SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 2 18000 KUALA KRAI KELANTAN


home  profil sekolah  staff  lagu sekolah  kelas  aktiviti  galeri  pencapaian  peta

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 telah ditubuhkan pada 1 Jan 1994. Sekolah ini diberi nama oleh Jabatan Pendidikan Kelantan bersempena dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang bergelar Sultan Yahya Petra 2. Angka 2 pula memberi maksud sekolah kebangsaan kedua di Kuala Krai menggunakan nama baginda sebagai nama sekolah.

 

Di awal pembukaan sekolah ini, hanya 21 orang guru dan 485 orang murid memulakan sessi persekolahan. Uniknya, sekolah ini menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil dan mempunyai murid dari tahun 1 hingga 4 sahaja.

 

Setelah sepuluh bulan menumpang di SK Banggol Guchil, bangunan rasmi SK SYP2 telah pun siap. Pada 1 Oktober 1994, seluruh anggota keluarga SKSYP2 telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Kampung Kubang Lebur, kira-kira 1 km dari SK Banggol Guchil.

 MESEJ DARI TUAN GURU BESAR

 

bismillahhirahmanirahhim

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

salam hormat dan selamat bertugas kepada semua guru dan kakitangan SKSYP2 bagi sessi 2007.  dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, adalah jelas objektif dan matlamat yang diberikan kepada kita bagi memenuhi keperluan pelanggan kita iaitu murid, ibubapa dan masyarakat setempat. oleh itu , misi sekolah ini telah menjurus ke arah memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan komuniti setempat. 

pewujudan laman web sekolah ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan ke arah menjadi sekolahyang memanfaatkan sepenuhnya ICT yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran malaysia. diharapkan semua pihak dapat mengambil manfaat daripada laman web ini.

sekian. 

KE ARAH SEKOLAH CEMERLANG, GEMILANG  DAN TERBILANG

 AB GHANI HISYAM B ABDULLAH

6 MARCH 2007  

                           

 

  some other pages are under constructions... be patient.

contact webmaster : yiewanie@yahoo.com