Testimoni Ahli Revell-Team700


Home ] [ Sistem ] [ Produk ] [ Stokis ] [ Pelan Pendapatan ]
[ Pra Daftar ] [ Testimoni ]
[ Soal Jawab ] [ Kedai Online ]

 

Laman Ini Sudah Berpindah Ke Web Terbaru

http://revellnetwork.com/index.php?id=admin


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Nama saya Latifah Mohamad / Mohdbazli. 
Saya sudah melibatkan diri  dengan dunia MLM sejak beberapa tahun lalu. Saya pernah menyertai sehingga 5 syarikat MLM. Lepas satu, satu saya joint.  Tapi entah mana silapnya saya tidak tahu. Semuanya tidak berjaya. 

Tetapi yang bagusnya saya tidak pernah serik atau berputus asa. Saya terus mencari dan mencari peluang bagaimana untuk menambah pendapatan keluarga. Sehingga satu hari ketika tengah ‘browse’ internet, saya terjumpa iklan team700. Saya cuba mendapatkan maklumat tentang perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan borang opt-in yang disediakan. Masa tu dalam hati saya berkata “ah! Ini semua sama je, scam!”. Tak percaya. Sebaik saja saya klik borang hantar, tak lama selepas itu (dalam 2 minit) saya terus dapat jawapan dari founder team700. Wow! Cepatnya dia balas email saya. Menakjubkan. Saya baca tapi saya terus abaikan maklumat tersebut. Tetapi dari hari ke sehari saya terus menerima maklumat demi maklumat tentang kelebihan perniagaan mereka. Hati saya semakin tertarik. Ini sudah bagus kata hati saya. Leader beginilah yang saya cari. Yang dapat membantu bila saya perlukan bantuan.

Kemudian saya nekad dan ambil keputusan join perniagaan ini di bawah team700. Lepas join, saya diajar apa itu botang opt-in, apa itu autoresponder (sistem follow –up), mengapa penting kedua-dua elemen tersebut. Bagaimana melakukan promosi dan sebagainya. Semua knowledge ini saya dapat setelah menyertai team700. Terimakasih saya ucapkan kepada En.Norazman.  

Dengan bantuan, sokongan, followup dan teknik promosi yang diajarkan, rangkaian perniagaan saya semakin berkembang. Saya tidak menoleh lagi. Saya yakin saya akan berjaya dalam Revell bersama Team700. Inilah keistimewaan menjadi ahli keluarga Team700 sentiasa mendapat perhatian dan dibantu bila diperlukan.
 
Sertai Kami Di Team700
Ketahui langkah sangat MUDAH bagaimana kami menjana pendapatan SETIAP BULAN, TANPA GAGAL!!!
 


 
 
Saya menyertai Team700 pada Januari 2007. Saya amat tertarik dengan Revell-Team700 kerana ia dapat menjana pendapatan melalui belanja harian. Memang itu yang saya cari selama ini.

Pada awal penyertaan, suami saya agak kurang berminat kerana kurang percaya dengan MLM. Tetapi setelah saya mendapat bonus dan untung runcit daripada Revell, dia mula tertarik dan sekarang suami saya turut sama membantu memperkenalkan barangan Revell kepada rakan-rakan sepejabatnya. Tidak dinafikan barangan Revell memang berkualiti dan bermutu tinggi di samping harga yang berpatutan. Memang tidak rugi menyertai Revell.

Team700 juga banyak membantu dalam menggalakkan saya menyertai Revell. Terima kasih kepada uplines yang hebat En. Azman Abu Shahir & En. Shafiee Osman kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan. Pencarian ahli melalui internet memang banyak memudahkan dalam mencari downline. Sistem autoresponder dapat memudahkan sistem follow-up terhadap pra-daftar dan menggalakkan mereka menjadi ahli. Yang penting, Team700 tidak membiarkan ahli-ahlinya bergerak tanpa arah dan bantuan.

