Pengurusan ID 1Bestarinet

16 Febuari 2014. Pihak 1Bestarinet telah memudahkan prosedur untuk mendapatkan ID 1Bestarinet Ibu Bapa bagi tujuan memantau aktiviti pembelajaran anak-anak dan mengikuti perkembangan sekolah.

Portal yang sama juga digunakan untuk mengaktifkan ID Frog Virtual Learning Environment (VLE) guru dan pelajar.



Penggunaan ID 1Bestarinet

 Ujian Permata Pintar UKM1

Ujian Saringan PERMATA Pintar bermula 01 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini adalah bagi melayakkan murid menduduki Ujian Saringan PERMATA Pintar UKM2 01 Julai hingga 30 September 2017) sekiranya berjaya.

Terdapat dua (2) kategori iaitu;
  1. PERMATA Pintar (UKM) bagi murid berumur 9 - 15 Tahun.
  2. PERMATA INSAN (USIM) bagi murid berumur 8 tahun dan beragama Islam sahaja.

Ujian Saringan PERMATA Pintar UKM1 adalah percuma dan boleh dilakukan dengan mengakses laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ukm.my/permatapintar.

 Pendaftaran Dropbox

Pendaftaran biasa Dropbox hanya memberi pengguna simpanan sebanyak 2.0 GB sahaja. Dapatkan tambahan ruangan sebanyak 500 MB iaitu jumlah keseluruhan sebanyak 2.5 GB untuk pendaftaran baru dengan pautan berikut.

Dapatkan 500MB percuma untuk pendaftaran Dropbox di sini (jumlah 2GB + 0.5GB percuma = 2.5GB)

 Action Song 2008

Teringat pula waktu menggubah lagu Put your fingers in the air untuk Action Song, pada tahun 2008. Selepas mencari terjumpa juga akhirnya. Inilah ringkasan sejarah penggubahan lagu tersebut sehingga kepada yang telah biasa didengari murid-murid.

HTML5 audio player


Penat lelah tiada siapa yang tahu. Tapi melihat wajah riang semuanya berlalu. :-) <mrpoh>



 Majalah 'Mock-up' Berita essaitee

Muka depan majalah olok-olok "Berita essaitee" oleh admin untuk paparan semua. :-)



  Tunggu 'keluaran' hadapan.


Arkib Berita

  • Single Sign On KPM Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log ...
    Posted Mar 3, 2016, 10:13 PM by Stanley Poh
  • OSS Day KPM 2010 Hari Perisian Sumber Terbuka "OSS Day KPM 2010", telah mensasarkan warga Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk pelajar sekolah (Putrajaya), Jabatan Pelajaran Negeri serta warga Kompleks E. Tema Acara “Open Source Software ...
    Posted Aug 14, 2015, 1:14 AM by Stanley Poh
  • Ujian UKM1 PermataPintar (2015) UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian ...
    Posted Aug 14, 2015, 1:11 AM by Stanley Poh
  • Statistik Pelawat (terkumpul) Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2011 Januari sehingga Disember  Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2012 Januari sehingga Disember Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2013 Januari sehingga Disember Statistik pelawat portal SK Sultan Ibrahim ...
    Posted Jan 30, 2015, 5:45 AM by Stanley Poh
  • Status Ujian Kompetensi ICT Pada tahun 2013, Ujian Kompetensi ICT telah dijalankan untuk mengukur tahap kompetensi ICT guru-guru di Malaysia. Semakan status Ujian Kompetensi ICT boleh dibuat secara dalam talian di http://apps ...
    Posted Jan 30, 2015, 5:39 AM by Stanley Poh
Showing posts 1 - 5 of 48. View more »


 Statistik Pelawat


Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2014
Januari sehingga Disember
Ringkasan Bulanan bagi Tahun 2015
Januari sehingga Disember

Statistik pelawat portal SK Sultan Ibrahim (3). Secara amnya memaparkan aktiviti penggunaan portal untuk mengakses pautan-pautan penting dan mengakses maklumat terkini. Klik di atas imej graf untuk melihat imej yang lebih jelas.

Agenda dan Cuti Am

Paparan penuh kalendar

Tweet Guru Penyelaras Bestari


 1Bestarinet Frog VLE


Frog VLE Learn Centre

 Pemantauan Kegunaan Frog VLE



BPSH - Borang Maklumat Sekolah (Kelantan)

Borang ini perlu diisi pada minggu pertama setiap bulan. (Tindakan VLE Admin Sekolah)

http://bit.ly/BMSKELANTAN


BPSH - Borang Penilaian Kendiri (Kelantan)
Penilaian kendiri dalam penggunaan FrogVLE. Maklumat ini akan dinilai oleh KPM sebagai sebahagian daripada proses pemantauan latihan di seluruh negara.

http://bit.ly/BPKKELANTAN


BPSH - Borang Tinjauan Pentadbir (Kelantan)

Pihak Pentadbir Sekolah perlu mengisi borang ini bagi merekodkan kemajuan penggunaan Frog VLE di sekolah, pada setiap bulan. Pemantauan harus dilakukan ke atas sekurang-kurangnya 5 orang guru yang terlibat di dalam program GM1M.

http://bit.ly/BTPKELANTAN


 Semak Slip Keputusan Peperiksaan

http://goo.gl/I8GE2

Kemudahan semakan slip peperiksaan untuk ibu bapa dan murid.. SAPS telah menyediakan kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

 Aktiviti berkaitan ICT

Sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan OpenOffice.org peringkat Kebangsaan 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama MAMPU.

Hasil projek telah dihantar oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Penilaian Peringkat Kedua Pertandingan Open Office yang sedang dilaksanakan dan keputusan pemenang peringkat negeri akan diumumkan didalam portal.



Murid menggunakan perisian Sumber Terbuka untuk menyunting dan membina slaid persembahan projek OpenOffice.org. Kelebihan penggunaan perisian Sumber Terbuka boleh dirujuk di portal Program Perisian Sumber Terbuka.

 Pembestarian Sekolah



Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
  1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
  1. projek makmal Komputer Sekolah
  2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  3. rangkaian SchoolNet
  4. rancangan TV pendidikan
  5. projek Rintis Sekolah Bestari
  6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  9. latihan ICT Guru
  10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.


Ċ
Stanley Poh,
May 19, 2014, 2:52 AM
Ċ
Stanley Poh,
Mar 5, 2015, 5:57 AM
ą
Stanley Poh,
Apr 8, 2015, 9:00 AM
Ć
fingersintheairhistory.mp3
(6553k)
Sksit Admin,
Aug 21, 2011, 9:36 AM