Ulasan Surah 21‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                       [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 251~260

251. Oleh sebab itu, dapatlah mereka ini kalahkan mereka itu dengan izin pertolongan Allah, dan Daud  pun dapat Jalut, dan Allah beri kepada nya kerajaan dan kebijaksaknaan, dan ia ajar dia apa yang ia kehendaki, dan sekiranya Allah tidak menjaguhkan manusia sebahagian nya dengan sebahagian, nescaya rosak bumi ini, tetapi Allah itu mempunyai kurnia atas sekelian alam.

252. Yang  demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah, kami  ceritakan dia kepada mu dengan benar, dan sesungguhnya engkau adalah seorang daripada mereka yang diutuskan.

253. Rasul-Rasul itu kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian, sebahagian daripada mereka, ada yang Allah berkata-kata kepadanya, dan ia tinggikan darjat sebahagian daripada mereka, dan kami telah beri beberapa keterangan yang nyata kepada Isa anak Mariam, dan kami telah kuatkan dia dengan roh Al’Kudus, dan jika Allah mahu, nescaya tidak berbunuh-bunuhan orang-orang yang kemudian daripada Rasul-Rasul itu, sesudah datang kepada mereka kenyataan yang terang, tetapi mereka sendiri berselisihan, iaitu sebahagian daripada mereka beriman, dan sebahagian daripada mereka kufur, dan sekiranya  Allah mahu, nescaya mereka tidak berbunuh-bunuhan, tetapi Allah berbuat apa yang ia kehendaki.

254. Hai orang-orang yang beriman ! belanjakan lah sebahagian daripada apa yang kami telah kurniakan kepada kamu, sebelum datang hari yang tidak ada perdagangan pada nya, dan tidak ada persahabatan, dan tidak ada safaat, dan kafir-kafir itulah orang-orang yang zalim.

255. Allah itu, tidak ada Tuhan yang sebenar nya melainkan dia, yang hidup, yang berdiri dengan sendiri nya, dia tidak dihampiri oleh mengantuk dan tidak oleh tidur, kepunyaanlah apa yang dilangit-langit dan bumi, bukankah tidak ada siapa-siapa yang bisa memintakan sefaat dihadapan nya  melainkan dengan izin nya ? ia mengetahui apa yang dihadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka, sedang mereka tidak melewati sedikit pun daripada ilmunya, kecuali apa yang di kehendaki olehnya.  Pengetahuan nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memilihara dua itu tidak menjadi berat baginya, dan ialah yang maha tinggi, yang maha besar.

256. Dan tidak ada sebarang paksaan pada Agama. Telah nyata kebenaran dari kesesatan, oleh itu barang siapa kufur kepada apa-apa yang melewati batas, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya telah  berpegang ia dengan tali yang amat teguh, yang tidak ada putusnya, dan Allah itu pendengar, pengetahui.

257. Allah itu pengurus bagi mereka yang beriman, ia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya, dan orang-orang yang kufur itu pengurus mereka ialah apa-apa yang melewati batas, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan-kegelapan, mereka itu ahli neraka, mereka itu akan kekal padanya.

258. Tidak kah kamu fikirkan keadaan orang yang membantah Ibrahim tentang Tuhan nya lantaran Allah beri kerajaan kepadanya ? tetakala Ibrahim berkata; “Tuhan ku itulah yang menghidupkan dan mematikan”, ia berkata; “aku juga bisa menghidupkan dan bisa mematikan”.  Kata Ibrahim; “sesungguhnya Allah mendatangkan matahari dari timur, maka cubalah engkau datangkan dia dari barat”.  Maka bengonglah raja yang kafir itu, dan Allah tidak memimpin kaum yang zalim. 

259. Atau seperti orang yang melalui satu negeri, pada hal iaitu roboh atas bumbung-bumbungan, ia berkata; “bagaimana kah kelak Allah hidupkan ini, sesudah matinya?” lantaran itu Allah matikan dia seratus tahun, kemudian ia bangkitkan dia, dan ia bertanya: “berapakah lamanya engkau diam?” ia jawab ; “saya diam sehari atau sebahagian dari sehari” ia berkata;  “bahkan engkau telah diam seratus tahun. Lihatlah kepada makanan mu dan minuman mu, tidak berubah dan lihatlah kepada keldai mu, dan kerana kami hendak jadikan mu satu tanda bagi manusia, dan lihatlah kepada tulang-tulang itu sebagaimana kamu bangkitkan dia dan kami pakaikan dia daging”. Maka tetakala ternyata baginya, berkatalah ia: “aku ketahuilah bahawa se nya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

260. Dan tetakala Ibrahim berkata; “hai Tuhan ku ! tunjuk kan lah kepada ku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati”, Firman nya; “Apakah engkau tidak percaya ? “ ia jawab; “tidak sekali-sekali ! tetapi supaya tetap hatiku”,  Firman nya; “kalau bagitu, ambil lah empat ekor burung dan campak kan lah mereka kepada diri mu, kemudian tarohkan diatas tiap-tiap satu gunung sebahagian daripadanya, kemudian panggil lah mereka, nescaya mereka akan datang kepada mu dengan segera, dan ketahuilah  bahawa Allah itu gagah, bijaksana.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/210704089041117/doc/260641494047376
[]
http://www.facebook.com/groups/438997206127367/doc/508558169171270

Folloding Twitter;
[] https://twitter.com/mpajknajid3/status/655327274972016640


Comments