Sememangnya saya akan menjadikan Revell sebagai skim persaraan saya. Kerana Revell amat mudah. Guna... pakai... guna... pakai... dapat bonus... ceritakan kepada rakan-rakan, sudara-mara & orang sekeliling... dapat bonus... Memang mudah!

Tidak rugi menyertai Team700-Revell. Percayalah!

Norhaslinda Junus
Kuala Lumpur

 


 


Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Malaysia Boleh!!! Revell Boleh!!! Team700 Boleh!!!!
Salam perkenalan. Saya Abd Hamit Bin Asir. 

Sejak 9 tahun yang lalu saya sudah terlibat dengan dunia MLM untuk menambah pendapatan. Dalam masa itu saya pernah menyertai 5 program MLM. Nama-nama MLM tu memang cukup besar juga. Orang kata, “join satu sahaja program dalam satu masa kalau nak berjaya”. Perkara ni memang saya lakukan. Saya hanya buat satu MLM dalam satu masa. 

Namun, apa yang jadi? Saya buat dan terus buat. Tapi saya hanya bergerak sendiri tanpa bantuan atau sokongan dari upline dan juga rangkaian saya. Saya tidak mendapat sokongan, bantuan, maklumat dan ilmu yang sepatutnya. Saya penat dan akhirnya putus asa. Saya tinggalkan program tersebut dan sertai program lain. Begitulah seterusnya…. Sehingga saya jadi bosan. 

Namun, Team700 telah berjaya mengembalikan semula semangat saya dalam dunia MLM [REVELL]. Saya begitu tertarik dengan sistem Team700. Dari mula saya terjumpa web Team700 [digital-reader.com] sehinggalah ketika ini, followup, bantuan, sokongan, pelbagai ilmu dan maklumat demi maklumat saya terus perolehi. 

Kalau dahulu, rangkaian saya hanya terdiri dari orang-orang sekitar terdekat saya sahaja. Tapi, sekarang dalam Team700 rangkaian saya bukan setakat sekitar saya sahaja malahan dari pelbagai negeri tanpa ada batasan. Kami juga tidak saling mengenali pada awalnya. Dalam Team700 ni juga saya telah dapat
rasakan bekerja bersama-sama rangkaian saya walau dari tempat yang berlainan dan berjauhan. Saya tidak lagi bekerja sendirian. Perkembangan rangkaian saya banyak dibantu oleh Team700. Terima kasih Leader Team700 [En. Norazman] dan semua ahli Team700 yang sentiasa menyokong saya. Inilah keistimewaan menjadi ahli keluarga Team700. Kini saya lebih yakin pasti akan berjaya dalam Revell bersama Team700. 

Produk? Saya amat tertarik dengan produk Revell yang pelbagai dan mesti beli. Pelbagai jenis produk kegunaan harian yang amat berkualiti. Saya tukar jenama, dan saya dapat pendapatan. Untung lebih. Ubah Jenama Tambah Pendapatan. 

Sertai Kami Di Team700
Ketahui langkah MUDAH bagaimana kami menjana pendapatan SETIAP BULAN, TANPA GAGAL!!!



 

Selamat Datang ke Team700. Tahniah kepada Founder Team700, En. NorAzman b. Abu Sahir kerana menyediakan platform untuk saya menjana pendapatan sampingan.

Sejak saya join pada Mac 2005 hingga sekarang, saya masih dibantu secara berterusan dalam menjalankan pemasaran Revell-Team700 melalui internet. Dengan berbekalkan buku digital ‘Rahsia Pemasaran Melalui Internet’ yang diberikan secara percuma, saya mempraktikkan apa yang telah diajar. Antaranya; teknik pemasaran menggunakan email seperti opt-in advertising, mailing list dan banyak lagi

Saya melakukan 2 perkara rutin. Pertama; saya berbelanja guna produk-produk Revell antara RM100-RM200 untuk kegunaan harian keluarga saya setiap bulan tanpa gagal. Hanya ubah jenama sahaja. Kedua; saya mempromosikan Revell-Team700 secara online dan offline kepada sesiapa sahaja. Team700 membantu saya memperluaskan pencarian prospek secara online di mana saya diajar bagaimana cara melakukan pemasaran yang berkesan.

