Berubat Guna Al-Quran

Laman Utama

5 kaedah berkesan merawat diri dari penyakit.


Sekiranya saudara atau orang tersayang berpenyakit dan ingin mencari kesembuhan dengan cara alternatif, anda telah menziarahi tempat yang betul. Berita baik untuk semua dari junjungan Besar yang dicintai, Muhammad s.a.w iaitu: "Semua penyakit ada penawarnya". Laman ini cuba mengupaskan kaedah rawatan cara nabi dan rawatan tambahan yang diformulasikan berdasarkan analisa cara nabi.

Saya juga akan mendedahkan jawapan bocor bagi persoalan kesihatan yang membelenggu ramai dari kita selama ini. Melalui Al-Quran dan hadith, kita didedahkan dengan berbagai cara berkesan untuk merawat penyakit. Malangnya ramai dari kita yang mengaku sebagai umat Muhammad lebih banyak berkiblat kepada kaedah Yahudi dan Nasrani dalam menangani masalah kesihatan dan meninggalkan sunnah.

Tolong jangan salah faham kenyataan saya. Yang dimaksudkan dengan kaedah Yahudi dan nasrani ialah kaedah yang bertentangan dengan syariat Islam. Kaedah-kaedah lain yang tidak bertentangan dengan syariat yang mereka praktikkan sebenarnya adalah kaedah Islam yang telah mereka kaji dan adaptasi kepada cara mereka. Kaedah mereka yang ini kita boleh pakai. Malah saya pun gunakan kaedah ini. Contoh terbaik ialah penggunaan multivitamin dan mineral. Multivitamin dan mineral sebenarnya ialah madu dan habbatus sauda cara moden.

Untuk merawat diri sendiri, gunakan 5 kaedah yang telah saya formulasikan seperti di bawah. Kaedah-kaedah ini ialah hasil dari kaji selidik yang saya lakukan. Saya bercakap dari pengalaman merawat diri sendiri dan merawat pesakit-pesakit yang datang kepada saya untuk berubat dengan kaedah rawatan alternatif yang telah saya praktikkan sejak tahun 2001.

Kaedah saya mungkin berbeda dan mungkin bertentangan dengan kaedah-kaedah lain, tetapi apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah kaedah ini AMAT berkesan dan saya telah melihat hasilnya. Di laman-laman berikutnya saya akan dedahkan laporan-laporan perubatan yang menunjukkan keadaan diri saya yang bertambah baik selepas mengamalkan kaedah ini.  Sekiranya kaedah saya ada bertentangan dengan syariat Islam, berilah saya teguran yang membina.

Kaedah #1: Bunuh kuman guna air colloidal silver


Oleh kerana kuman adalah penyebab utama penyakit, merekalah musuh yang paling penting untuk dihapuskan. Tiada kuman, tiadalah penyakit. Kita ada berbagai cara untuk membunuh kuman-kuman penyebab penyakit di dalam tubuh kita. Saudara boleh mengamalkan meminum air colloidal silver - Air Perak. (Pembunuh kuman paling efektif dan murah).

Air colloidal silver mampu membunuh semua kategori kuman yang membawa penyakit seperti virus, bakteria, fungus, parasit dan berbagai-bagai jenis lagi. Ia membunuh kuman dengan cara memusnahkan enzim yang digunakan oleh kuman untuk memetabolize oksigen untuk pernafasan. Kuman dapat dibunuh dengan colloidal silver apabila berlaku pertembungan di antara zarah-zarah silver dengan kuman satu sel.

Kuman-kuman yang berada di dalam saluran darah dan saluran pemakanan manusia dapat dibunuh dengan mudah menggunakan colloidal silver. Namun kuman-kuman yang menyorok di dalam sel-sel organ adalah sukar dibunuh dengan cara yang sama. Ini adalah kerana zarah-zarah silver tidak dapat bertembung dengan kuman-kuman di dalam sel. Walau bagaimanapun, Ini adalah cara terbaik untuk membunuh kuman yang berkeliaran.

Kaedah #2: Buang penyakit gunakan Habbatus Sauda.

Kuman di dalam tubuh menghasilkan bahan-bahan buangan yang menggangu sistem tubuh badan. Asid-asid yang keluar dari perkumuhan mereka (berak dan kencing) boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, sel menjadi rosak dan boleh menjadi sel kanser, glukos tak dapat diserap oleh sel-sel dan berbagai-bagai lagi komplikasi.

Bangkai-bangkai kuman yang telah saudara bunuh pada kaedah #1 akan menjadi racun pada tubuh badan. Ia mesti disingkirkan dengan segera. Untuk menyingkirkan bangkai-bangkai kuman dan kekotoran najis yang disebabkan oleh mereka, saudara perlu menggunakan sejenis bijian yang bernama habbatus sauda dalam bentuk minyak dan biji. Banyak kajian saintifik membuktikan habbatus sauda dapat menyembuhkan penyakit. Lihat laporan kesihatan saya selepas mengambil habbatus sauda di http://sites.google.com/site/usanapot/laporan-perubatan



Kaedah #3: Bina kembali sel-sel organ dengan micro nutrients (multivitamin dan mineral) jenama usaxx

Apabila kuman-kuman telah dibunuh dan kekotoran yang disebabkan oleh mereka berjaya dibersihkan, saudara perlu membina semula sel-sel yang telah mereka rosakkan. Kerosakkan pada sel-sel organ mengakibatkan organ-organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Pada ketika ini, penyakit saudara mungkin telah berkurangan dan saudara mungkin berfikir saudara telah sembuh sepenuhnya dan tidak mahu meneruskan kaedah #3.  Nasihat saya, janganlah terlalu "over confident" kerana logik mengatakan tidak mungkin sel-sel organ tidak rosak atau musnah apabila kuman pernah berleluasa sebelumnya.

