MUTIARA HADITH Tidak harus dengki kecuali 2 perkara : pada orang yang banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan dan pada orang berilmu yang beramal dan mengajarkannya (H . Bukhari) UNIT KURIKULUM UNIT HEM UNIT KOKURIKULUM JADUAL WAKTU GURU DAN STAF MUAT TURUN KUIZ INTERAKTIF | SK(F) KERATONG 1, BANDAR TUN RAZAKSK(F) KERATONG 1, BANDAR TUN RAZAK Kedudukan SK (F) KERATONG 1 Untuk kedudukan lebih jelas, Klik tanda (-). DARI TINTA GURU BESAR Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Selamat Tahun Baru 2011. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kerana telah melaksanakan tugasan tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun 2010. Walaupun tugas kita sudah dilaksanakan mengikut ketetapan SKT namun masih ada keputusan di akhir aktiviti tidak seperti diharapkan. Oleh yang demikian, pada tahun 2011 ini, kita mahu atau tidak mahu wajiblah kita meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan. Tugas seorang pendidik tidaklah semudah yang disangkakan walhal ia perlu pengorbanan masa, tenaga dan keupayaan berfikir untuk menjadikan sesebuah sekolah itu unggul. KPM berharap ETR 90%, murid-murid menguasai 3M pada tahun 2012. Masyarakat pendidik mestilah menyambut baik usaha ini untuk melaksanakan transformasi pendidikan ini dan hasilnya menjadi kenyataan. Semua warga sekolah mesti berganding bahu dalam suasana susah dan senang semata-mata untuk menjayakan hasrat Kerajaan Malaysia. Keluasan pemikiran warga pendidik diyakini boleh mencapai hasrat yang diingini seterusnya menjadikan generasi berjaya bertepatan dengan visi: "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG | Google Calendar ViewerLihat senarai guru terkini. Klik sini.
|