Khatam Surah‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                            [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 221~230

221. Dan janganlah kamu berkhawin kepada perempuan-perempuan musrik hingga mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih  baik daripada seorang perempuan yang musrik, walau pun kebagusannya mengemarkan kamu, dan janganlah kamu khawinkan perempuan dari kamu kepada orang-orang musrik, hingga mereka beriman, dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki-lelaki yang musrik, walau pun kebagusannya mengemarkan kamu. Mereka itu mengajak kamu ke neraka, dan Allah mengajak kamu ke syurga dan kepada keampunan dengan pertolongan nya, dan ia terangkan perintah-perintah nya kepada  manusia supaya mereka ingat.

222. Dan mereka akan bertanya kepada mu dari hal hukum haid, katakan; “ia itu kemudaratan, oleh sebab itu hendaklah kamu berjauhan diri daripada perempuan-perempuan diwaktu haid, dan janganlah kamu hampiri mereka hingga mereka bersih, maka apabila mereka telah bersuci, bolehlah kamu hampiri mereka sebagaimana Allah perintah kamu, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, dan ia suka kepada orang-orang  yang bersih”.

223. Isteri-isteri kamu itu ladang kamu, oleh sebab itu, datangi lah ladang kamu sebagaimana kamu kehendaki, dan sediakan lah untuk diri kamu dan takutlkah kepada Allah dan ketahuilah bahawa se nya kamu akan menghadap dia, dan  girangkan lah orang-orang yang beriman.

224. Dan janganlah kamu jadikan nama Allah itu satu sasaran bagi sumpah-sumpah kamu yang menghalangi kamu berbuat kebaikan dan berbakti dan berbuat perdamaian antara manusia, dan Allah itu pendengar, pengetahui.

225. Allah tidak masukkan perhitungan kamu apa yang sia-sia didalam sumpah-sumpah kamu tetapi ia masukkan perhitungan kamu apa yang dikerjakan oleh hati-hati kamu, dan Allah itu pengampun, penyabar.

226. Orang-orang yang bersumpah hendak berjauhan diri daripada isteri-isteri nya itu, boleh tunggu paling lama empat bulan, sesudah itu kalau mereka kembali, maka Allah itu pengampun penyayang.

227. Dan jika mereka mahu talak, maka sesungguhnya Allah itu pendengar, pengetahui.

228. Dan perempuan-perempuan  yang ditalak itu wajib menahan diri mereka selama tiga kali bersih daripada haid, dan tidak halal mereka menyembunyikan apa yang telah dijadikan oleh Allah didalam kandungan-kandungan mereka, jika memang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan suami mereka ada berhak menarik kembali akan mereka didalam masa idah itu. Jika mereka mahu berbuat damai dan perempuan itu ada mempunyai hak setimbang dengan hak lelaki terhadap mereka dengan cara yang sopan, tetapi lelaki ada mempunyai darjat kekuasaan atas perempuan-perempuan dan Allah itu gagah, bijak sana.

229. Talak itu hanya dua kali, sesudah itu, hendaklah kamu rujuk dengan cara sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan tidak halal kamu mengambil kembali sesuatu daripada pemberian yang kamu telah berikan kepada mereka itu, tetapi jika selagi isteri itu takut bahawa mereka tidak akan boleh lagi  memilihara batas-batas Allah, lantas kamu pun takut bahawa mereka tidak akan boleh memilihara batas-batas Allah, maka tidak ada  halangan atas mereka berdua tentang sesuatu yang isteri itu beri buat menebus diri, yang demikian itu batas-batas Allah, maka janganlah kamu  lamar dia, dan barang siapa melanggar batas-batas Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang menganyayai.

230. Sesudah itu, kalau ia talak dia lagi, maka tidaklah ia jadi halal baginya selamanya, hingga ia khawin kepada suami lain,  lantas jika suami yang kedua itu pula ceraikan dia, maka tidaklah ada halangan buat mereka berdua kembali lagi, jika mereka rasa bahawa mereka boleh pilihara batas-batas Allah, dan yang demikian itu batas-batas  Allah, ia terangkan dia kepada kaum yang mahu mengetahui.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/ch4.knajid/doc/443925145627729

Following Twitter;
[] https://twitter.com/tmknajidyahoo/status/654439015362396160



Comments