Berfungsi sebagai sistem sokongan, Team700 komited membantu ahli-ahlinya yang memerlukan bimbingan. Hasilnya, semakin ramai yang berminat untuk menyertainya dan yakin dengan Team700. Apa yang penting, diri anda sendiri. Sentiasa merelakan diri untuk terus belajar dan sedia untuk dibantu. Fikirkanlah apa yang akan berlaku antara 5 – 10 tahun akan datang.
‘The Time Is Now’

Saya sungguh gembira dan akan seumur hidup bekerjasama dengan Team700.
Team700 Gemilang & Terbilang.

SYAFIEE OSMAN
Lenggong, Perak
019-570 9982

 


 

 

Saya menyertai Revell pada tahun 2004 tetapi tidak aktif sebaliknya hanya menjadi pengguna bijak. Bagaimanapun saudara Norazman sering menghantar email dan maklumat serta perkembangan terkini Revell kepada saya dan ahli yang lain melalui Team700 dan sistem onlinenya. Saya telah menggunakan sistem ini dan hasilnya saya kini mempunyai ramai downline termasuk dari Sabah! Saya tidak pernah berjumpa downline saya ini tetapi kami berhubung melalui telefon dan email.

Kini saya lebih berkeyakinan dan tidak menoleh ke belakang lagi. Rangkaian kian berkembang. Saya juga komited untuk membantu Team 700. Saya bercita-cita untuk membuka pusat pengedaran dan latihan di kawasan saya iaitu JASIN, MELAKA dan akan menggunakan sistem ini untuk terus berkembang.

Terima kasih.

Mohd Fuad Sadali

 

 


 


Team 700 telah mempermudahkan perniagaan yang saya jalankan ini dengan bantuan yang diberikan oleh Team 700 samada secara online mahupun secara offline. Wawasan Team 700 adalah untuk membantu seramai mungkin ahli-ahlinya untuk berjaya dalam perniagaan ini. Walaubagaimanapun itu terpulanglah kepada ahli-ahli samada untuk dibantu ataupun tidak. Daripada pengalaman saya sebagai ahli melalui Team 700, saya dapati segala janji-janji yang diberikan oleh Team 700 adalah tidak menghampakan. Dan inilah yang membuatkan saya akan terus bersama Team 700.

Johsany Bin Abu Naim



Saya mulanya tidak yakin dengan program online Team 700. Tetapi apabila saya betul-betul memahami pelan ganjaran yang mudah dan mendapat pula sokongan dan ilmu pengetahuan dari founder En.Norazman (Team 700)

Kini saya lebih berkeyakinan dan tidak menoleh ke belakang lagi. Rangkaian kian berkembang. Saya juga komited untuk membantu Team 700. Kos yang kecil tetapi berkesan. Biarlah bermula secara perlahan tetapi berterusan. Terima kasih Team 700!"

Wasalam,
Azlan

 




Sedikit mengenai diri saya....Saya berumur 32 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Kalau diikutkan pendapatan saya sekarang, sudah cukup untuk saya menampung keluarga saya. Tetapi saya masih berkeinginan untuk berjaya di dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM) kerana saya yakin hanya perniagaan sajalah yang boleh saya WARISkan untuk keluarga sekiranya saya tiada di dunia ini. Jawatan saya sekarang memang saya tidak boleh wariskan kepada keluarga saya....betul tak ? Cuba fikirkan...

