga kesihatan anda dengan berserah kepada nasib atau dengan merancang dan membuat pilihan.

 

Bidalan kata “Anda adalah apa yang anda makan” telah membawa makna baru dalam dunia moden. Hari ini kita makan makanan yang telah diproses melalui industri pengilangan. Makanan kita mengandungi racun serangga, racun industri, lemak  buatan dan lemak buatan tak tepu. Untuk sebahagian besar dari kita, kesihatan adalah berdasarkan kepada gabungan dari beberapa pilihan yang kita buat seharian. Kebanyakan dari kita membuat pilihan yang kurang baik.

 

Pemakanan zaman moden mempunyai tahap lemak, gula dan garam yang tinggi. Pada masa yang sama kita mengambil kurang vitamin dan mineral. Tabiat ini disamping pengurangan aktiviti senaman membawa kita kepada penyakit kegemukan, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi – Semuanya menyumbang kepada penyakit kronik kepada orang dewasa.

 

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah sebelum ini di mana manusia memakan makanan yang telah diproses dan dicemari atau didedahkan kepada banyak racun – dari bahan kimia buatan, tekanan, dadah dan lain-lain bahan pencemar. Badan kita diperbuat daripada sel-sel dan sel-sel ini memerlukan zat-zat khusus supaya boleh berfungsi dengan betul dan mempertahankan diri dari serangan racun di dalam makanan dan persekitaran kita. Racun-racun ini mampu menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan dan membunuh sel-sel badan kita. Kesihatan sel-sel ini adalah amat penting untuk kesihatan badan kita dalam jangkamasa panjang.

 

Memahami betapa luas dan mahal masalah kesihatan, ianya menjadi jelas kepada kita untuk mencari jalan menjaga kesihatan kita. Kos kewangan dan kos emosi akibat tidak menjaga kesihatan amatlah menakutkan. Walaupun dengan insuran kesihatan, pesakit dengan mudah boleh dikejutkan dengan kos rawatan perubatan, pembedahan dan ubat-ubatan preskripsi.

 

Persatuan Perubatan Amerika mengiktiraf peranan penokok zat pemakanan dalam membantu menjaga kesihatan. Dalam tahun 2002, jurnal dari persatuan ini telah menerbitkan dua artikel sains mengesyorkan pengambilan penokok zat multivitamin untuk penjagaan kesihatan. Penulis mengatakan: “Adalah wajar bagi semua orang dewasa untuk mengambil penokok zat multivitamin.”


Makanan yang kita makan sekarang kekurangan zat, malah mengandungi banyak bahan-bahan beracun. Kebelakangan ini, kerosakan yang berlaku kepada sel badan kita begitu ketara sekali dan kita mestilah melakukan sesuatu untuk mengekang kemusnahan sel ini.


Keberkesanan dari pemakanan suplemen berkualiti terbaik di dalam menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit telah pun terbukti melalui testimoni pesakit-pesakit dari seluruh dunia yang telah mengamalkannya. Jika sesebuah produk suplemen telah berada di pasaran dunia selama 14 tahun, jangkamasa ini adalah terlalu lama bagi mencari kesilapan dan keburukan, mahupun kesan sampingan negatif yang mungkin diakibatkan dari pengambilan supplement tersebut. Hanya supplement terbaik sahaja yang telah berjaya melepasi tempoh ujian kesan sampingan dengan jayanya. Anda boleh mendapatkan begitu banyak maklumat testimoni pemakanan suplemen terbaik dari berbagai-bagai jaringan web di internet. Di laman ini, disertakan juga sebahagian daripada testimoni-testimoni yang dimaksudkan.
 
