Soalan Yang Sering Ditanya


Home ] [ Sistem ] [ Produk ] [ Stokis ] [ Pelan Pendapatan ]
[ Pra Daftar ] [ Testimoni ]
[ Soal Jawab ] [ Kedai Online ]

 1.   Bagaimana cara ingin menyertai Revell-Team700?


       Untuk maklumat lanjut, sila klik link di sini


2.   Setelah pembayaran RM50 sebagai ahli dilakukan, bagaimana ia diproses?


Setelah pengesahan pembayaran diterima, Founder Team700 akan menghantar no. ahli Revell anda melalui email kepada anda. Starter kit & salinan borang no ahli Revell anda akan dihantar melalui perkhidmatan pos . Ia mengambil kira-kira 1-2 minggu untuk sampai. Setelah menerima no. ahli Revell, anda boleh membeli sama ada (i) secara online melalui akaun Founder Team700 ataupun (ii) secara offline iaitu di stokis Revell berdekatan dengan kawasan anda.


3.   Apakah perlu saya lakukan selepas menjadi ahli Revell?

 

i)     Jadilah user Revell 100% setiap bulan dan dapatkan bonus setiap bulan.
        (tukar jenama tanpa perlu bajet tambahan)


ii)    Kongsikan peluang pendapatan Revell ini dengan orang lain melalui cara promosi secara online @
        offline. Ajak mereka juga menyertai sebagai pengguna bijak dan membeli produk2 Revell.
        (jika mahu pendapatan tambahan dan berterusan)

 

Setelah mendaftar sebagai ahli Revell, anda kini adalah usahawan Revell melalui grop Team700. Sebagaimana perniagaan yang lain, anda juga perlu mempromosi dan memasarkan perniagaan anda kepada orang ramai (jika anda inginkan pendapatan tambahan & berterusan). Team700 memudahkan kaedah pemasaran anda dengan menyediakan website promosi Revell-Team700 kepada anda secara percuma.

Tugas anda kini hanya semudah menyebarkan link anda kepada kenalan anda dengan cara email, sms, telefon dll. Mereka ini merupakan prospek anda. Selepas prospek anda melakukan pra daftar percuma, maklumat peribadi prospek akan dihantar ke email anda. Sistem Team700 akan melakukan auto follow up email dan sms kepada prospek anda. Anda juga digalakkan melakukan follow up.

 

 

4.   Apa faedah menjadi ahli?

 

~   Dapat beli produk Revell pada harga diskaun sehingga 25%

~   Dapat menambah pendapatan sampingan

~   Dapat majalah update setiap bulan (jika belanja 50pv setiap bulan)

~   Khairat kematian, Anugerah Pendidikan

~   Program Kereta Percuma & Program Pelancongan Dalam/Luar Negara


 

5.   Apa itu PV (Point Value)?

 

PV adalah satu nilai di mana bonus anda akan dikira. Semakin banyak PV yang anda kumpulkan, maka semakin banyaklah jumlah bonus yang akan anda perolehi.

 

81% produk Revell adalah RM1 = 1PV

9% produk Revell adalah RM1 = 0.7PV

10% produk Revell adalah RM1 = 1.1PV

 

 

6.   Kena cari orang ke? Saya tidak pandai cari orang.

 

Anda sedang mencari suatu perniagaan untuk menambah pendapatan bukan? Semua perniagaan di dalam dunia memerlukan anda mencari pelanggan. Cara nak mencari pelanggan sudah tentu dengan mempromosi & melakukan pemasaran. Istimewanya dengan perniagaan e-dagang seperti ini, anda tidak perlu jumpa orang untuk mendapatkan pelanggan. Segalanya telah disediakan. Apa yang perlu, hanya untuk anda menyebarkan referal link kepada sesiapa sahaja agar mereka menyertai anda. Anda mencari rakan niaga yang berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk menambah pendapatan. Dengan menggunakan website Team700, prospek yang bakal anda dapat datangnya dari seluruh malaysia.

 

Anda juga akan diberi bimbingan oleh Founder Team700 dan saya sendiri. Anda akan dibantu dalam pembinaan rangkaian penguna bijak Revell. (jika anda komited). Dari semasa ke semasa, saya akan membuat analisa rangkaian. Sesiapa rakan kongsi yang menunjukkan komitmen seperti berikut, akan dibantu dengan pemberian downline baru dalam rangkaian anda :-
    i)   Melakukan belian setiap bulan secara konsisten.
Sebenarnya tugas ini tidak sukar. Sebab kalau anda
         tak beli di Revell pun, anda tetap membeli di kedai/pasaraya. Cuma di Revell, kita akan dapat pulangan
         pendapatan.
  
ii)   Melakukan pembinaan rangkaian. Berkongsi peluang dengan orang lain menjadi pengguna bijak seperti
        anda. Yang penting anda hendaklah yakin, berusaha dan setia pada peluang ini. Slowly But Surely.

 

 

7.   Adakah ini skim piramid, plan pemasaran yang orang bawah (downline) mengkayakan orang
       atas (upline)?

 

Team700 tidak mempromosikan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Berbeza dengan Revell, walaupun anda baru menyertainya, anda sudah boleh memotong upline anda yang sudah lama menyertai. Asalkan anda kuat berusaha mempromosikan referal link anda & ditambah dengan pemasaran secara offline, pendapatan anda boleh melebihi upline anda. Revell mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dlm Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaan jualan pemasaran rangkaian.