Saya tertarik dan berminat dengan konsep Team700 yang menjalankan perniagaan MLM Revell. Seperti yang semua sedia maklum Ibu Pejabat syarikat Revell yang terletak di Jalan Pekeliling sudah 17 tahun bertapak di Malaysia dan ramai yang menyertainya telah berjaya meraih pendapatan beratus ribu ringgit setahun. Kalau mereka boleh kita juga boleh kerana konsep kita jauh lebih baik daripada konsep mereka yang terdahulu. Saya amat berterima kasih kepada Leader Team 700 En Norazman Abu Sahir kerana menyediakan platform untuk kita semua berjaya di dalam perniagaan ini. Marilah kita semua bersama-sama menyokong mereka untuk berjaya di dalam perniagaan ini. Ayuh lakukanlah Jihad Ekonomi demi untuk memartabatkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sekiranya kami menipu hantarlah gambar saya ini pada polis....Inilah bukti yg menunjukkan kami tidak menipu... Saya tidak kenal anda semua tetapi saya bersedia menunjukkan diri saya dan keluarga saya...

Izinkan saya berkongsi pengalaman dengan anda semua. Revell cukup mudah...apatah lagi melaiui konsep
Team 700. Terima kasih kepada Founder Team 700 Tuan Norazman Abu Sahir.

Melalui perniagaan Revell anda tidak perlu menjual....Guna..guna..pakai..pakai..dapat bonus..Kemudian bercerita....dan iklankan website. Alhamdulillah selepas saya aktif pada pertengahan bulan Februari 2005 iaitu selepas saya menghadiri Kursus Pengedar Baru Revell (NDT) pada 31 Jan 2005 di Vistana Hotel KL akhirnya dalam perniagaan Revell melalui konsep yang dibawa saya telah berjaya mencapai pendapatan yang dijanjikan
 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nama saya Mohamad Nasir bin Hashim. Saya telah mengenali perniagaan Revell ini melalui seorang kawan di internet. Sebelum itu, saya memang sedang mencari-cari satu perniagaan yang boleh dilakukan di internet. Malah saya pernah mendaftar untuk menjadi ejen pemasaran melalui internet dengan beberapa syarikat lain, namun semuanya hampa. Ini memandangkan tiadanya sokongan dari pihak penaja.

Tetapi berlainan halnya dengan Team700, yang giat mempromosikan barangan Revell. Di team700, saya sentiasa dihubungi oleh para pemimpin yang telah berjaya.Mereka sentiasa ingin menolong saya mempertingkatkan perniagaan saya sendiri. Apatah lagi sekarang ini saya menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Apa yang lebih membanggakan saya, sebagaimana berkobar-kobarnya semangat saya hendak berjaya, begitu juga berkobar-kobarnya semangat para pemimpin atasan untuk membantu dan membimbing saya ke arah kejayaan.

Kata orang pemasaran melalui internet ini penuh ranjau dan duri.Pada saya ungkapan ini memang ada kebenarannya. Sebab itu saya tidak segan untuk meminta bantuan. Dalam team700, bantuan akan sentiasa dihulur asal kita meminta. Para pemimpin atasan tidak berselindung apa-apa, mereka memberi alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon kediaman, nombor fax dan nombor handphone. Ini tambah meyakinkan saya, terutama ketika saya mula-mula mendaftar dulu.

Kini berkat bimbingan dan panduan mereka, saya sedang meniti kejayaan. Alhamdulillah downline saya pula makin hari makin bertambah. Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mempertemukan saya dengan team700. Melalui Team700, impian saya akan tercapai, insyaallah.

Di sini saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang ingin mencapai kejayaan, marilah kita bersama-sama lakukannya melalui team700. Team700 komited untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin dibantu.

Mohamad Nasir Hashim

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang Team700. Dulu saya seorang yang memandang serong terhadap MLM kerana saya tidak suka menjual dan menaja. Tetapi pandangan itu mula berubah selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Sebagai seorang yang sudah biasa bekerja dan pegang duit sendiri, rasanya adalah lebih baik jika saya “membuat sesuatu” untuk mengisi masa lapang dan buat side-income. Dari situlah saya mencari pelbagai peluang “buat duit dari rumah” melalui suratkhabar dan internet. Antara yang ditemui dan dicuba ialah memasang barangan, menjual maklumat, mengisi sampul surat, paid email, paid to surf, dll termasuk MLM. Rasanya saya telah menghabiskan hampir RM500 untuk semua itu.. tapi hasilnya, zero.

