Ulasan Surah 46‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                         [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 201~210 

201. “Hai Tuhan kami ! berilah kepada kami (kehidupan) yang baik didunia (kehidupan) yang baik diakhirat, dan piliharakan lah kami daripada seksaan neraka”

202. Mereka itu akan dapat bahagian yang baik dari apa yang mereka telah kerjakan, dan Allah itu pengira yang cepat.

203. Dan sebutlah Allah dalam beberapa hari yang ditentukan, maka barang siapa terburu-buru didalam dua hari, tidak ada dosa atasnya, dan barang siapa terkemudian, tidak ada juga dosa atasnya, iaitu bagi orang yang pelihara daripada kejahatan dan hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kepada nya lah kamu akan dikumpulkan.

204. Dan dari antara manusia ada orang yang perkataan nya dalam hal kehidupan dunia membuat mu senang dan ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada dihari nya, pada hal ia itu sejahat-jahat musuh.

205. Kerana apabila is berpisah, berjalan ia dibumi untuk membuat kerosakan padanya dan untuk membinasakan tanaman dan ternakan, pada hal Allah tidak suka kepada kerosakan.

206. Dan apabila dikatakan kepadanya; “takutlah kepada Allah”, dibawalah dia oleh kesombongan nya kepada  berbuat dosa. Lantaran itu cukuplah untuk dia dijahanam, dan sesungguhnya alangkah jelek tempat ketetapan itu !.

207. Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredaan Allah, dan Allah itu amat penyayang akan hamba-hamba nya.

208. Hai orang-orang yang beriman ! masuklah kamu sekelian kedalam keselamatan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya ia  itu musuh kamu yang nyata.

209. Maka kalau kamu tergelincir, sesudah datang keterangan-keterangan kepada kamu, hendaklah kamu ketahui  bahawa se nya Allah itu gagah, bijaksana.

210. Bukankah mereka itu tidak menunggu-nunggu melainkan kedatangan azab Allah bersama melaikat, dibawah naung mega-mega, pada hal telah diputuskan perkara itu dan kepada Allah lah dikembalikan sekelian urusan ?

 

Sumber dari; 
[] http://www.facebook.com/groups/306500176067904/doc/423564827694771


Following via Twitter; 
[] https://twitter.com/tmknajid/status/654137638530617344


Comments