Testimoni-testimoni dari pengguna suplemen berkualiti terbaik di Malaysia mungkin tidak begitu banyak dibandingkan dengan testimoni dari luar negara. Namun begitu, saya akan cuba mendedahkan beberapa kes kesihatan yang telah berjaya saya rawat dengan menggunakan supplement berkualiti terbaik dan bacaan ayat-ayat Al-Quran disamping doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.  terutama bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan dan gangguan makhluk halus secara serentak. Berikut disenaraikan penyakit-penyakit  jasmani yang telah biasa saya rawat dengan menggunakan supplement berkualiti terbaik dan keberkesanannya adalah melebihi 90%.
  1. Migraine (Sakit kepala)
  2. Rabun mata disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis.
  3. Rambut gugur tanpa sebab.
  4. Resdung. Hidung sentiasa tersumbat, gatal-gatal dan selalu bersin. Mata selalu menjadi merah.
  5. Jerawat batu di muka.
  6. Kerap mendapat sakit ulcer di mulut.
  7. Kulit muka selalu berminyak terutama di waktu bangun pagi.
  8. Sakit tengkuk disebabkan takanan darah tinggi.
  9. Sakit urat belikat.
  10. Sakit pinggang
  11. Lelah
  12. Sakit jantung
  13. Kencing manis
  14. Gastrik
  15. Tak lawas buang air kecil
  16. Batu karang dalam ginjal
  17. Sembelit
  18. Buasir
  19. Jarang buang air besar. 3-7 hari sekali.
  20. Kebas-kebas anggota badan terutama kaki dan tangan
  21. Tidak datang darah haid.
  22. Darah haid keluar berlebihan (darah wiladah)
  23. Masalah kesuburan. Sukar mendapatkan zuriat.
  24. Kerap berulang ke tandas kerana buang air kecil pada waktu malam semasa tidur.
  25. Cystic Fibrosis (Ketumbuhan dalam rahim)
  26. Sakit lutut. Cecair synovial berkurangan; atau tulang lutut dan rawan lutut terhakis.
  27. Fiber tendon pada lutut dan kaki putus disebabkan aktiviti lasak.
  28. Sakit tapak kaki terutama diwaktu pagi dan apabila memijak lantai yang sejuk dan keras.
  29. Kekejangan otot.
  30. Ghout.
  31. Lenguh-lenguh kaki.
  32. Penyakit kulit (Eczema)
  33. Kurang berpeluh apabila bersukan.
  34. Barah seperti barah buah dada dan barah usus.
  35. Mengantuk yang berlebihan.
  36. Badan tidak bermaya. Kurang tenaga.
  37. Lemah tenaga batin.
  38. Sakit-sakit urat.

Bagaimana cara merawat penyakit.

Ini adalah soalan cepu mas yang seringkali disuarakan. Terdapat banyak kaedah-kaedah yang disyorkan. Antara jawapan-jawapan yang sering kita dengar antaranya ialah:

1. Pergi jumpa doktor di klinik dan hospital
2. Pergi jumpa tabib dan perawat Islam bergelar ustaz
3. Pergi jumpa bomoh dan pawang traditional Melayu
4. Pergi jumpa tabib homoepathy
5. Pergi tanya dan ambil ubat dari Sin Seh
6. Pergi tanya dan ambil ubat dari farmasi


Di dalam Al-Quran ada dinyatakan satu ayat yang bermaksud "Tanyalah kepada pakar sekiranya anda tidak tahu". Ini adalah kaedah asas yang boleh digunakan apabila kita sakit, iaitu dengan menerima rawatan dari golongan professional seperti Doktor, tabib, Sin Seh, perawat dan sebagainya. Kaedah ini lebih selamat sekiranya kita tidak mengetahui apa-apa tentang penyakit yang kita alami.

Golongan perawat seperti para doktor telah mempelajari ilmu perubatan dengan cara yang komprehensif dan mendalam dengan melakukan banyak kajian-kajian yang menelan belanja yang amat besar. Mereka mengkaji setiap jenis penyakit dan rawatan serta ubat-ubatan yang mujarab bagi setiap penyakit tersebut.

Cara mereka selalunya berkesan tetapi mendatangkan banyak kesan-kesan sampingan yang negatif kepada tubuh badan kita yang biasanya mula dirasai setelah lebih 10 tahun kemudian. Ini adalah kerana kebanyakan dari cara penyelesaiaan masalah penyakit ialah dengan menggunakan dadah (drug).

