Laman Utama‎ > ‎

Lencana Sekolah


 Huraian Lencana Sekolah



1992

Angka 1992 yang tertera dihujung sepasang tangan yang sedang berdoa seperti insan yang sedang menadah memohon dari ilahi adalah sesuai dengan penubuhan sekolah ini. Bermula pada 1 Januari 1992, sekolah ini ialah pecahan dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan.

WARNA

Terdapat lima warna pada lencana sekolah ini yang memberi maksud:
  1. KUNING - Adalah lambang sekolah ini
  2. MERAH - Adalah lambang warna Negeri Kelantan.
  3. JINGGA/UNGGU - Adalah lambang warna Daerah Pasir Mas.
  4. HIJAU - Adalah lambang penerapan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek ilmu.
  5. PUTIH - Adalah lambang bersih dan suci

SI3


Huruf SI3 yang terletak di tengah-tengah lencana ialah merupakan nama singkat bagi sekolah ini, tetapi memberi pengertian yang tertentu:

HURUF S

Membawa konsep ‘SEDIA’
  • Sedia menerima tunjuk ajar, perintah dan arahan.
  • Sedia memberi tunjuk ajar, berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

HURUF I

Huruf I menjadi turus tunggakan kepada segala cita-cita berasaskan ilmu dan iman untuk melahirkan generasi berwawasan.

ANGKA 3

Angka 3 membawa maksud mendukung hasrat KBSR yang mengutamakan prinsip ‘3M’ iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

HURUF W

Huruf W yang melingkungi huruf SI3 bermaksud kesanggupan pihak ini memperjuangkan cita-cita dan isnpirasi menuju kepada pencapaian wawasan.


KEPALA DAN BUKU

Lambang kepala dan buku berwarna hijau terletak di kemuncak semua huruf-huruf SI3. memang sekolah tempat insane belajar dengan merujuk kepada buku-buku. Manusia belajar dan berfikir dengan kepala. Orang yang menggunakan kepala untuk berfikir akan menjadi insane yang berguna, tetapi kemuncak setiap ilmu ialah ilmu yang berasaskan Islam. Negeri Barat sendiri pun menjadi maju pada peringkat awal dahulu, apabila mereka mengkaji buku-buku sarjana Islam. Jadi warna hijau pada kulit buku itu adalah dimaksudkan dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam aspek ilmu yang diajar.

CINCIN BERSAMBUNG

Cincin Bersambung bermaksud sekolah bukan sahaja tempat insan mencari ilmu pengetahuan, juga menjadikan seseorang itu mengasah dan mengembangkan bakat. Kegiatan ini dilakukan melalui aktiviti Ko-Kurikulum. Pelajar-pelajar boleh melatih diri dalam bidang sukan, kegiatan berpersatuan dan sebagainya. Kegiatan Ko-Kurikulum ini merupakan kegiatan untuk kecergasan panca indera (Panca Indera Lima) yang dilambangkan dengan Lima Cincin Bersambung.



 Hubungan utama

Pentadbiran Sekolah

 Pautan berkaitan