Laman Utama‎ > ‎

Lokasi dan Sejarah

SK Sultan Ibrahim ‎(3)‎




Bangunan sekolah SK Sultan Ibrahim (3)


Bangunan Blok A, Blok B dan Makmal Komputer Sekolah.

Bangunan blok baru, Block C, di sebelah Makmal Komputer Sekolah (1 April 2008)

 Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) (SKSIT) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1992. Sekolah ini adalah dari sekolah induk iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) (SKSIS). Dengan jumlah murid seramai 660 orang sekolah ini telah memulakan pengajian di sesi petang dengan menumpang di bangunan pengajian SKSIS.

 Bangunan lama

Pada tahun 1994 Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) telah berpindah ke bangunan baru yang terletak berhampiran dengan bangunan sedia ada. Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) telah mengambil alih sepenuhnya bangunan lama. Walau bagaimana pun bangunan sekolah ini sudah pun uzur dengan perabot sekolah yang amat terhad.

 Pencapaian Akademik dan Kokurikulum

Segala kekurangan yang ada tidak mematahkan semangat guru-guru dan murid-murid sekolah ini untuk berusaha mencapai kecemerlangan UPSR pertama tahun 1994 dengan 4 orang murid telah berjaya mendapat markah penuh 4 A. Dalam bidang kokurikulum sekolah ini berupaya bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Tahun 1995, seorang murid sekolah ini telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Tahfiz Peringkat Kebangsaan. Begitu juga dengan pertandingan bola tampar di mana pasukan sekolah ini muncul sebagai Johan Negeri dan enam orang pemainnya telah mewakili negeri ke peringkat MSSM di Kuala Lumpur.

 Pertambahan bilangan murid

Pelbagai program yang dijalankan oleh pihak sekolah telah membuahkan hasil dan kejayaan yang membanggakan. Ibu bapa pula telah menunjukkan kepercayaan terhadap kemampuan sekolah. Sehubungan dengan itu bilangan murid telah meningkat dari 660 ke 818 orang pada tahun 1995 dengan bilangan kelas sebanyak 22 kelas.

 Tapak sekolah baru (Blok A dan Blok B)

Pada Mac 2001 penyediaan tapak untuk sekolah baru dimulakan dan dijangka siap pada Mac 2002. Walau bagaimana pun sekolah hanya siap sepenuhnya dan mula dibuka pada Februari 2003. Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) yang baru ini terletak di Kampung Dangar iaitu kira-kira 1.6 kilometer dari bandar Pasir Mas. Sekolah ini mempunyai 2 blok 4 tingkat dengan 18 bilik darjah. Oleh kerana bilangan murid pada masa itu ialah 903 orang dan bilangan kelas pula 32 kelas, maka sekolah terpaksa belajar dua sesi. Tahun 1, 4, 5 dan 6 belajar pada sesi pagi, manakala tahun 2 dan 3 belajar pada sesi petang.

 Prasekolah

Pada bulan Januari 2005, kelas prasekolah yang pertama mula dibuka dengan jumlah murid seramai 25 orang.

 Bangunan baru (Blok C)

Pada tahun 2008, bangunan baru (Blok C) dibina untuk menampung keperluan jumlah keramaian pelajar.



 Hubungan utama

Pentadbiran Sekolah
09-7960193

 Pautan berkaitan

Blog GPB
En Poh Tze Pheng - Guru Penyelaras Bestari