Penggunaan dadah amat berkesan dalam jangkamasa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang boleh membawa kemudaratan yang besar kepada pesakit. Kesan negatif jangkamasa panjang ialah kegagalan buang pinggang dan hati. Penggunaan dadah yang berlebihan dalam jangkamasa pendek pula boleh membawa kematian mengejut. Jadi, tidak hairanlah mengapa kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan dadah secara tidak sah. Ia hanya boleh dikeluarkan oleh badan-badan tertentu melalui penyeliaan dan pemantauan yang ketat.

Satu kelebihan yang dimiliki oleh para doktor ialah kemudahan peralatan-peralatan berteknoloji tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja perubatan. Mereka mempunyai mesin x-ray, CT scanner dan berbagai-bagai lagi kelengkapan canggih untuk mengesan, melihat dan merawat penyakit tubuh manusia dengan lebih cepat dan tepat. Walaupun peralatan-peralatan mereka merbahaya dan berisiko mendatangkan kesan negatif kepada tubuh badan, namun kekurangan ini terlalu kecil berbanding dengan faedah yang bakal diterima pesakit.

Kadang-kadang, para doktor merasa bingung dengan penyakit yang dihadapi oleh sebahagian pesakit kerana segala peralatan canggih yang mereka miliki tidak dapat mengesan sebarang kecacatan pada pesakit. Dengan erti kata lain, semua ujian perubatan menunjukkan si pesakit tidak sakit. Dalam konteks ini, doktor yang berpengalaman akan mengesyorkan pesakit untuk berjumpa dengan pakar perubatan alternatif seperti ustaz, bomoh, pawang dan sebagainya.

Golongan pakar perubatan alternatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding golongan doktor, walaupun mereka tidak mempunyai kelengkapan perubatan canggih. Bagi golongan yang bergelar ustaz dan perawat, mereka merawat pesakit menggunakan konsep perubatan kenabian, iaitu ilmu perubatan wahyu yang diturunkan sendiri secara langsung oleh Allah s.w.t.

Merawat penyakit menggunakan ilmu wahyu adalah kaedah yang menjadi pilihan ramai umat Islam terutama mereka yang berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam. Merawat pesakit dengan ilmu wahyu tidak mendatangkan kesan sampingan negatif kepada pesakit. Ilmu perubatan wahyu tidak membenarkan penggunaan bahan-bahan yang najis, kotor dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit seperti penggunaan dadah dan bahan-bahan dari binatang seperti babi.

Konsep perubatan ilmu wahyu adalah menjadi pilihan dan amalan saya selama lebih dari 10 tahun. Melalui pengalaman diri sendiri, saya dapati kaedah perubatan ilmu wahyu jauh lebih berkesan, baik untuk jangkamasa pendek maupun panjang berbanding kaedah perubatan moden. Sebagai contoh, sekiranya anda sakit kepala (migraine), doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran, selalunya (95%) akan dapat melegakan rasa sakit kepala dengan serta merta. Kalau masih tidak baik pada masa itu, insya Allah, selepas minum air doa untuk beberapa jam atau hari, sakit kepala akan hilang. Kesan dari pengambilan Paracetamol atau Panadon pun, tidak tidak dapat menandingi doa. Kenyataan ini saya buat adalah berdasarkan kepada pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang datang kepada saya.


