UNIT PEPERIKSAAN KMM


Pengumuman Terkini

Showing posts 1 - 3 of 35. View more »

SEMAKAN KEPUTUSAN ATAS TALIAN PSPM PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II DAN IV, SESI 2016/2017

posted Jun 19, 2017, 6:59 PM by Enchek Wan   [ updated Jun 19, 2017, 7:03 PM ]


          
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/index.cfm

Jadual PSPM II & IV Sesi 2016/2017

posted Apr 9, 2017, 9:52 PM by Admin Blog



Jadual UPS Sem IV (PDT), Sesi 2016/2017

posted Feb 19, 2017, 10:43 PM by Unknown user


Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester PDT Sem IV Sesi 2016/2017

posted Feb 19, 2017, 10:35 PM by Unknown user

Selamat menempuh peperiksaan kepada pelajar - pelajar PDT Sem IV Sesi 2016/2017, 28/2 - 1/3/2017. Kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha yang kuat dan berterusan kemudian berdoalah kepada NYA. Selamat Maju Jaya

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

posted Jan 16, 2017, 5:14 PM by Unknown user   [ updated Jan 16, 2017, 6:00 PM ]

KALENDAR MUET 2017
Pelajar - pelajar untuk calon MUET bulan Mac 2017 boleh rujuk tarikh untuk Ujian speaking dan bertulis pada kalendar MUET 2017 . Selamat Maju Jaya.

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2015/2016

posted Jun 2, 2016, 10:49 PM by Enchek Wan   [ updated Jun 2, 2016, 10:53 PM ]

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) Semester II dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II & IV Sesi 2015/2016 boleh dilakukan mulai 3 Jun 2016 sehingga 16 Jun 2016 sebelum jam 4.00 petang. 

Sila ambil maklum bahawa pendaftaran permohonan yang dihantar melalui kolej-kolej matrikulasi akan ditutup pada 15 Jun 2016 sebelum jam 4.00 petang.

Serahan borang permohonan berserta bayaran yang mencukupi boleh dilakukan melalui Kaunter Perkhidmatan Aras 6, Blok E15 atau melalui pos ke alamat:

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6 & 7, BLOK E15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA.
(UP: PENYELARAS SEMAK SEMULA KEPUTUSAN)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my

Semua urusan permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester II bagi Program Dua Tahun (PDT) semester II hendaklah melalui Unit Peperiksaan KMM. Sila rujuk kepada Pen. Pengarah Peperiksaan. 

Muat turun borang disini.

PENGUMUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

posted Jun 2, 2016, 10:37 PM by Enchek Wan   [ updated Jun 2, 2016, 10:44 PM ]


PENGUMUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
SEMESTER II DAN IV, SESI 2015/2016
  1. Calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Semester II dan Semester IV, Sesi 2015/2016 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 3 Jun 2016 (Jumaat) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
  • LAMAN WEB
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/index.cfm


  • SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
Taipkan
MOE MAK <nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888
Contoh:
MOE MAK 890215025789
Hantar ke 15888

  • TELEFON
i. Kolej masing-masing.
ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844021

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET

posted Jan 4, 2016, 10:28 PM by Enchek Wan

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.
Untuk mendapatkan borang (MUET/PS1), sila klik di sini.

Semakan Atas Talian Keputusan PSPM I & III 2015/2016

posted Dec 16, 2015, 6:54 PM by Enchek Wan

Semakan atas talian PSPM

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

posted Dec 14, 2015, 7:22 PM by Enchek Wan   [ updated Dec 14, 2015, 10:32 PM ]

Perhatian kepada semua pelajar,
  • Semua urusan permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester I bagi Program Satu Tahun (PST) semester I & Program Dua Tahun (PDT) semester I & III  sesi 2015/2016 hendaklah melalui Unit Peperiksaan KMM. Sila rujuk kepada Pen. Pengarah Peperiksaan. 
Harap Maklum.



Arahan dan Peraturan Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester I  (PST),  semester I & III (PDT) sesi 2015/2016




TAKWIM PELAKSANAAN SEMAK SEMULA PSPM
SEMESTER I (PST) DAN SEMESTER I & III (PDT), SESI 2015/2016


Borong-borang permohonan boleh dimuat turun menggunakan pautan berikut:

1-10 of 35