Info SKBJ

 

SKBJ atau Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong terletak di kawasan perumahan Bukit Jelutong, Shah Alam. Guru Besar sekolah ialah Puan Normah Othman.

Guru Besar SKBJ, Pn Normah Othman

Sekolah yang bersebelahan SMK Bukit Jelutong ini mempunyai dua sesi - sesi pagi dan sesi petang.

 

SKBJ mula dibuka pada awal tahun 2000. Sewaktu itu ia beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam. Setelah beberapa bulan kemudian barulah berpindah ke bangunan sekolah di lokasi sekarang apabila ia telah siap untuk diduduki.