Bagaimana saya merawat diri sendiri dan keluarga

Derita yang ditanggung akibat menghidap berbagai-bagai penyakit memberikan kesedaran kepada saya untuk kembali berserah kepada Allah secara mutlak. Dalam proses mendalami ilmu ketuhanan dengan membaca dan mengkaji Al-Quran dan hadith terutama pada bab-bab penyakit dan kesembuhannya, saya diberikan petunjuk-petunjuk yang banyak dan jalan-jalan ke arah penyembuhan penyakit. Di antaranya ialah:
  1. Dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menyembuhkan dan menjadi rahmat untuk orang-orang beriman.
  2. Apabila aku sakit, Allahlah yang menyembuhkanku.
  3. Setiap penyakit itu ada ubatnya.
  4. Allah S.w.t menurunkan ubat terlebih dahulu sebelum menurunkan penyakit.
  5. Berubatkah kamu dengan Al-quran dan Madu.
  6. Beramallah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana didalamnya terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali penyakit mati.
  7. Rasulullah menyuruh kita memakan kurma Ajwa untuk mengelakkan dari penyakit dan sihir.
  8. Rasulullah menggalakkan kita meminum air zam-zam untuk menyembuhkan penyakit.
  9. Al-Quran menceritakan perihal madu lebah untuk kegunaan manusia.
  10. Rasulullah mengamalkan meminum susu.
  11. Rasulullah menyuruh kita mencari ubat bagi penyakit yang kita hadapi.
  12. Rasulullah melarang kita berputus asa dalam banyak perkara terutama ketika menghidap penyakit.
  13. Penyakit adalah ujian dari Allah untuk melihat siapa yang lebih beriman.
  14. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan untuk mengampunkan dosa pesakit.
  15. Allah menyuruh kita memakan makanan yang halal dan baik (tidak memudharatkan)
  16. Allah melarang kita memakan benda-benda yang boleh merosakkan kesihatan kita (rokok misalnya)
  17. Rasulullah suka memakan buah kurma, susu dan madu.
  18. Rasulullah jarang-jarang memakan daging. Ada riwayat yang mengatakan sekali dalam masa 40 hari.
  19. Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat.
  20. Perut adalah kilang penyakit.
  21. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut tentang buah-buahan dan tanam-tanaman seperti buah zaitun, kurma, anggur, tin dan sebagainya.
 
Bagi diri saya, petunjuk-petunjuk di atas dengan jelas memberitahu kita bahawa penyembuhan dari penyakit ada terdapat di dalam penggunaan:
  1. Ayat-ayat Al-Quran
  2. Buah-buahan (Anggur, kurma, zaitun, tin)
  3. Tumbuh-tumbuhan (herba seperti habbatus sauda, spirulina dan inai),
  4. Susu
  5. Madu
  6. Air mineral
AL-Quran juga ada memberitahu kita secara tidak langsung tentang unsur-unsur tertentu yang mempunyai manfaat kepada manusia tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan. Dalam hal ini, unsur-unsur tersebut hanya boleh digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Sebagai contoh, Allah mengharamkan darah dan daging babi ke atas kita. Tetapi sekiranya keadaan menjadi darurat, kita dibolehkan mengambilnya tanpa berdosa. Namun begitu, kesan sampingan yang negatif dari menggunakan daging babi tadi akan tetap memudharatkan kita.
 
Penggunaan ubat-ubatan yang berunsur dadah juga jatuh dalam kategori memberi manfaat kepada manusia tetapi mendatangkan kesan yang negatif. Pengambilan "prescription drug" mestilah di atas dasar dharurat kerana ia mendatangkan kesan negatif yang tidak baik kepada kesihatan kita, terutama apabila diambil secara perpanjangan. Prescription drug atau ubat-ubatan hospital adalah merupakan jalan penyelesaian sementara untuk penyakit-penyakit yang masih belum dijumpai ubatnya. Jalan penyelesaian sementara dengan mengambil ubat-ubatan hospital ini sebenarnya akan bertukar menjadi masalah kesihatan yang lebih besar kepada pesakit. Malah masalah ini mungkin boleh menjadi lebih besar dari penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut pada awalnya.
 
Kesan dari penggunaan dadah ini boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan hati yang teruk. Banyak kajian-kajian kesihatan yang dijalankan di negara Amerika Syarikat menunjukkan bahawa punca kematian utama rakyat mereka ialah kerana pengambilan prescription drug.
 