Akhirnya saya mula tertarik dengan MLM apabila bertemu dengan Konsep Autodownline yang biasanya memberikan laman web percuma kepada ahli untuk memudahkan penajaan disamping mereka sendiri tidak perlu menjual apa-apa produk. HANYA GUNA SENDIRI PRODUK & PROMOSIKAN WEB. Memang mudah untuk orang seperti saya.

Pada Disember 2004, saya menerima email jemputan dari salah seorang ahli Team700. Setelah diteliti ianya memang berlainan daripada autodownline yang sedia ada. Selain itu pelan Revell yang memang mudah difahami dan tidak membebankan disamping bantuan sangat profesional. Januari 2005 saya terus mendaftar sebagai ahli Revell yang sah bersama Team700. Sejak hari itu saya mula membuat MATLAMAT dan PELAN TINDAKAN untuk mencapai target saya. Azam saya untuk tahun 2005 ini ialah untuk berjaya dengan bisnes ini.

Kini saya semakin yakin usaha saya tidak sia-sia kerana selepas 4 bulan menjalankannya, saya telah mempunyai 17 orang ahli berdaftar dan lebih 100 orang pra-daftar!! Tak mungkin ini akan saya capai jika menjalankannya secara “offline” atau tanpa bantuan dan tunjuk ajar Team700 . Sistem followup automatik memang berkesan didalam membantu perkembangan kumpulan saya ini.

Percaya atau tidak bahawa saya TIADA akses internet dirumah. Pada hujung minggu saya akan luangkan masa 2 jam di Cyber Cafe untuk melakukan promosi, menghantar email serta menambahkan pengetahuan melalui forum dan Yahoo Group. Pada hari lain, saya akan menyemak perkembangan ahli menggunakan handphone (gprs/wap) dan membuat followup melalui sms/call. Inilah kelebihan teknologi komunikasi yang ada masakini.

Sekarang saya semakin yakin dengan Team700. Walaupun saya merupakan ahli Team700 yang ke-2xx , tapi saya tahu bahawa saya akan berjaya jika saya berusaha dan komited melakukannya dengan sedikit pelaburan wang dan masa.

Akhir kata, terima kasih kepada Team700 kerana sudi membantu saya bila-bila masa secara online/offline.Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada suami dan anak2 yang sangat memahami.

Buat anda semua, buatlah pilihan bijak sekarang kerana ia mungkin akan mengubah hidup anda di masa akan datang!
“ANDA BOLEH MENJADI APA YANG ANDA IMPIKAN!”

Sekian. Wassalam.
Asmawati Abdul Manap

 




Salam pengenalan dan Selamat datang ke Team700. Mungkin anda tertanya-tanya benarkah program ini boleh menjana pendapatan. Boleh percaya ke?

Ok...Team700 adalah suatu program yg amat menarik. Melalui program ini, kami berusaha membantu setiap ahli kumpulan kami untuk memperolehi sekurang2nya RM700 dlm masa 6 bulan. Ia adalah realistik daripada menjanjikan RM beribu & berjuta dlm masa yg singkat.
 
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama anda. Mulanya saya amat ragu-ragu kerana berdasarkan pengalaman, apa juga program yg berasaskan MLM tidak akan ke mana. Saya tidak mempunyai skills & kepandaian bercakap. Semua MLM yg saya ceburi gagal. Malahan, menjadi trauma kepada saya.
 
Apabila diperkenalkan dengan Team700. Saya dapati ia adalah satu sistem baru yg menggunakan internet promotional tools.  Dengan penggunaan autoresponder, advertising, search engine, opt-in advertising, ia adalah satu bentuk internet networking yg baru. Suatu yg menarik untuk dicuba.
 
