Alat muzik gamelan

Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong.  Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.

Bonang:

    Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Alat ini dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' dan merupakan alat melodi utama. Alat muzik ini mengandungi 2 oktaf yang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.

    Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan bunyinya berdengung. Dalam bahasa jawa, bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai ‘wedok’ manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai ‘lanang’. 
Kenong:

Kenong menyerupai gong tetapi lebih nipis, bulat dan kecil berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama seperti pengetuk bonang.


Gambang:
 Merupakan alat muzik yang diperbuat daripada kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.
Saron

Saron terdiri daripada bilah-bilah  yang disusun di atas tapak kayu. Terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.


Gendang:

Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.


Gong:

Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.


Sumber :

http://psksksd.blogspot.com/2010/07/tema-4-alat-muzik-kebanggaan-kita.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Bonang

http://abishai-gamelan.blogspot.com/2008/09/pengenalan-alat-alat-muzik-gamelan.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan

Comments