 

 

8.   Macamana cara boleh buat duit?

 

Ada ENAM Sumber Pendapatan Di Dalam Revell :

1) Untung runcit
2) Rangkaian kumpulan
3) Rebet stokis
4) Program kereta
5) Melancong Dalam & Luar Negara
6) GEM Bonus

 

9.   Bagaimana cara untuk menambah pendapatan?

 

Ada TIGA Langkah Mudah:-
i)    Jadi ahli Revell dan guna produk Revell untuk keperluan harian anda

ii)   Ceritakan kepada kenalan anda. Cerita apa?

      ~  Cerita pengalaman dan faedah anda menggunakan produk

      ~  Ceritakan peluang tambah pendapatan (dengan jadi ahli dan guna produk Revell antara RM50-60
           setiap bulan, sudah layak dapat bonus)

      ~  Pinjamkan VCD demo produk dan CD pelan pemasaran kepada kenalan anda.

iii)  Pastikan semua rakan kongsi anda melakukan langkah 1 dan 2 seperti anda juga.

 

 

10.   Mesti kena ‘mantain’ belian setiap bulan ke?

 

Sebenarnya tak perlu guna istilah ‘mantain’ belian. Sebab anda mesti berbelanja setiap bulan. Kalau tidak di Revell, anda akan membeli di kedai/pasaraya. Betul tak? Hanya tukar jenama dan tempat membeli. Cuma bezanya berbelanja di Revell, anda boleh menjana pendapatan sampingan. Adakah anda pernah ‘mantain’ belian setiap bulan di kedai/pasaraya sebelum ini? Tidak pernah, bukan?

Anda tetap berbelanja mengikut keperluan harian anda.

 

 

11.   Macamana cara nak buat belian?

 

Sebelum membuat belian, pastikan no. Kod Revell anda yang betul. Setelah membuat belian, pastikan juga anda menerima resit belian (DOF) daripada stokis dengan jumlah belian pv yang betul.

 

Ada 2 cara anda boleh buat pembelian:-
i)    Belian secara online melalui pembayaran ke akaun Founder Team700

ii)   Belian di stokis Revell yang berdekatan.


12.   Apa itu Team700 dan tujuan ditubuhkan?

 

Secara ringkasnya, Team700 ialah grop yang ingin mengajak orang ramai menjadi komuniti pengguna bijak produk2 SYARIKAT REVELL secara online. Konsep yang ingin dibawa oleh Team700 ialah mengajak anda menukarkan belian barangan kegunaan harian yang biasa anda beli di kedai/pasaraya kepada jenama Revell. Untuk apa tukar jenama Revell? Apabila anda berbelanja menggunakan produk Revell, anda akan mendapatkan ganjaran dalam bentuk WANG TUNAI (RM) setiap bulan melalui mata bonus secara perseorangan/secara berkumpulan (rangkaian) dengan memperkenalkan program ini kepada kenalan anda.

 

Tujuan ditubuhkan adalah untuk menyediakan website Team700 peribadi kepada setiap ahli. Ini akan memudahkan anda untuk mengajak sesiapa sahaja menyertai rangkaian Revell anda dengan cara mempromosi secara online (email/iklan), tanpa bersemuka dengan mereka.

 

 

13.   Jika sudah daftar, mestikah saya membeli barang2 Revell-Team700 pada setiap bulan?

 

Suka @ tidak, anda wajib berbelanja untuk keperluan harian anda setiap bulan, tidak kira di mana tempat anda membeli (sama ada di kedai/pasaraya/Revell). Cuma, apa bentuk ganjaran pulangan yang diberikan daripada pembelian tersebut kepada anda? Apa yang anda mahukan di sebalik pembelian tersebut? Beli barang tanpa ganjaran atau beli barang dapat ganjaran wang? Anda tidak perlu menyediakan bajet tambahan untuk tujuan ini. Anda masih menggunakan bajet yang sedia ada. Cuma anda hanya perlu tukar tempat membeli dan tukar jenama sahaja.


14.   Berapakah jumlah saya perlu beli setiap bulan?

 

Berbelanja mengikut keperluan bulanan anda. Dengan hanya berbelanja antara RM50-60 = 50pv setiap bulan, anda layak terima bonus juga setiap bulan. Ia mudah untuk dicapai. Sebabnya 81% produk Revell daripada lebih 300 produk menghasilkan RM1=PV1.


15.   Bagaimana cara bonus pendapatan saya dihantar?

 

Apabila anda melakukan belian 50pv (RM50-60) setiap bulan, penyata bonus bulanan anda akan dihantar melalui pos dalam bentuk baucer tunai (bonus kurang RM100) / dalam bentuk cek (bonus lebih RM100)


16.   Apakah yang dimaksudkan 'online' dan 'offline'?

 

'Online' ialah anda boleh membeli produk Revell dan mengajak kenalan/prospek anda menjadi ahli dengan cara menggunakan website Team700 anda (tanpa keluar rumah).

'Offline' ialah anda boleh membeli produk Revell di stokis Revell yang berhampiran dengan rumah anda. Mengajak kenalan/prospek dengan cara bercerita/berjumpa dengan mereka.

Maksudnya di sini; sebagai ahli Revell-Team700, anda boleh membeli produk Revell dan mengajak orang ramai menyertainya dengan menggunakan kedua-dua kaedah di atas.