Team-Revell pula bertindak sebagai admin & support untuk penajaan, pembelian, ,promosi, interaksi dan juga menjadi kedai online saya. Seolah-olah, saya merasakan saya telah menjumpai sebuah sistem yg lengkap.
 
Oleh itu, saya terus mendaftar menjadi Team700. Dengan membeli barangan RM50=50PV sebulan ertinya saya menukar barangan keperluan harian kepada jenama Revell. Saya tidak merasa rugi apa-apa, kerana barangannya berpatutan malahan lebih berkualiti. Lagipun ianya untuk kegunaan saya sendiri. Ada pelbagai barangan daripada berus gigi, ubat gigi, kopi dll. Anda boleh melayari laman web kepunyaan anda.
 
Dengan menjadi pengguna yg bijak juga, pihak Team700 telah memberi support yg cemerlang. Malah, saya banyak menerima downline & spillover atas usaha para upliners. Mereka memiliki Team yg kukuh & saling bantu-membantu, yg merupakan kunci kejayaan MLM. Suatu yg sukar dilihat dalam Team MLM yg lain.
 
Kini, ganjaran bonus berkali ganda melebihi apa yg saya belanjakan. Ia lebih dari cukup sebagai menjadi pengguna yg bijak. Tidak perlu  bercerita tentang 4 atau 5 angka dalam masa terdekat ini. Tapi, saya pasti akan mencapainya asalkan konsisten.
 
Mungkin anda seperti saya pada mulanya berasa ragu-ragu. Percayalah, anda tidak rugi apapun dengan menjadi ahli & menukar perbelanjaan keperluan harian anda. Cuma RM50=50PV anda juga berhak mendapat pelbagai insentif yg lain temasuk motorsikal & kereta. Itulah Pengguna yang Bijak! Ia adalah pelaburan anda yg sebenarnya.
 
Di sini kejayaan adalah untuk dikongsi bersama. Kami sentiasa bergerak dalam satu Team, TEAM700.
Bagaimana caranya? Begitu mudah !! Dengan menukar pembelian barangan keperluan rumah saya daripada Supermarket kepada jenama Revell.
 
Selain pendapatan bulanan, apa yang akan saya perolehi? Kami juga mempunyai program motorsikal, kereta, program pelancongan apabila anda mencapai ke peringkat tertentu. Ia begitu mudah .!!!
 
Terima kasih.
-kama-
 

 Saya telah terlibat dengan perniagaan MLM sejak 1996. Namun hingga kini masih belum pernah memperolehi pulangan yang memuaskan. Masalah sukar mendapatkan downline, malu dan tidak selesa bercakap menjadi punca utama saya tidak boleh berjaya. Tetapi dengan adanya Team700, saya tidak perlu risau lagi. Komitmen, keaktifan dan pelbagai tips yang diberikan amat membantu saya. Sekarang saya telah merasai keberkesanannya. Team700 tidak meninggalkan saya sendirian, malah bantuan sentiasa dihulur ketika saya memerlukan. Terima kasih Team700.

Biarpun baru saja beberapa bulan dilancarkan, Team700 telah memperlihatkan keunggulannya. Bilangan ahli dan mereka yang berjaya melalui Team700 pun semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini membuktikan komitmen dan betapa serius Team700 untuk membantu kejayaan ahlinya. Team700 telah meringankan tugas saya. Saya percaya dengan sedikit usaha sendiri dan disertakan dengan bantuan dari Team700, kejayaan pasti menanti setiap ahlinya. Team700 pilihan terbaik setakat ini.

