Ulasan Surah 45‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, Ayat 191~200

191. Dan bunuhlah mereka dimana-mana kamu bertemu mereka, dan keluarkan lah mereka daripada tempat yang mereka keluarkan kamu, pada hal fitnah itu terlebih jahat daripada pembunuhan, dan janganlah kamu perangi mereka dimasjid yang mulia itu hingga mereka memerangi kamu disitu.  Maka kalau mereka memerangi kamu disitu, bunuhlah mereka.  Bagitulah balasan untuk orang-orang kafir.

192. Tetapi kalau mereka berhenti, maka sesugguhnya Allah itu pengetahuan, penyayang.

193. Dan perangilah mereka itu hingga tidak ada ganguan lagi, dan hingga jadilah agama itu kerana Allah, tetapi jika mereka berhenti, maka tidak boleh ada perseteruan melainkan atas orang-orang yang menganyanyi.

194. Bulan yang terhormat itu diganti dengan bulan yang terhormat ini, dan apa-apa yang terhormat itu ada padanya hukum kisad, Oleh sebab itu, barang siapa menggangu kamu, maka hendaklah kamu ganggu  dia setimbang dengan  ganguan nya atas kamu, dan hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah ada berserta orang-orang yang takut kepadanya.

195. Dan belanjakan lah harta kamu dijalan Allah, dan jangan lah kamu campakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan, dan baik kan lah urusan kamu, kerana sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang membaik kan urusan.

196. Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah, tetapi kalau kamu terhalang, maka kirimlah korban sedapatnya,  dan jangan kamu mencukur kepala kamu hingga korban itu sampai ketempatnya, tetapi barang siapa dari antara kamu sakit, atau dikepalanya ada sesuatu yang menganggu, lalu ia cukur maka hendaklah ia bayar pidiah dengan puasa atau sedekah atau korban, tetapi apabila kamu telah aman, lantas diwaktu itu siapa yang berenak-enak dengan ibadat umrah hingga waktu ibadat haji, maka hendaklah ia bayar pidiah dengan korban sedapatnya, tetapi barang siapa tidak dapat, maka hendaklah ia puasa tiga hari  di waktu haji dan tujuh hari apabila kamu kembali, iaitu berjumlah sepuluh hari yang sempurna, yang demikian itu bagi orang yang bukan dirinya jadi penduduk Mekah yang mulia dan hendaklah kamu takut kepada Allah dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu keras pembalasan nya.

197. Musim haji itu beberapa bulan yang termaklum, oleh itu barang siapa telah membuatkan atas dirinya ibadat haji dibulan-bulan itu, maka tidak boleh sekali-kali  rapat sentuh dan tidak boleh sekali-kali berbantah didalam haji, dan apa-apa kebaikan yang kamu buat diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu mengambil bekal  kerana sebaik-baik  bekalan itu ialah bakti dan hendaklah kamu berbakti kepada ku, Hai orang-orang yang berfikiran !.

198. Tidak mengapa kamu mencari rezeki dari Tuhan kamu, maka apabila kamu berduyun-duyun berpisah dari gunung Arafah, hendaklah kamu menyebut Allah satu tempat tanda mulia dan hendaklah kamu sebut dia sebagaimana ia telah pimpin kamu, dan sesungguhnya dahulu dari itu adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang sesat.

199. Kemudian, hendaklah kamu turun dari nikmat yang orang-orang turun, dan hendaklah kamu minta ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya  Allah itu pengampun, penyayang.

200. Maka apabila kamu selesaikan ibadat-ibadat haji kamu, hendaklah kamu menyebut-nyebut Allah sebagaimana kamu menyebut-nyebut bapa-bapa kamu, atau dengan sebutan yang lebih daripada itu. Maka dari antara orang-orang itu ada yang berkata; “hai Tuhan kami ! berilah kepada kami kebaikan dunia” pada hal tidak ada baginya bahagian baik diakhirat.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/272776072779592/doc/395879553802576


Following via Twitter;
[] https://twitter.com/tmknajid/status/654135711239532545


Comments