Khatam Terjemahan

                                                         [Previous] [Next] [Homne]

Bani Israil, dari ayat 21~30;

21. Lihatlah bagaimana kami lihatkan sebahagian dari mereka atas sebahagian, dan sesungguhnya akhirat itu lebih besar darjat-darjat nya dan lebih besar kelebihan nya.

22. Janganlah engkau adakan bersama Allah, Tuhan yang lain, sebab nanti engkau jadi tercela, terhina.

23. Dan Tuhan mu telah perintah supaya engkau tidak sembah, melainkan akan dia, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa, jika salah seorang dari mereka itu atau dua-dua nya sampai umur tua dalam peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka; “op” dan jangan lah engkau sentak mereka, tetapi berkatalah kepada mereka perkataan yang mulia.

24. Dan rendahkan lah diri mu terhadap mereka berdua kerana siang, dan kata kan lah; “hai Tuhan ku ! kasihani lah mereka berdua sebagaimana mereka pelihara akan daku waktu kecil”.

25. Tuhan kamu lebih mengetahui apa yang ada di diri-diri kamu, jika adalah kamu orang-orang  yang baik, maka sesungguhnya adalah ia pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

26. Dan berilah kepada keluarga yang hampir dan orang miskin dan orang pelarian, akan haknya, dan janganlah engkau boros terlalu.

27. Sesungguhnya orang-orang yang boros, adalah saudara-saudara syaitan-syaitan, dan adalah syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhan nya.

28. Dan jika engkau berpaling dari mereka, kerana menunggukan rahmat dari Tuhan mu, yang engkau harapkan, maka berkatalah kepada mereka perkataan yang lemah lembut.

29. Dan jangan lah engkau jadikan tangan mu terbelengu ditengkuk mu, dan janganlah engkau hulurkan dia sehabis-habis huluran, kerana nanti engkau jadi tercela dan menyesal.

30. Sesungguhnya Tuhan mu meluaskan rezeki bagi siapa yang ia kehendaki, dan ia sempitkan kerana sesungguhnya  ia mengetahui dan melihat akan hamba-hamba nya.

 

Sumber, 
[] http://wargahawa2.blogspot.my/2016/02/surah17.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/SusulanKnajid/status/696500169286660097






.
Comments