Joget Pahang






Tarian joget merupakan tarian yang paling popular di Malaysia. Asal-usul tarian joget ini dikatakan mempunyai perkaitan dengan elemen tarian Portugis yang telah diperkenalkan di Melaka semenjak era perdagangan rempah.Tarian ini dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia.

 

     Tarian ini dipersembahkan apabila menjelang sesuatu perayaan kebudayaan, meraikan majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis yang lain. Tarian Joget ini dipersembahkan oleh sepasang penari dengan kombinasi pergerakan tangan dan kaki yang pantas.

    

     Joget ini merupakan satu tarian yang hebat dengan tempo yang pantas dan amat digemari dalam kalangan golongan muda mahupun tua. Kebiasaannya, tarian ini boleh dilihat menjelang suatu pesta kebudayaan dan juga majlis perkahwinan Melayu. Di Melaka, tarian ini turut dikenali dengan nama Chakunchak. Berikut merupakan lirik lagu Joget Pahang.

 

Lirik lagu Joget Pahang

 

Melenggang hai

Melenggang dengan tari lenggang

Kalau baik hati

Nanti orang pun sayang

 

Dari Melaka

Ke negeri Pahang

Singgah di Johor beli berangan

Kami ucapkan selamat datang

Apa yang kurang dicaci jangan

 

Melenggang hai melenggang

Dengan tari lenggang

Kalau baik hati

Nanti orang pun sayang

 

Pukullah gendang

Hai kulit kerbau

Dalam majlis tari menari

Sayalah ini bang hoi datang merantau

Mengharap belas orang di sini

 

Melenggang hai melenggang

Dengan tari lenggang

Kalau baik hati

Nanti orang pun sayang

 

Negeri Pahang aman sentosa

Kaya dengan tumbuh-tumbuhan

Niat di hati bang hoi nak buat jasa

Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

 

Melenggang hai melenggang

Dengan tari lenggang

Kalau baik hati

Nanti orang pun sayang

Comments