Ulasan Surah 81‎ > ‎

Al-Imran 1 ~200

                                                                    [Previous] [Next] [Home]

Al-Imran, dari Ayat 161~170

161. Dan menipu itu bukan pekerjaan seorang Nabi, kerana barang siapa menipu, nescaya ia akan membawa apa yang ia tipu itu dihari kiamat.   Kemudian akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang apa yang  ia telah kerjakan dan mereka tidak akan dianiayai.

162. Apakah orang yang menurut keredaan Allah itu serupa orang yang kembali dengan kemurkaan dari Allah, pada hal tempat kembalinya itu jahanam, sedang ia itu sejahat-jahat tempat kembali ?

163. Mereka itu terbahagi beberapa darjat pada sisi Allah, kerana Allah itu melihat apa-apa yang mereka kerjakan.

164. Sesungguhnya Allah telah berbuat budi atas mukmin, kerana ia telah bangkitkan diantara mereka seorang Rasul dari jenis mereka sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat nya dan menyisihkan  mereka dan mengajarkan kepada mereka  kitab itu dan kebijaksanaan pada hal sesungguhnya mereka itu, dahulunya adalah didalam kesesatan yang terang.

165. Apakah diwaktu kami kena satu kecelakaan – pada hal kamu tak dapat kemenangan dua kali – itu kamu berkata; “dari mana ini?” katakanlah; “yang demikian itu dari diri-diri kamu sendiri”. Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

166. Dan apa yang telah mengenai kamu pada  hari bertemu dua tentera itu, adalah dengan izin Allah, dan kerana Allah hendak buktikan iman orang-orang mukmin.

167. Dan ia hendak membuktikan orang-orang yang munafik dan ketika dikata kepada mereka; “marilah berperang dijalan Allah, atau bela lah diri-diri kamu”, mereka jawab; “kalau kami tahu berperang, nescaya kami sudah turut kamu berperang”. Mereka itu, pada hari yang tersebut, lebih hampir kepada kufur daripada kehampiran mereka kepada iman. Mereka berkata dengan mulut-mulut mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka dan Allah itu lebih mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.

168. ialah mereka berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur; “kalau mereka itu taat kepada kita, tentu tidak mereka terbunuh”.  Katakan lah; “kalau bagitu, tolaklah kematian dari diri-diri kamu jika memang kamu itu orang-orang yang benar”.

169. Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, diberi rezeki.

170. dalam keadaan bersukacita dengan apa yang Allah telah berikan bagi mereka dari kurnianya, dan mereka bergirang hati untuk orang-orang yang dibelakang mereka yang belum berhubung dengan mereka, iaitu bahawa tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka dukacita.

 

Sumber dari; 
[] http://gelorareda.blogspot.my/2015/10/alimran.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/suraualhijrah5/status/658546600428503040




Comments