Roslaily bt. Mohamed Rashid

 

" Dalam tahun 1997 saya telah menyertai skim yang menyamai Team700/CS2U. Ianya berteraskan 'self-replicating-webpage'. Syarikat tersebut berpengkalan di USA. Bayaran penyertaan dalam ringgit Malaysia adalah 398 (kena purchase setiap bulan untuk dapat bonus). Masa itu currency Malaysia : USA masih lagi 1USD: 2.5RM. Tema yang digunakan adalah 'No Selling, No Sponsoring, No Meetings dan banyak No lagi...Produknya hanya satu jenis sahaja iaitu herba untuk kesihatan. Dan selepas bayaran dibuat melalui kad kredit produk tersebut sampai 2 minggu kemudian. Selepas 3 bulan saya hanya mendapat 5 downline itu pun dengan usaha sendiri. Spillover yang dijanjikan seorang pun tak dapat. Dengan Team700 saya telah pun memperolehi 16 orang downline dalam tempuh sebulan lebih. Maitainance bulanan pula adalah barangan kegunaan harian. Nilai maintainance jauh lebih rendah manakala jenis produk yang ada hampir 300. Upline dalam Team700 boleh dihubungi bila-bila masa dan sedia membimbing secara online dan juga offline. Kini kami rasa setiap hari lebih 'excitement' melihatkan ada part-time business yang 'growing'. Isteri saya dulu tak minat MLM tapi kerana senang menjual Envy dia pulak lebih hebat dari saya. Sekian Terima kasih Team700. "

Rosni / Yaakob

Saya menyertai Team700 pada bulan Ogos 2004 dan rangkaian saya terus berkembang samada melalui usaha penajaan sendiri dan SPILLOVER seperti yang dijanjikan. "You can have everything you want in life, if you will just help enough other people get what they want.”

Team700 menggunakan falsafah yang mudah dan berkesan ini untuk membantu kita mencapai impian di REVELL. Dengan menggunakan kemudahan ICT Team700 diwujudkan untuk memberi peluang kepada kita menjana pendapatan sampingan yang secara beransur-ansur berupaya menjadi sumber pendapatan yang utama.

Saya dengan ikhlasnya menjemput saudara/i untuk menyertai kami di Team700 kerana kami akan menjadi “Penjana Wang Melalui Internet Terbaik DiMalaysia!!”

Othman Khamdani

A'kom semua...
Nama saya : Shahraduan bin shaari berumur baru 25 tahun. Saya berada di Jitra Kedah. Cukup jauh sekali bukan !!tapi cukup dekat di Internet.

Saya menjadikan internet media untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan yang dibenarkan !! Perniagaan yg menggunakan internet membolehkan ia berfungsi 24 jam sehari tanpa henti walaupun kita dibuai mimpi2 yg indah di malam hari.

Di siang hari pula, saya penat bekerja...tentulah tak ada masa!! itulah saya join bisness online. Semuanya tersedia ada. Hanya sedikit usaha sahaja. Jika anda mempunyai Komputer dan anda tidak melakukan perniagaan, anda adalah seorang yg RUGI.

Saya salah seorang menyertai biz bersama TEAM700. Saya akui sendiri berada di Team700 ini cukup membanggakan.
Kenapa !! Di team700 saya mendapat pelbagai ilmu berniaga /pemasaran menggunakan internet. Melakukan perniagaan denga cara yg mudah sekali dibantu pula oleh pengasas TEAM700 iaitu saudara nor azman. Dowline saya juga berkembang dengan pesat dalam masa 3 bulan sahaja. Yang menarik sekali...Saya sendiri tak pernah mengisi form perndaftaran ahli baru. Semuanya diuruskan oleh Pengasas Team700. Saya hanya promote menggunakan email dan laman web sahaja. Sistem Follow-Up di Team700 Juga tiap-tiap minggu berjalan dgn automatik menjadikan kerja penajaan saya semakin mudah.

Di Team700 memang cukup berbeza dengan sistem-sistem laman web perniagaan yg lain. Saya akui TEAM700 mempunyai tool-marketing yg paling bagus saya temui. Saya juga... kalau tak silap dekat 3 tahun juga menyertai pelbagai aktiviti perniagaan menggunakan internet. Kesilapan besar kita !! mengejar pelbagai peluang yg ditawarkan..Duit habis biz entah kemana !!