Kesimpulannya, untuk merawat diri anda dari sebarang penyakit, berusahalah berubat dengan kaedah-kaedah seperti disarankan oleh agama Islam seperti 6 perkara yang telah disenaraikan seperti di atas. Insya Allah, kesembuhan ada disitu. Jauhilah diri anda dari mengambil ubat-ubatan hospital. Bayangkanlah, sekiranya anda terdesak kehabisan bekalan makanan, sanggupkah anda memakan daging babi? Saya tidak fikir, saudara akan kehabisan segala alternatif yang ada sehingga terpaksa memakan daging babi. Begitu juga saya tidak fikir saudara kehabisan bahan-bahan perubatan sehingga terpaksa mengambil ubat-ubatan hospital.
 
Setelah mengetahui rahsia kesihatan dan kesembuhan dari penyakit dengan mengamalkan 6 perkara di atas, Alhamdulillah kesihatan saya dan ahli keluarga bertambah baik. Kami sekeluarga amat jarang dijenguk penyakit, amat jarang berjumpa doktor. Sejak itu, tahun 2001, kami sekeluarga dapat menjimatkan wang kos perubatan dan menggunakan bajet perubatan untuk pencegahan penyakit dengan membeli suplemen-suplemen berkualiti tinggi yang berasaskan 6 perkara di atas.
 
Mutakhir ini terdapat banyak syarikat-syarikat berteraskan kesihatan mengeluarkan suplemen beraraskan 6 perkara di atas. Mereka telah mempunyai idea dan kaedah yang betul untuk memberikan pelanggan mereka kesihatan yang terbaik. Namun kebanyakan dari syarikat-syarikat tersebut gagal mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi yang dijamin jumlah kandungannya seperti yang terdapat pada label. Mereka juga tidak mempunyai formula yang tepat, berapa banyakkah jumlah dosej bahan-bahan tertentu yang perlu diambil oleh pengguna untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
 
Hanya segelintir syarikat sahaja yang dapat menjamin bahawa produk mereka dijamin jumlah kandungannya, bebas dari pencemaran dan larut di dalam badan sepenuhnya. Mereka telah mendapat sijil pengesahan daripada NSF bahawa produk-produk mereka benar-benar bermutu tinggi. 
 
Saya telah menggunakan supplement berkualiti terbaik selama 1 tahun dan dapat merasakan perubahan pada diri saya seperti yang telah dijelaskan di perenggan-perenggan di atas. Saya merasakan kesihatan diri saya seperti seolah-olah saya masih berusia 20an. Supplement berkualiti terbaik adalah berasaskan kepada 6 perkara di atas, malah syarikat mereka menambah lebih banyak lagi bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan yang disarankan oleh sains boleh mendatangkan faedah kesihatan kepada manusia seperti bayam, bunga matahari, buah limau dan berbagai-bagai lagi.
 
Dengan supplement berkualiti terbaik, saya sudah tidak perlu mengambil 6 bahan-bahan asas kesihatan di atas. Supplement berkualiti terbaik sudah mencukupi. Semua ahli keluarga saya berjumlah 6 orang mengambil supplement berkualiti terbaik. Semua ahli warga kerja Software Trading (7 orang) tempat saya bekerja, mengambil supplement berkualiti terbaik. Semua saudara lelaki dan perempuan saya berjumlah 10 orang mengambil supplement berkualiti terbaik.

Pengalaman Merawat Orang Sakit.

Sebagai seorang perawat dan pengamal supplement berkualiti terbaik, saya berasa amat gembira kerana kesihatan saya bertambah baik dari semasa ke semasa. Bukan sahaja saya sihat, malah prestasi saya di bidang sukan begitu menonjol sekali. Saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang berusia 20an. Saya juga berasa gembira dapat menolong menyembuhkan pesakit-pesakit yang datang meminta pertolongan saya. Hati kita akan berasa amat lapang seolah-olah beban di dada terangkat ke langit apabila seorang pesakit mengucapkan terima kasih kepada kita kerana mereka sudah sembuh dari penyakit. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang merawat sahaja.
 
