An-Nisa 1~176

                                                                [Previous] [Next] [Home]

An-Nisa, dari  Ayat 21~30

21.  Dan bagaimana boleh sampai hati  kamu ambil perempuan itu, pada hal telah bersatu sebahagian kepada kamu kepada sebahagian, serta mereka yang jadi isteri-isteri kamu itu telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu !.

22. Dan jangan lah kamu berkhawin kepada perempuan-perempuan yang telah dikhawini olah bapa-bapa kamu, kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah satu kejelekan dan satu kermurkaan dan satu jalan yang jahat.

23, Diharamkan atas kamu bernikah dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perampuan kamu, dan bapa-bapa kamu punya saudara perempuan, dan ibu-ibu kamu punya saudara-saudara peremuan, dan saudara laki-laki kamu punya anak perempuan, dan saudara-saudara perempuan kamu punya anak-anak perempuan, dan saudara-saudara perempuan yang sesusu, dan isteri-isteri kamu punya ibu-ibu,  dan anak-anak tiri yang dipangkuan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri, tetapi sekiranya  kamu tidak campuri mereka, maka tidak ada halangan atas kamu, dan anak-anak lelaki kamu sendiri punya isteri-isteri, dan diharamkan  bahawa kamu memadukan dua saudara, kecuali apa yang telah lalu, kerana sesungguhnya Allah itu adalah pengampun, penyayang.

Juzuk ke 5  

24. Dan diharamkan atas kamu orang-orang yang bersuami dari perempuan-perempuan, kecuali siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu – sebagai satu ketetapan Allah atas kamu, dan dihalalkan bagi kamu orang-orang lain dari yang tersebut itu, buat kamu cari isteri dengan harta-harta kamu, pada hal berkhawin bukan berzina, maka siapa-siapa yang kamu mahu campuri dari perempuan-perempuan itu, hendaklah kamu beri kepada mereka mas khawin mereka sebagai satu kewajipan, tetapi tidak mengapa kamu reda sesudah ketentuan, kerana sesungguhnya Allah itu pengetahui, bijak sana.

25. Dan  barang siapa dari antara kamu tidak mahu berkhawin mukmin yang merdeka, maka ambillah dari yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu dari budak-budak perempuan kamu yang mukmin, kerana Allah terlebih mengetahui iman kamu, sebahagian dari kamu adalah dari sebahagian, maka bernikahlah kepada mereka dengan izin ahli-ahli mereka, dan berilah mas khawin mereka dengan cara yang baik lantaran mereka berkhawin, bukan berzina dan bukan mengambil kekasih piliharaan, tetapi apabila mereka sudah berkhawin, kemudian mereka mengerjakan kejahatan, maka adalah bagi mereka separuh dari azab yang dikenakan atas perempuan-perempuan yang merdeka, yang demikian itu buat orang-orang yang takut kepada zina dari antara kamu, tetapi bahawa kamu sabar itu adalah terlebih baik buat kamu, dan sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.

26. Allah hendak menerangkan kepada kamu, dan (hendak) menunjukkan kepada kamu cara-cara orang-orang yang dahulu daripada kamu, dan hendak memberi ampun atas kamu,  kerana Allah itu pengetahui, bijaksana.

27. Dan Allah hendak memberi ampun atas kamu, tetapi orang-orang yang menurut hawa nafsu nya hendak supaya kamu condong sungguh-sungguh daripada kebenaran.

28. Allah hendak meringankan keberatan dari kamu, kerana manusia itu dijadikan bersifat lemah.

29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu diantara kamu dengan batil, kecuali adalah atas jalan perdagangan  dengan reda antara kamu, dan janganlah kamu bunuh diri-diri kamu kerana sesungguhnya Allah itu adalah penyayang kepada kamu.

30. Dan barang siapa berbuat demikian, dengan melanggar batas  dan anyanya, nescaya kami akan masukkan di neraka, dan adalah yang demikian itu mudah atas Allah.

 

Sumber dari, 
[] http://siti-btg02.blogspot.my/2015/10/annisa.html


Following Twitter, 
Comments