SEKILAS PANDANG


Pengenalan

Unit peperiksaan mentadbir program peperiksaan mengikut takwim yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Selain menguruskan peperiksaan peringkat institut, unit ini juga mengurus dan mentadbir kerencaman program peperiksaan dan penilaian anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Objektif

  • Merancang aktiviti-aktiviti peperiksaan selaras dengan perancangan Unit Penilaian BPG
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP), Kursus Sijil  Perguruan Khas (KSPK), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan kursus-kursus lain anjuran Bahagian Pendidikan Guru
  • Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan, Jadual Pengawasan dan Jadual Pemeriksaan Skrip Jawapan
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Taksiran dalam BKKP
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Peperiksaan dalam borang BIKP
  • Membuat Analisis Keputusan Peperiksaan dan Analisis Item
  • Menyedia dan mengedar Transkrip Keputusan Peperiksaan, sijil dan Diploma Perguruan kepada para lulusan
  • Menguruskan graduan dan sijil untuk majlis konvokesyen

Piagam Pelanggan

        Unit Peperiksaan Dan Penilaian berjanji dan berusaha untuk: 
  • Menjamin kewibawaan dan menjaga kredibiliti dan akauntibiliti dalam sistem penilaian setiap masa
  • Menjamin kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan peperiksaan dan skrip jawapan yang dikendalikan oleh institut
  • Menjalankan dan menyelaras aktiviti peperiksaan dan penilaian berasaskan keadilan, kejituan, kesahan dan kebolehpercayaan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan
  • Memastikan pelajar pendidikan guru dapat menjalani proses penilaian dengan selesa tanpa gangguan
  • Memastikan pelajar pendidikan guru KDPM mendapat keputusan peperiksaan semester 1, 2, 3, 4 dan 5  tidak lewat daripada 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • Memastikan pelajar pendidikan guru KPLI dan KDPM semester akhir mendapat keputusan peperiksaan mereka pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru (LPPG)
  • Memastikan peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) mendapat keputusan peperiksaan mereka tidak lewat 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • Memastikan Diploma dan Sijil Perguruan akan dikeluarkan pada hari konvokesyen institut
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti kepada semua pelanggan pada setiap masa