Sehingga kini, kepercayaan saya terhadap kemampuan Al-Quran dan supplement berkualiti terbaik di dalam merawat pesakit mengatasi kepercayaan saya kepada doktor dan hospital di dalam merawat apa-apa jua penyakit. Malah saya pernah merawat seorang pesakit yang ada pertalian keluarga dengan saya di mana seorang doktor mengingatkan beliau supaya membuat pembedahan usus yang sedang membengkak. Jika dibiarkan, usus tersebut boleh pecah dan boleh membawa kepada kematian. Alhamdulillah, hanya berbekalkan ayat-ayat- Al-Quran, doa-doa yang diajarkan nabi dan supplement berkualiti terbaik, pesakit tersebut sembuh hanya dalam masa 1 hari. Ini semua kuasa Allah berkat dengan penggunaan bahan-bahan yang baik lagi halal yang diceritakan oleh nabi.
 
Sebagai seorang perawat, saya telah merawat pesakit yang menderita berbagai-bagai jenis penyakit. Pengajaran utama yang saya dapat apabila menghadapi pesakit ialah betapa beruntungnya saya kerana Allah tidak menguji saya dengan sakit yang sedemikian. Pada masa yang sama, Allah meletakkan di hati saya derita yang dirasai oleh pesakit. Saya dapat merasakan kesakitan pesakit tanpa menghidap penyakit tersebut. Hal ini membuatkan saya berasa amat simpati kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan membantu merawat mereka yang sakit sedaya termampu.
 
Semakin mendalam kasih sayang kita kepada seseorang yang sakit, maka semakin pedih derita yang kita rasai akibat kesakitannya. Bayangkan perasaan anda apabila melihat anak anda yang berumur 1 tahun yang sedang mengidap penyakit lelah tercungap-cungap menarik nafas. Apabila di bawa ke hospital, doktor memasukkan tiub ke dalam paru-paru anak anda melalui hidung untuk menyedut kahak yang berlebihan. Anak anda menjerit meraung-raung kesakitan yang amat sangat. Bukan sahaja si anak yang menderita, malahan ibu bapa yang melihat lebih lagi merasakan penderitaannya.
 
Pada ketika itu, masalah-masalah kehidupan harian nampak begitu kecil sekali berbanding dengan apa yang sedang dihadapi. Apa-apa prosedur kesihatan yang doktor cadangkan akan segera diterima oleh ibu bapa tanpa banyak memikirkan tentang kos. Ketika itu wang menjadi faktor kedua. Perkara ini sebenarnya terjadi kepada anak saya yang ke dua. Segala ujian-ujian kehidupan seharian seperti kesempitan kewangan, masalah-masalah berkaitan keluarga dan masyarakat dapat dihadapi dengan lebih redha memandangkan ujian-ujian ini tidaklah sehebat ujian kesihatan. 
 
Untuk 6 tahun pertama merawat orang sakit, saya menggunakan doa-doa yang diajarkan nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang ditiupkan ke dalam air. Air diberi minum kepada pesakit. Untuk tahun ke 7 pula, saya menggunakan cara yang sama tetapi tiupan di buat pada air dan supplement berkualiti terbaik. Dalam banyak kes, saya dapati bahawa pesakit yang mengamalkan supplement berkualiti terbaik yang dijampi akan lebih cepat mendapat kesembuhan. Saya boleh katakan bahawa kadar penyembuhan adalah melebihi 90%.
 
Ada sesetengah pesakit begitu taksub dengan keupayaan supplement berkualiti terbaik sehinggakan mereka menjadi jentera promosi produk yang baik kepada saudara-saudara dan kaum kerabat terdekat. Dengan berbuat begitu, mereka juga mendapat imbuhan kewangan bagi kerja-kerja promosi barangan yang dilakukan. Kesihatan mereka bertambah baik, mereka dapat membantu orang sakit yang lain, dan mereka dapat rezeki tambahan. Alangkah bahagianya hidup mereka di dunia ini. Inilah situasi yang sedang berlaku di dalam kumpulan kami. Marilah sertai kami bersama-sama membina kesihatan dan sumber kewangan yang lebih baik. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati dan merahmati hidup saudara semua di dunia dan di akhirat. Amin.