Khatam (Surah 1)

Ulasan Surah 1:                                                 [Next Surah 2]                             

AL-FATIHAH (pembukaan),

Surah Al-fatihah yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama  diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada dalam Al-Quran dan termasuk golongan surah Makkiyah.

Surah ini disebut Al-Fatihah, kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.

Dinamakan “Ummul Quran”  atau “Ummul Kitab” kerana dia merupakan induk bagi semua isi Al-Quran serta menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahayang.

Dinamakan pula “As Sab’ul Matsaany”  kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahayang.

 

SUMBER:
Khatam terjemahan ayat-ayat  Al-Fatihah (1~7)
,
[GF] https://groups.google.com/forum/?fromgroups#!topic/rayyansinarnwk/OaSHSkMA5Dg
[YG] http://finance.groups.yahoo.com/group/rayansinar/message/5

[GS] https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbnxyZWxpYXN0aWt8Z3g6NTcxODcwYmZhNDhkNTYxYQ

Comments