SEX & ILMU

HIDUP TANPA ILMU IBARAT BERJALAN DI MALAM YANG GELAP 

 

INFO SEX (indon)

WANITA DALAM ISLAM


 

 

 

 

 

 

 

 

 ILMU SEKS

 Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu. Setiap perilaku dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih sayang dan cinta suami isteri.
Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

 (1) Makanan sebagai penaik nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau pencuci mulut untuk coklat dan ais krim. Hidangkan minuman koko yang sememangnya boleh menimbulkan rasa berahi. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.

 (2) Pilih kondom yang bermutu. Selain mengelakkan kondom bocor sewaktu ia digunakan, kondom yang mahal dan bermutu adalah lebih nipis dan dibuat untuk memberikan rasa yang lebih semula jadi. Pelbagai dengan penggunaan kondom yang mempunyai bentuk-bentuk khusus untuk meningkatkan rasa nikmat sewaktu melakukan hubungan seks. Jika tiada keperluan memakai kondom (perempuan makan pil), memakai kondom yang bersesuaian boleh menimbulkan rasa berahi yang berlainan. Ia juga merupakan kepelbagiaan dalam seks.

 (3) Beli minyak wangi yang mahal dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak, organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman lembut dan menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan menimbulkan rasa berahi yang tinggi.

 (4) Kebersihan penting. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang meninggi.

 (5) Mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau foreplay. Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan dibelakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman ditelinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan diransangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 ke 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.

 (6) Lelaki perlu bertahan untuk 5 minit.5 minit adalah standard masa untuk menentukan lemah tenaga batin atu tidak. Ada pelbagai cara untuk mengelakkan pancutan awal. Antaranya keluar masuk dengan kiraan tempo laju dan perlahan. Gunakan kain bersih untuk lap air berahi faraj wanita dibatang setiap kali rasa kegelian hendak terpancut. Petua yang lain adalah sewaktu awal lima minit ini untuk memikirkan perkara lain selain seks.

 (7) Kenali klimak wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimak atau mencapai orgasm. Yang lagi merumitkan setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasm atau klimak, erangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka.

 (8) Pelbagaikan posisi seks. Mempelbagaikan posisi seks tidak bermaksud dalam satu malam itu anda dan pasangan anda melakukan pelbagai posisi dalam hubungan seks. realiti, dalam satu malam mungkin hanya satu dua posisi sahaja. Kepelbagaian disini bermaksud apabila lakukan hubungan seks, pada malam ini lakukan cara biasa depan berdepan, pada malam berikutnya mungkin lebihkan cara "doggy" dan malam lainnya mungkin lebihkan cara gunting. Satu malam tumpuan satu posisi sehingga sama-sama puas.

 (9) Afterplay juga penting. Selepas lelaki puas dan pancut ke dalam, jangan terus tidur. Pastikan anda memuaskan pasangan anda. Jika pasangan anda telah puas, belai-belai lembut, berikan ciuman sayang dan ucapan terima kasih. Penting, bawa dia sarapan pagi esok harinya.

 (10) Tanda asmara, sedutan dileher atau buah dada. Tanda-tanda ini akan meninggalkan kenangan dan akan menimbulkan rasa rindu apabila tanda-tanda itu hilang. Hati-hati jangan timbul rasa sakit apabila membuat gigitan, biarlah gigit dengan lembut.

HUBUNGAN SEKS

Hubungan seks didefinisikan sebagai persenyawaan, persetubuhan dan adalah satu aktiviti merangsangkan deria sentuhan kulit secara keseluruhan sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke dalam lubang faraj (wanita) atau mana-mana liang individu lain secara geselan berulang dengan niat ingin mengeluarkan air mani (lelaki atau wanita) sedikit atau seluruhnya.

Rangsangan ini adalah naluri semulajadi (nature) semua makhluk hidup untuk menyambung generasi seterusnya agar gen ini tidak terpupus.

Hubungan ini selalu dikaitkan dengan perasaan cinta atau nafsu syahwat yang memuncak di kedua belah pihak. Hubungan seks biasanya bermula dengan kucupan, belaian atau sentuhan bahagian kulit lembut, menggosok atau menggesel dan memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj (wanita) secara berulang dan disudahi dengan kekejangan / Inzal [(Puncak syahwat)] secara berperingkat dalam beberapa detik. Terdapat banyak teknik hubungan seks telah direkodkan. (Sila lihat Kamasutra).

Pancutan cecair putih pekat (Sperma) dan campuran air mani yang berlaku dan mulai mencair. Proses hubungan seks berlangsung dalam tempoh kurang 5 minit terpantas sehingga melebihi 2 jam. Kebiasaannya proses ini akan berulang-ulang apabila kembali terangsang.

Sebelum melakukan hubungan seks, individu tersebut akan berasa panas, fikiran menjadi agresif, deria kulit menjadi peka, alat zakar (lelaki)menjadi panjang, tegang dan mengeras. Faraj wanita akan berdenyut-denyut, lembapan meningkat dan mengeluarkan cecair putih dan licin beralkali. Kedua alat ini mulai berasa gatal dan kemerah-merahan.

Gelombang aura merah dari kedudukan pusat membesar sehingga ke bahagian otak. Mendorong fikiran untuk melepaskan keinginan melakukan hubungan seks dengan lebih radikal seperti menjilat atau mengisap kemaluan dan sebagainya.

Setelah melakukan hubungan seks, kedua individu yang merasai kenikmatan dan kepuasan akan berasa tenang, santai dan letih. Aura biru akan mulai menguasai badan individu dan aura merah kembali ke kedudukan pusat.

Kesan hubungan ini kepada wanita boleh mengakibatkan kehamilan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil. Wanita hamil selama 40 minggu akan melahirkan bayi hasil dari gabungan 2 benih (sperma dan Ovum) dalam satu nukleus. Wanita ini menjadi ibu kepada bayi tersebut.

 

Kesihatan Dengan Seks

 Melakukan hubungan seks dapat membakar tenaga, meningkatkan edaran darah, mengurangkan kesakitan, menguatkan otot dan mencegah kemurungan dan akan nampak muda.

 Dengan perasaan kasih sayang dan cinta, faedah hubungan seks akan meningkat dengan berganda. Dua puluh minit kepada lelaki umpama bermain golf dengan memikul beg sendiri atau bagi wanita umpama lebih dua puluh minit berjalan atau berbasikal saja. Malah ia boleh diumpama seperti bermain dua permainan tenis. Begitulah gambaran senaman atau pembakaran tenaga dalam badan hasil melakukan hubungan seks selama dua puluh minit.

Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti, kepuasan atau Klimaks yang dicapai oleh lelaki atau wanita mampu mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit. Maka alasan sakit kepala untuk mengelak seks tidak boleh digunakan lagi. Klimaks yang dicapai oleh wanita pula dapat menghindarkan kesakitan sakit bulan (Menstrual pain). Hormon hasil kepuasan dan klimaks (climax) mendatangkan banyak faedah kepada tubuh badan manusia.

Antaranya adalah proses penuaan dapat diperlahankan (awet muda) hasil hubungan seks yang memuaskan. Peningkatan aliran darah menjadikan kulit tegang dan ini melambatkan proses kedutan.

Terdapat juga kajian di US. wanita yang melakukan hubungan seks sekurangnya sekali seminggu akan mempunyai edaran haid yang tetap dan lancar, kurang masalah kesuburan dan proses putus haid yang mudah dan lancar. Perbandingan ini dibuat dengan wanita yang kurang hubungan seks atau tiada langsung.

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan. Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai klimaks.

 

 

main page