Proses membina semula sel-sel yang rosak memakan masa dari 2 minggu hingga 1 tahun dimulai dengan sel-sel kulit dan akhirnya sel-sel tulang. Apabila semua sel-sel tubuh dapat dibina semula dengan sihatnya, maka saudara akan berasa sihat sepenuhnya. Tidak dapat dinafikan ramai yang akan mengatakan berasa seperti di umur 20an atau 30an.

Kaedah #4: Bersenam sehingga mengeluarkan peluh untuk membuang penyakit dengan lebih cepat.

Tubuh badan kita dicipta oleh Allah supaya boleh membuang kekotoran badan melalui najis dan air kencing. Namun apabila kita berpenyakit, lebih banyak kekotoran dan racun di badan perlu dibuang. Kaedah tambahan mengeluarkan kekotoran ini ialah melalui peluh.

Apabila manusia berpeluh, lebih banyak kekotoran badan dapat dikeluarkan. Untuk berpeluh, saudara mestilah bersenam atau bersauna. Bersenam adalah pilihan yang lebih baik daripada bersauna. Saya banyak bersenam dengan bermain badminton. Mula-mula saya bersenam sekali seminggu, sehinggalah saya mampu bersenam 5 kali seminggu secara beransur-ansur.

Kaedah #5: Beramal dengan doa dan ayat-ayat Al-Quran untuk mengusir "Negative Energy" dan membina perisai diri.


Dalam banyak kes, apabila keadaan kesihatan fizikal saudara pulih sepenuhnya, maka kesihatan rohani saudara juga akan pulih. Mereka yang mengalami penyakit gangguan mental dan makhluk halus kebiasaannya juga mengalami penyakit fizikal. Apabila penyakit fizikal mereka dirawat sehingga sembuh, maka  penyakit rohani mereka juga akan sembuh. Pendek kata, "hantu-hantu" yang mengacau mereka akan lari.

Bagi penyakit gangguan yang "die hard" atau susah untuk sembuh, saya cadangkan saudara beramal dengan ayat-ayat al-Quran dan Salawat. Saudara tak perlu beramal dengan banyak ayat-ayat. Memadailah dengan beberapa ayat yang saudara ketahui maknanya dan saudara berpegang dengannya secara konsisten.

Saya cadangkan saudara berpegang dan beramal dengan Salawat Shifa, Al-fatihah dan ayat kursi. Cuba baca dengan betul (bertajwid) dan hafal ayat-ayat tersebut sehingga fasih dengan mengetahui makna setiap perkataan yang terkandung di dalamnya. Saya tak dapat nak bayangkan peri pentingnya mengetahui dan memahami setiap perkataan yang terkandung.

Rahsia doa mustajab

Setiap perkataan yang dibaca adalah doa dan permohonan kita kepada Allah s.w.t. Doa dan permohonan itu mesti dibawa dan dipancarkan oleh hati kepada Allah. Hati adalah ibarat "satelite dish" yang memancarkan mesej kepada alat penerima. Doa saudara mestilah sampai kepada Allah, maka barulah Dia boleh pertimbangkan. Kalau saudara tak gunakan hati, maka pancaran mesej tak akan berlaku. Mesej saudara tak akan sampai kepada Allah s.w.t.

Doa dan bacaan yang berkumandang di mulut tak akan pergi ke mana-mana sekiranya hati tidak mendengar. Sebagai "rule of thumb" atau panduan ringkas, sekiranya hati saudara tidak mendengar dan tidak merasai atau menjiwai doa saudara sendiri, maka begitulah juga keadaannya dengan Allah s.w.t. Untuk menjiwai doa sendiri, saudara mestilah memahami apa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk memahami setiap perkataan di dalam ayat-ayat yang saudara amalkan.

Cara beramal dengan ayat-ayat Al-Quran

Seperti dicadangkan sebelum ini, beramallah dengan salawat shifa, surah Al-fatihah dan ayat kursi. Beramal bermaksud membaca dan memahami ayat-ayat tersebut secara berulang-ulang kali pada setiap masa yang ditetapkan. Berikut adalah kaedah-kaedahnya:

1. Tahap permulaan

Salawat shifa 3x setiap lepas solat
Al-Fatihah 3x setiap lepas solat
Ayat kursi 3x selepas solat

2. Tahap pertengahan

Salawat shifa 7x setiap lepas solat
Al-Fatihah 7x setiap lepas solat
Ayat kursi 7x selepas solat

3. Tahap Tinggi

Salawat shifa 7x setiap lepas solat
Al-Fatihah 7x setiap lepas solat
Ayat kursi 7x selepas solat

ditambah dengan

Salawat shifa 33x
Al-Fatihah 33x
Ayat kursi 33x

lepas solat isya.


Comments