Khatam Terjemahan

                                         [Previous] [Next] [Home]

AR-RA’D, dari ayat 31~40.

31. Dan jikalau ada satu  kitab bacaan yang boleh jalankan gunung-gunung dengan nya, atau dibelah bumi dengan nya, atau dibuat cerita  orang-orang mati dengan nya, maka  Quran lah, bahkan  kepunyaan Allah lah semua urusan. Apakah tidak tahu orang yang beriman, bahawa kalau Allah  mahu, nescaya ia pimpin manusia semua ?  tetapi sentiasa orang-orang kafir dikenakan oleh azab lantaran apa yang mereka kerjakan, atau azab itu mengenai dekat dari kampung mereka, sehingga datang perjanjian Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

32. Dan sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, tetapi aku beri tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian aku azab mereka, maka bagaimanakah azab ku ?.

33. Apakah Tuhan yang menjaga tiap-tiap jiwa bersama apa yang jiwa itu usahakan, sama dengan yang tidak menjaga?, tetapi mereka  adakan juga bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah;  “sebutlah nama-nama mereka itu.  Apakah kamu mahu khabarkan kepada nya apa yang ia tidak tahu dibumi ? atau kah dengan perkataan yang dzahir sahaja? Bahkan dihiaskan bagi orang-orang kafir itu, tipu daya mereka dan dihalangi mereka dari jalan Allah, dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidaklah ada bagi nya pimpinan.

34. Adalah bagi mereka azab dipenghidupan dunia, sedang azab akhirat lebih pedih, dan tidaklah ada bagi mereka sebarang pemelihara selain dari Allah.

35. Bandingan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang berbakti, adalah seperti syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, makanan nya kekal, dan demikian juga bayangan nya. Yang demikian itu ganjaran bagi orang-orang yang berbakti, sedang balasan orang-orang yang kafir ialah neraka.

36. Dan orang-orang yang pernah kami berikan kitab, senang kepada yang diturunkan kepada mu, tetapi dari antara golongan-golongan itu, ada yang ingkari sebahagian nya.  Katakanlah; “hanya aku diperintah supaya menyembah Allah dan supaya aku  tidak sekutukan dia, kepadanya lah aku seru, dan kepadanya lah tempat kembali ku”.

37. Dan demikian lah kami turunkan dia sebagai hukum dalam bahasa Arab, dan jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sesudah datang kepada mu pengetahuan, maka tidaklah ada bagi mu pengurus dan tidak ada pengahalang dari seksaan Allah.

38. Dan sesungguhnya kami  telah uruskan beberapa Rasul sebelum mu dan kami adakan bagi mereka isteri-isteri dan anak cucu, dan tidak ada kekuasaan bagi seorang Rasul mendatangkan satu ayat, melainkan dengan izin Allah, bagi tiap-tiap ketentuan itu, ada tulisan nya.

39. Allah hapuskan apa yang ia kehendaki dan ia tetapkan, kerana pada sisi nya lah ada Umul Kitab.

40. Dan jika kami unjukkan kepada mu sebahagian dari yang kami janjikan kepada mereka atau kami matikan mu, maka hanya wajib atas mu menyampaikan  dan atas kami menghitungnya.

 

Sumber, 
[] http://shoppeknajid.blogspot.my/2016/01/ar-rad.html

Folowing Twitter,
[] https://twitter.com/shoppeknajid/status/690757840856711168



.

 
Comments