Khatam Terjemahan

                                                          [Previous] [Next] [Home]

YUNUS, dari surah 51~60;  

51. “Apakah kemudian, apabila sudah  kejadian, kamu akan percaya kepadanya ?  sekarangkah ? pada hal sesungguhnya kamu telah minta dilekaskan dia”.

52. Kemudian akan dikatakan kepada orang-orang yang zalim; “rasakan lah azab yang kekal, bukankah kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah usahakan?” .

53. Dan mereka akan bertanya kepada mu; “apakah betul ia ?” katakan lah; “ya, demi Tuhan ku, sesunguhnya ia itu betul dan  kamu tidak boleh terlepas daripadanya”.

54. Dan jika diandaikan tiap-tiap jiwa yang zalim  memiliki sekelian apa yang ada dibumi, tentu ia suka ia  jadikan dia penebus, dan mereka sembunyikan sesalan mereka, tetapi mereka lihat azab, tetapi dihukum antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianyanyai.

 55. Ketahuilah, bahawa bagi Allah lah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan ketahuilah bahawa perjanjian Allah itu betul, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.

56. Ialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadanya lah kamu akan dikembalikan.

57. Hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu dan dan penawar bagi penyakit yang ada dalam dada-dada kamu dan telah datang pimpinan serta rahmat bagi orang-orang mukmin.

58. Katakan lah; “dengan kurnia Allah dan dengan rahmatnya”, maka dengan itulah hendak nya  mereka bergirang,  ia itu lebih baik dari  apa yang mereka kumpulkan.

59. Katakan lah; “bagaimanakah fikiran kamu tentang apa yang diturunkan oleh Allah bagi kamu daripada kurnianya, lalu kamu jadikan dari antaranya haram dan halal ?” katakan lah; “adakah Allah izinkan kamu atau kah kamu berdusta atas nama Allah ? “.

60. Dan apakah sangkaan orang-orang yang ada-adakan dusta atas nama Allah tentang hari kiamat ? sesungguhnya Allah yang mempunyai kurnia atas manusia, tetapi kebanyakan dari mereka tidak berterima kasih.


Sumber,
[] ttp://www.facebook.com/groups/288770744543330/doc/359427190811018

Following Twitter,
[] https://twitter.com/cengalknajid2/status/688553361256255488

.
Comments