Khatam Terjemahan

                                                   [Previous] [Next] [Home]

YUSUF, dari ayat  91~100;

91. Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya Allah telah muliakan mu atas kami, dan sesungguhnya adalah kami orang-orang yang salah”.

92. Ia berkata; “tidak mengapa bagi kamu pada hari ini, mudah-mudahan Allah ampunkan kamu, kerana ialah sayang-sayang penyayang”.

93. “Pergilah dengan baju ku ini, lalu kenakan dia atas muka bapaku, nanti ia akan datang dengan melihat, dan bawalah  kepada ku ahli kamu sekelian”.

94. Dan tetakala keluar kabilah itu, berkata bapa mereka; “sesungguhnya aku dapat bawa Yusof, jikalau tidak kamu anggap aku gila”.

95. Mereka berkata; “demi Allah ! sesungguhnya engkau didalam kekeliruan mu yang lama”.

96. Maka tetakala datang pembawa khabar kegirangan itu, ia taruhkan nya dimuka nya, lalu kembalilah ia melihat. Ia berkata; ”bukankah aku telah berkata kepada kamu , bahawa aku mengetahui dari Allah apa-apa yang kamu tidak tahu?”.

97. Mereka berkata ; “hai apa kami, mintakan lah ampun bagi kami tentang dosa-dosa kami, kerana sesungguhnya kami ini orang-orang yang salah”.

98. Ia berkata; “nanti aku minta kan ampun bagi kamu dari Tuhan ku, kerana sesungguhnya  ialah pengampun, penyayang”.

99. Maka tetakala mereka masuk ke Yusof, ia hampiri kedua ibu bapa nya dan ia berkata; “masuklah kamu ke negeri Mesir, jika dikehendaki oleh Allah dengan aman”.

100. Dan ia dudukkan ibu bapa nya diatas singgah sana, lalu mereka tunduk sujud kepada nya dan ia berkata; “hai bapa ku ! inilah takwail  mimpi ku dahulu, Allah telah jadikan dia benar, dan sesungguhnya ia telah berbuat baik kepada ku, tetakala ia keluarkan daku dari penjara, dan ia datangkan kamu dari desa sesudah syaitan menggangu antara ku dan antara saudara-saudara ku, sesungguhnya Tuhan ku lembut kepada apa yang ia kehendaki, kerana sesungguhnya ialah yang amat mengetahui, bijaksana”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/276762529070602/doc/375641805849340

Following twitter,
[] https://twitter.com/WanderfulMalays/status/690141805246070784


.
Comments