Anda juga akan berasa kelainan apabila menyertai dibawah Team700 Nanti. Tak percaya !! cuba buat pra-pendaftaran dulu. Jika anda seorang yg rajin berusaha pasti kejayaan milik anda, begitu juga dengan saya. Saban hari saya promote menggunakan pelbagai media iklan percuma di internet, menggunakan email dan sebagainya.

Anda juga boleh belajar atau mengambil tip daripada saya bagaimana nak mendapatkan downline cara internet !!! Yang pasti kini Team700 sememangnya menjadikan perniagaan semakin berkembang.

"ANDA PATUT MENJADI KAYA, ANDA TIDAK BERHAK MENJADI MISKIN,HIDUP DIMALAYSIA TETAPI TIDAK KAYA ADALAH MALANG" Petikan Daripada Buku "JUTAWAN SENYAP"

Sekian.
Yang Benar,
 
Shahraduan

Saya dahulupun tak terfikir akan join MLM kerana takut terkena kali kedua tetapi setelah sy melayari web site/Team700 saya terus berminat memandangkan team700 betul2 komited utk membantu saya bg mendptkan d/line tanpa perlu menaja dr mulut ke mulut atau rumah ke rumah cuma perlu duduk depan internet dan meluangkan sedikit masa anda pasti berjaya..mendapatkan prospek tambahan pula team700 adlah satu2nya team yg membantu d.line secara online tak hairanlah jika saya mendaftar di bwh team700/cs2u sehingga sekarang sy sudah mempunya lbh 20 org ahli hasil drpd team700/cs2u.. anda bila lagi.....jdlah seperti saya ''LANGKAH BIJAK, PENGGUNA BIJAK, PENDAPATAN PUN HEBAT!!!!!''
 
Rosima Bt Zainun

Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan, saya telah mempunyai hampir 10 orang downline dan yang paling menarik, ianya datang dari seluruh negara. Kini saya begitu seronok membantu dan melihat perkembangan downline saya disamping bonus bulanan yang semakin bertambah.
 
Terima kasih Team700!
 
Wan Abdul Rahman Wan Mamat

" Setiap kali akses ke internet, saya pasti akan mulakan dengan menyemak perkembangan rangkaian downline saya. Inilah demam saya setelah mendaftar sebagai ahli Team 700. Saya sangat kagum untuk mempunyai rangkaian downline yang bergerak aktif. Terima kasih Team 700, sistem anda memang BERKESAN "
 
Houd Hassan

" Perniagaan melalui internet adalah perniagaan terkini di seluruh dunia. Melalui Team700 saya dapat meluaskan perniagaan saya melalui internet tanpa membuang masa dan tenaga yang banyak. Mula-mula saya kurang percaya
seperti apa yang dijanjikan untuk mendapatkan ahli (downline) kepada yang aktif dalam perniagaan. Di samping dapat tunjuk ajar dari peneraju Team700 sekarang ini saya telah mempunyai beberapa rangkaian bawah saya yang tidak pernah saya kenal dari beberapa negeri yang berlainan. Ianya begitu pantas. Jadi mengapa anda berlengah lagi. Anda tidak akan tersilap langkah memilih Team700 untuk mengembangkan rangkaian bawahan anda untuk mengembangkan perniagaan anda. "
 
Badariah Mazlan

" Dengan kemudahan teknologi maklumat dan perhubungan (ITC) terkini dimana dunia tanpa sempadan dan 'networking' menjadi semakin mudah, perkembangan Team 700 semakin bertambah dari hari ke hari.Begitu jugalah bagi diri saya. Dengan bantuan Team 700 bersama sistem 'ITC' terkini, harapan saya supaya 'downline' saya semakin bertambah dari hari ke hari. Setiap kali saya membuka komputer, saya akan melihat perkembangan 'downline' terlebih dahulu kalau-kalau ada pertambahan 'downline'. "
 
Zulkifli Ismail