SEJARAH PUSAT SUMBER

AL-KAUTHAR

PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH AGAMA NIBONG TEBAL

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Al-Kauthar

Pusat Sumber SMKA Nibong Tebal telah mula beroperasi pada 6 Januari 1997 dengan siapnya bangunan baru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal atau ringkasnya SMKANT di Jalan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Ia dibangunkan lewat setahun dari penubuhan sekolah iaitu pada 4 Disember 1995 kerana bangunan yang ada sekarang masih di peringkat pembinaan dan SMKANT telah mengguna sama bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Jalan Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pada ketika itu, Pusat Sumber Al-Kauthar dapat menampung keperluan 395 orang murid tingkatan satu, dua dan empat yang kesemuanya tinggal di asrama.

Setelah Pusat Sumber Sekolah SMKA Nibong Tebal berjaya menjadi Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Pulau Pinang pada 30 Oktober 2007, Jawatankuasa Kerja PSSSMKANT merancang satu penjenamaan semula PSSSMKANT selaras dengan pencapaian sebagai PSS terbaik negeri bagi kategori sekolah menengah luar bandar. Pihak Jawatankuasa Kerja PSSSMKANT bersetuju untuk menggunakan nama baru, Pusat Sumber Al-Kauthar. “Al-Kauthar” membawa maksud “kebaikan yang melimpah ruah” di samping nama suci salah satu sungai di syurga. Nama baru ini juga difikirkan sesuai dengan moto baru PSSSMKANT, “Aset Literasi Modal Insan”, yang diperbaharui pada Jun 2007 dari moto pusat sumber sekolah terdahulu, “Dunia Penemuan Anda”.

Kini, Pusat Sumber Al-Kauthar SMKA Nibong Tebal memberikan perkhidmatannya kepada hampir 800 orang murid dan lebih 90 orang kakitangan akademik dan staf sokongan. Kesemua muridnya tinggal di asrama walaupun bertaraf asrama harian. Pusat Sumber SMKA Nibong Tebal juga melebarkan perkhidmatannya kepada semua ahli keluarga warga kerja sekolah dan ahli-ahli alumni SMKA Nibong Tebal.

MAKSUD AL-KAUTHAR