Nafiri

Nafiri merupakan sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari kepulauan Riau di pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan terompet. Selain sebagai alat muzik, nafiri juga digunakan sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu terutamanya untuk memberitahu tentang adanya bencana, dan berita tentang kematian. Pada zaman kerajaan dulu, nafiri digunakan sebagai alat untuk menyatakan peperangan terhadap kerajaan lain. Selain itu juga, nafiri digunakan untuk memberitakan tentang kematian raja, diangkatnya raja. Alat ini juga digunakan untuk mengumpulkan rakyat, agar mereka segera datang ke alun-alun istana untuk mendengarkan berita atau pengumuman dari rakyat mereka. Oleh karena itu, alat ini dijadikan sebagai barang pusaka kerajaan.

     Pada zaman kerajaan Melayu dahulu, nafiri merupakan salah satu alat yang penting untuk digunakan pada acara pertabalan raja selain sebagai alat muzik di istana. Pada kerajaan Melayu dahulu, alat pusaka Nobat seperti nafiri, gendang, sirih esar, dan cogan merupakan lambang negara atau yang biasa disebut dengan regelia kerajaan yang dijadikan sebagai kekuatan spiritual dan kehormatan kerajaan bersama dengan adat istiadat. Tanpa adanya alat-alat tersebut, pertabalan seorang raja tidak dapat disahkan. Di Kedah, nafiri bersama dengan alat-alat muzik nobat lainnya disimpan di dalam sebuah tempat yang bernama Balai Nobat.

     Alat ini juga diperbuat daripada perak dan berukuran panjang 32 inci atau 33 cm. Bunyinya terdengar sayup-sayup. Nafiri dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat Diraja (kerajaan), mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan Diraja dan upacara sambutan Raja.


Sumber :

http://id.wikipedia.org/wiki/Nafiri

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=11&mtopic=1






Comments