Sistem Swiss
Kamu ingin tahu apa itu Sistem Swiss yang selalu digunakan untuk pertandingan catur?

Sistem Swiss merupakan sistem terbaik untuk pertandingan catur terutamanya yang melibatkan jumlah peserta yang ramai. Ia merupakan kombinasi Sistem "Round Robin" dan Sistem "Knock-out".  Ia memiliki ciri-ciri Sistem "Round Robin" di mana setiap pemain akan terus bermain tidak kira samada dia menang, seri atau kalah. Dalam masa yang sama ia mempunyai ciri-ciri Sistem "Knock-out" di mana seseorang pemain yang kalah beberapa perlawanan terawal tidak berpeluang untuk bertemu dengan pemain-pemain teratas.

Ada tiga peraturan utama untuk melaksanakan sistem ini iaitu :

  1. Seorang pemain tidak akan bertemu dengan pemain lawan yang sama lebih dari sekali.
  2. Setiap pemain akan dipasangkan dengan pemain lain yang mempunyai mata yang sama atau sekurang-kurangnya hamoir sama.
  3. Seboleh-bolehnya setiap pemain akan diberi jumlah perlawanan yang sama banyak untuk buah Putih dan Hitam.

Dalam sistem ini, pemain-pemain akan disenaraikan mengikut rating. Pemain teratas akan dipadankan atau di"pairing"kan dengan pemain ditengah-tengah. Pemain akan diberi satu markah jika menang, setengah (1/2) jika seri dan tiada markah jika kalah.

 

Sumber :