Arkib Berita


Single Sign On KPM

posted Mar 3, 2016, 10:12 PM by Stanley Poh   [ updated Mar 3, 2016, 10:13 PM ]

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.


OSS Day KPM 2010

posted Aug 14, 2015, 1:14 AM by Stanley Poh


Hari Perisian Sumber Terbuka "OSS Day KPM 2010", telah mensasarkan warga Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk pelajar sekolah (Putrajaya), Jabatan Pelajaran Negeri serta warga Kompleks E.

Tema Acara
  • “Open Source Software - Start Here. Go Anywhere For Free”
Objektif Acara
  • Meningkat kesedaran berkaitan kelebihan penggunaan OSS
  • Sucess Stories Berkongsi maklumat dan pengalaman menggunakan OSS
  • Menghebahkan maklumat perisian alternatif OSS yang setara dengan perisian komersil.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan “KPM OSS Day 2010” bermula dari 12 hingga 13 Oktober 2010 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ujian UKM1 PermataPintar (2015)

posted Aug 14, 2015, 1:11 AM by Stanley Poh

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:

  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
  2. Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
  3. Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
  4. Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

* Borang sebagai panduan pengisian maklumat UKM1 PermataPintar

Statistik Pelawat (terkumpul)

posted Jan 30, 2015, 5:45 AM by Stanley Poh

Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2011
Januari sehingga Disember 
Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2012
Januari sehingga Disember
Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2013
Januari sehingga Disember

Statistik pelawat portal SK Sultan Ibrahim (3). Secara amnya memaparkan aktiviti penggunaan portal untuk mengakses pautan-pautan penting dan mengakses maklumat terkini. Klik di atas imej graf untuk melihat imej yang lebih jelas.

Status Ujian Kompetensi ICT

posted Jan 30, 2015, 5:39 AM by Stanley Poh

Pada tahun 2013, Ujian Kompetensi ICT telah dijalankan untuk mengukur tahap kompetensi ICT guru-guru di Malaysia. Semakan status Ujian Kompetensi ICT boleh dibuat secara dalam talian di http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/.

Ujian UKM 1 kini dibuka

posted Jul 24, 2014, 5:50 PM by Stanley Poh

Pusat PERMATApintar Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Ujian ini dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat yang dikendalikan oleh pusat ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara. Ujian ini adalah percuma dan boleh diambil di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet.

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

posted Apr 24, 2014, 8:31 PM by Stanley Poh

1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


pautan:Tranformasi Pendidikan, Terima Kasih Cikgu, Terima Kasih Cikgu (Upin Ipin), Kami Guru Malaysia

Jadual Waktu Kelas 2014

posted Mar 1, 2014, 5:30 AM by Stanley Poh

Ibu bapa, penjaga dan murid sekolah boleh mendapatkan Jadual Waktu kelas bagi tahun 2014 dari Laman Facebook Page SK Sultan Ibrahim (3) untuk persiapan awal ke sekolah di http://goo.gl/ICGVnk

Dokumen Standard PBS Tahun 4

posted Sep 13, 2013, 2:19 PM by Stanley Poh

Salinan Dokumen Standard dan PBS KSSR Tahun 4 boleh didapati dari simpanan cloud-based Dropbox. Begitu juga dengan Dokumen Standard dan Modul TMK Tahun 4. Ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan dokumen yang diperlukan untuk tujuan berkursus.

Pautan : DS & PBS KSSR Tahun 4, DS & Modul TMK Tahun 4

Ujian UKM1 PERMATApintar

posted Sep 13, 2013, 2:12 PM by Stanley Poh   [ updated Sep 13, 2013, 2:17 PM ]

18 Feb 2013. Ujian saringan pertama, UKM1 PERMATApintar bermula sehingga 31 Mei 2013. Murid yang berumur 8 tahun hingga ke 15 tahun yang berminat boleh menjalani ujian secara dalam talian di laman sesawang PERMATApintar.
* terkini (Julai 2013)
Murid boleh menyemak keputusan ujian UKM1 di http://semak.permatapintar.edu.my/ukm2.aspx dan pastikan anda membaca maklumat yang dipaparkan dengan teliti.

Pastikan anda menggunakan nombor mykad/mykid/sijil kelahiran yang telah anda gunakan semasa mengambil ujian UKM1 yang lepas.

Pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Sila kemukakan surat tawaran ini kepada pihak sekolah dan ibu bapa anda. Sila pastikan, surat tawaran ini dan pengenalan diri yang sah seperti mykad/mykid dan sijil kelahiran perlu dibawa dan dikemukakan kepada Pengawas di pusat ujian. Kegagalan anda untuk membawa dokumen-dokumen tersebut mengakibatkan anda tidak dibenarkan menduduki ujian tersebut.

Maklumat lanjut dan semasa sila ke laman utama PERMATApintar

1-10 of 48