Main Menu

Welcome and Selamat Datang

Firstly I Wish U Welcome to my sites. All of this wedding Photo  shoot using Nikon Digital SLR camera.My knowledge and experiance also my Skill still weak.I need any help and any comment from you, You are please to guide me how to take a better shoot.It's diference from Kelantan's , They still can't accept a fancy  photo .

Senario orang-orang Kelantan tidak sama dengan org-orang di Luar Negeri Kelantan. Cita rasa yang berbeza. Kalau foto-foto yang agak pelik, masih sukar diterima terutama segi pencahayaan.
Jika Anda ingin Tahu Pakej saya, Telefon sahaja lebih mudah kita berunding sebab Pakej Saya Flaxible dan saya ni jenis mudah dibawa berunding. Satu lagi perkhidmatan saya hanya untuk orang Kelantan sahaja.  



                                                            Setelah di Edit (Bahagian wajah)                                                   Sebelum Di Edit

Nama        : Rosnan Mohamad
Gelaran     : Cikgu 6 (6=nay)
Pengalaman/sejarah Fotografi:
Mula berkecimpung dalm bidang fotografi pada tahun 1978 (Ketika itu Tingkatan 4 di SM.Kubang Kerian 1),Masa tu Camera pun Pinjam dari kawan. Minat punya pasal.Pada kali pertama guna kamera, dar 24 keping film, hanya 12 sahaja yang jadi, yg lain kena expose(sebab buka film, nak tengok ). masa tu main klik jer, tak tau apadia Shutter speed, apature pun hantam jer.Yang tahu hanyalah focus. Selepas masuk tingkatan 5, beli camera sendiri (Poket menggunakan film jenis 110). Kamera ni teruk la sikit, dengan format film kecil,kalau nak print 3R pun terok(Ketika tu kira okay la). Hanya Out door sahaja, sebab tiada flash.Beli sekali cube Flash yang ada hanya empat kali snap.Lepas tu tak mampu nak beli mahal sangat (RM15.00). Sambil tu timba ilmu dari kawan-kawan yang telah lama berkecimpung dalam fotografi.

Pada Tahun 1981, berjaya memasuki Maktab Perguruan Lembah Pantai.persatuan yang dipilih adalah Kelab Seni foto. Di sini la, belajar menggunakan camera dan mendalami bidang fotografi(Sambil buat duit). Selain bertanya dengan pensyarah, saya juga menambah ilmu pengetahuan dengan membaca artikel yang di tulis Oleh En.Riduan (Riduan Foto).Dapat Tunggakan elaun, saya habiskan dengan membeli Kamera dari jenis Yashica (Bukan SLR). Bila dah lama aktif dalam persatuan dan dilantik sebagai setiausaha kelab.Dah kenal apadia kamera SLR, Kamera lama saya jual dan saya beli Kamera SLR dari jenama "TOPCON" buatan Jepun. Okay jugak gambarnya. Nak beli Nikon, Mahal sangat, tak mampu. Harga kamera Yashica ketika itu adalah dalam RM480.00. Flash pun biasa sahaja. Pendapatan lumayan. Sebab kat Maktab tak ramai yang ada kamera.Penuntutnya nakkan gambar sebagai kenangan.Selepas keluar elaun, berduit la saya. Elaun tak sentuh langsung. tambahan pula Kedai proses Foto memberi percuma satu roll film setiap kali proses foto ,melebihi 36 keping. Banyak la stok film dalam simpanan. Saya gunakan peluang ini untuk mencuba sendiri pelbagai setting untuk mendapatkan hasil foto yang boleh dikira bermutu.

Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan, Saya dihantar bertugas di Sarawak. Pada masa ini keriar saya sebagai fotografi terhenti. Di Sarawak kos proses tinggi dan jauh dari tempat bertugas. Kamera dok dalam almari sahaja(kadang-kadang keluar).

Setelah 6 tahun berada di Sarawak, saya kembali bertugas di Kelantan. Saya beli satu lagi Kamera SLR dari jenama "Chinnon" Buatan jepun jugak. Mutu Gambarnya Okay jugak. Tapi masa itu fotografi hanya untuk sekolah sahaja.

Pada Tahun 1999, Saya tinggalkan bidang fotografi dan berminat pula dalam bidang pembikinan Movie(Video CD). namun begitu minat dalam fotografi masih melekat. Pada mula video CD di perkenalkan, sambutan dan permintaan terhadapnya tinggi. Hingga saya masuk line pengantin. Banyak jugak Video CD saya telah terbitkan kalau nak kata 100 lebih,200 pun lebih. Tapi tak lama bertahan. lalu saya mengambil keputusan untuk kembali ke bidang fotografi. Jadi saya dapatkan Kamera SLR Digital jenis Nikon(sebelum ni dah ada pun kamera tapi compact kamera).