Kemudahan ICT‎ > ‎

Makmal Komputer

Kemudahan prasarana bagi tujuan integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Pengenalan

Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, keupayaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.

Makmal Komputer adalah nadi TMK. Keupayaan individu dalam menguasai kemahiran TMK dapat membantunya mengharungi cabaran masa kini. Pendedahan awal kepada alam pengkomputeran perlu dilakukan secara terancang dan sistematik agar budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif.

 Visi

Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) Celik dan Pintar TMK.

 Misi

  1. Menyediakan prasarana pendidikan berteraskan TMK.
  2. Mewujudkan suasana pembelajaran berkonsepkan TMK.
  3. Melahirkan tenaga guru yang mahir dalam bidang TMK.
  4. Melahirkan pelajar yang menguasai TMK.
  5. Menyediakan sistem pengurusan berasaskan TMK.

 Maktlamat

  1. Merealisasikan matlamat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Meningkatkan pengetahuan di kalangan pelanggan khususnya murid.
  3. Memahirkan pelanggan dengan TMK.
  4. Meningkatkan kepenggunaan TMK.
  5. Mendedahkan asas pembelajaran akses kendiri dan terarah.

 Perkhidmatan

  1. Prasarana Pembelajaran Berbantukan Komputer.
  2. Kursus Dalaman TMK untuk semua guru dan staf sekolah.
  3. Pencapaian jalur lebar internet untuk semua melalui rangkaian 1Bestarinet.
  4. Penyediaan laman portal sekolah.



Pembelajaran berbantukan komputer dan pengunaan 1Bestarinet



Kursus dalaman untuk staf sekolah


Hubungan utama

Guru Penyelaras Bestari
En Poh Tze Pheng

Fasilitator Schoolnet
En Muhammad Hakim B Ab Rahman


Juruteknik
En Shahreen Al-Ezzat B Zainal

Muat Turun

Cara melipat brochure

 Pautan berkaitan

Blog Sekolah
En Poh Tze Pheng - Guru Penyelaras Bestari

Blog E-Pendidikan
Cik Zaridah - bekas Fasilitator Schoolnet

Blog e-school
En Muhammad Hakim B Ab Rahman - bekas Fasilitator Schoolnet

Blog LDP
En Poh Tze Pheng - Setiausaha LDP